Pensil yang digunakan sebentar tadi segera dilepaskan dari pegangan tangan. Jemarinya direnggangkan. Penat.
Smartphone yang terletak di hujung mejanya diambil. Ia sedari tadi lagi berdeting. Entah mesej apa yang masuk.
Satu persatu mesej yang masuk adalah daripada Haziq. Kepala digelengkan. Sudah tua pun masih lagi suka spam orang. Apa punya masalahlah budak bertuah sorang ni.
Haziq
Weh, aku rasa aku jumpa Ari do
dekat airport semalamTapi aku tak pastilah betul ke
Nampak macam ya. Sebab mata
dia tajam semacamKau tahu-tahulah mata budak tu macam mana
Weh, aku rindu dia
Eh apa aku merepek ni
Aku rindu nk gaduh dgn dia je
Woi, kau buat kerja lagi ke?
Pukul 6 pun tk berhenti kerja?
Reply lah tak guna
Haidar bantai tergelak melihat telatah Haziq. Selalunya lelaki itulah yang jarang sekali buka smartphone dan balas mesej orang. Tetapi, bila sekali cakap fasal Ariana, laju je dia mesej, laju je dia balas.
Macam nama Ariana tu bagi semangat dekat dia pun ada.
Ajaib betul kau tiba² mesej aku
Selalunya nak tengok kau online
pun berminggu baru dapatKau sure ke tu dia?
Karang orang lain memalukan je
Eleh kau. Rindu tak nak mengaku
Sorry ah, kerja aku bnyk hrini
Tak sampai beberapa saat, Haziq sudah pun membaca mesej Haidar. Nampak sangat dia tunggu balasan dari lelaki itu.
Lahh... sorry ganggu.
Entahla do. Tapi aku rsa tu
mmg diaFirasat aku kuat mengatakan
tu diacantik weh dia bertudung
aduuu.. aku dah gila ke
Haidar menggeleng kecil. Sahabatnya seorang ni memang sudah gila bayang.
Tak apalah. Kerja aku dah habis
dah niDia pakai tudung? Wow
Hahahaha.. kau angau dah ni
Haah weh. Lawa gila. Sumpah
Tengok² kau tertukar orang
Lol HAHAHAHA
Harap-harapnya taklah
Aku berharap gila dia balik
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romansa{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...