LJ-14

1.5K 68 7
                                    

Haziq menyusun segala kertas yang bersepah diatas mejanya buat kali terakhir sebelum dia mengambil briefcase-nya dan berjalan keluar dari bilik pejabat peribadinya.

Melangkah sahaja kakinya diluar bilik pejabat, dia disapa dengan beberapa orang staf yang lalu-lalang di situ. Satu benda saya yang dia buat iaitu memberi senyuman dan jika memberi salam, dia pastilah menjawab salam tersebut.

Memberi salam itu sunat dan menjawab salam itu wajib. Tak ada siapa boleh elak yang satu itu.

Haziq menuju ke arah kereta Volkswagon Atrion kesayangannya. Punat kereta ditekan dan dia segera memboloskan diri ke dalam kereta.

Enjin kereta dihidupkan sebelum tayar kenderaan pancuan empat roda itu berputar membelah jalan raya yang agak sibuk. Baru sahaja beberapa minit keretanya bergerak diatas jalan raya, dia mendapat satu panggilan daripada mamanya, Datin Dahlia.

Mendengar sahaja deringan smartphone-nya, dia segera menyumbat airpod ke dalam telinga kanannya dan menggesek ikon hijau ke kanan untuk menjawab panggilan ibu tercinta.

"Assalamualaikum, Mama. Ada apa call Haziq ni?" Haziq menyapa terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam. Haziq dekat mana sekarang ni?" Kedengar suara Datin Dahlia menyoal.

"Dalam kereta, tengah drive. Haziq baru balik kerja je ni mama. On the way nak balik rumah. Ada apa-apa hal ke mama tiba-tiba call Haziq ni?" Haziq menyoal kembali dengan penuh sopan santun.

"Ohh.. mama nak minta tolong Haziq ni. Boleh tak Haziq singgah mana-mana kedai kek atau kedai roti dan belilah berapa banyak kek atau roti yang Haziq nak. Lepastu bawa dekat sini." Pinta Datin Dahlia dihujung panggilan.

Haziq berkerut dahi mendengar permintaan Datin Dahlia. Jarang-jarang kali ni mama dia minta suruh beli barang. Selalunya mama dia akan pergi beli sendiri atau disebabkan sekarang ni Ivy dah ada dekat rumah, selalunya dia akan suruh Ivy.

"Boleh je, ma. Ada tetamu pergi rumah mama ke?" Haziq menyoal lagi ingin meminta kepastian. Selalunya bila mama dia tak boleh keluar rumah ni, mesti ada orang pergi rumah dia.

Mana boleh nak tinggal tetamu macam tu je. Tak sopan gamaknya.

"Eh tak adalah. Nanti kamu singgah sini kejap tau. Mama kena letak panggilan dah ni. Jumpa kamu nanti. Assalamualaikum."

"Baiklah. Waalaikumussalam."  Seraya dia menjawab salam, panggilan terus diletakkan.

Haziq kembali fokus pada pemanduannya. Dia ternampak sebuah kedai roti dan kek yang ada berdekatan dengan jalan tersebut.

Stereng keretanya dipulaskan ke kiri dan masuk ke dalam kawasan kedai roti dan kek tersebut. Enjin keretanya dimatikan dan dia keluar dari kereta.

Keretanya dikunci terlebih dahulu sebelum dia masuk ke dalam kedai roti dan kek tersebut.

Pintu kaca kedai itu dibuka dengan penuh berhati-hati. Masuk sahaja dia ke dalam kedai itu, ada pekerja yang menyapanya. Haziq membalas dengan senyuman dan dia bergerak ke arah rak roti dan kek.

Dia memilih beberapa buku roti dan satu biji kek red velvet cheese leleh. Dia ingat lagi, kek itu merupakan kek kegemaran Ariana. Sebab itulah dia beli kek tersebut. Kalau tidak, tak adanya dia beli.

Disebabkan Ariana minat kek itu, dia sendiri jadi terminat dengan kek perisa yang sama. Tak tahu apa jadi dengan dirinya tapi setiap apa yang Ariana minat, dia jadi minat juga.

Whipped much.

Segala kek dan roti itu dibawa ke kaunter dan dia membuat pembayaran. Dia kemudiannya membuat haluan untuk pulang ke rumah ibu bapanya.

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now