Enjin kereta dimatikan. Dia keluar dari kenderaan pancuan empat roda itu bersama sebuah beg hitam yang digalas pada bahunya. Sudah tentu dalam beg itu ada komputer riba dan beberapa fail yang perlu dia siapkan.
Punat lif ditekan dan dia naik ke tingkat 17, tingkat dimana rumahnya berada. Buat sementara ini, dia hanya tinggal di apartment sahaja kerana kekuatan untuk munculkan diri depan keluarganya masih lagi tiada.
Lagipun dia tidak mahu menyusahkan keluarganya jadi lebih baik dia duduk bersendirian. Bukannya susah sangat pun. Dia dah terbiasa hidup bersendirian. Sejak dia berumur 18 tahun lagi.
Pintu rumahnya dibuka dengan menggunakan identity card. Zaman sekarang sudah moden, tentulah semua benda akan bertukar menjadi canggih.
Dia segera memboloskan diri ke dalam bilik untuk menanggalkan tudung dan membersihkan diri sebelum berehat.
Sesudah sahaja dia mandi dan menukar pakaian serta solat Isyak, dia keluar dari bilik pergi ruang tamu untuk membuat sedikit kerjanya.
Sebenarnya, kerja ini tak adalah penting sangat tapi dia nak tahu juga kenapa William menipunya beberapa tahun lepas. Selama 5 tahun dia ditipu hidup-hidup, mestilah dia tertanya-tanya kenapa.
Fail yang telah dia semak di IPD sebentar tadi dia buka kembali. Biodata Inspektor Mukhriz dilihat buat kali yang kedua. Kata-kata Sarjan Zarina tiba-tiba berlegar dalam mindanya.
"Siasatan ini telah selesai namun fail ini tak dapat dikemaskini kerana Inspektor Mukhriz masih lagi dirawat di hospital. "
"Kenapa Daniel masuk hospital? Dia tak sihat ke?" Monolog Ariana. Dia sekali lagi seperti teringatkan sesuatu.
Jika Daniel tidak sihat seperti demam atau batuk dan seangkatan dengannya, lelaki itu tidak pernah ambil kisah tentang kesihatannya dan masih lagi menjalankan tugas seperti tiada apa yang berlaku.
Beribu kali dia melarang lelaki itu daripada membuat sebarang tugasan kerana dia ingin memberikan ruang kepada Daniel untuk mendapatkan rehat yang cukup. Tunggu sembuh terlebih dahulu barulah boleh lakukan kerja semula.
Tapi itulah, Daniel tetap Daniel. Sekali dia kata tidak, selamanya tidak.
Prasangka buruk mulai bersarang dalam minda Ariana. Dia rasa ada sesuatu tak kena. 8 tahun berpisah pun, nalurinya masih mengatakan bahawa perangai Daniel tidak akan berubah. Walaupun lelaki itu pernah mengkhianati Ariana tetapi Ariana masih lagi Ariana.
Sekali dia letakkan kepercayaannya pada seseorang, dia tak akan pernah sekali berprasangka buruk. Penerangan Daniel 8 tahun lepas melalui e-mel itu sudah cukup meyakinkan kepada Ariana bahawa Daniel tidak menipunya.
Biarkanlah air matanya berjuraian turun bagai tiada henti dahulu, kepercayaan dia pada lelaki itu masih lagi tersimpul kuat bagai tiada cara untuk diuraikan.
Setelah naluri dia betul-betul merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dia segera mencapai smartphone-nya yang terletak dihujung meja. Nombor Inspektor Harith dicari dan dia segera membuat panggilan.
Memandangkan Inspektor Harith merupakan rakan setugas Inspektor Mukhriz dalam menyelesaikan kes kononnya pembunuhan itu, lebih senang untuk dia mendapat maklumat.
In Shaa Allah, Inspektor Harith tahu segalanya yang berlaku pada Daniel.
Panggilan Ariana dijawab oleh seseorang. "Assalamualaikum, tuan. Maaf jika saya menganggu tengah-tengah malam ni. Tapi boleh saya bertanya beberapa soalan?" Ariana memulakan perbualan.
Jantungnya semakin lama semakin rancak berdetak. Prasangka buruk yang berlegar dalam mindanya itu dapat dia rasakan bahawa ianya betul.
"Waalaikumussalam, tanyalah. Kamu tak perlu berformal pun. Kita bukan bekerja sekarang ni." Mesra Inspektor Harith membalas panggilan Ariana.
![](https://img.wattpad.com/cover/233564695-288-k55204.jpg)
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Roman d'amour{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...