Keesokkan harinya,
Ariana masuk ke dalam bangunan hospital. Tanpa berfikir banyak kali, dia pergi ke kaunter jururawat untuk bertanyakan adik kembarnya.
"Assalamualaikum, nurse. May I ask you something?" Tegur Ariana dengan berhemah.
Penjaga kaunter yang ralit menulis sesuatu di dalam buku kerjanya, mengangkat kepala ingin melihat gadis yang menegurnya. Terpegun dia seketika melihat wajah Ariana.
Walaupun gadis berumur 25 tahun itu masih lengkap berpakaian polis, kecantikkannya masih lagi terserlah.
"Waalaikumussalam. Boleh, silakan." Jawab jururawat itu dengan penuh santun. Secalit senyuman sentiasa terlakar di bibirnya.
"Doktor Alicia ada di hospital ke buat masa sekarang? Atau dia ada tugas sekarang ni?" Mata Ariana tertancap pada tanda nama jururawat itu. Haura. Cantik namanya.
Sopan dan ayu juga tuan empunya badan.
"Sekejap ye, cik." Seraya itu, dia mengambil sebuah buku yang diselit diantara susunan buku yang lain.
Tarikh pada hari itu dicari. Dalam buku itu, dia tulis segala jenis kerja Alicia. Dari waktu pembedahan, waktu rehat sehingga ke waktu balik. Nampak macam stalker tapi itulah benda yang mampu menyenangkan dirinya jika ada yang bertanya fasal doktor muda itu.
Diakan pembantu Alicia.
"Buat masa sekarang Doktor Alicia tengah lapang. Tiada sesi pembedahan mana-mana yang perlu dia sertai. Tapi saya tidak tahulah jika ada pembedahan kecemasan. Boleh saya tahu kenapa cik nak berjumpa dia? Nak saya telefon dia ke?" Terang Haura dengan penuh teliti.
"Saya nak jumpa dia sebab nak tanya fasal seorang pesakit ni. Dia yang merawat pesakit tu. Awak boleh telefon dia jika awak mahu." Balas Ariana bersama segaris senyuman.
Haura menganggukkan kepalanya. Ganggang telefon diangkat dan nombor Alicia didail sebelum panggilan bersambung.
Jururawat itu memberitahu hasrat gadis dihadapannya kepada Alicia. Setelah mendapat kebenaran, ganggang telefon diletakkan semula.
"Cik boleh naik ke tingkat 3 menggunakan lif dihujung sana. Sampai sahaja ditingkat 3, cik belok ke kanan, jalan lurus hingga jumpa satu lagi simpang. Di sana, cik belok kiri dan jalan lurus sampai jumpa bilik peribadi Doktor Alicia. Maaf saya tak dapat iring cik, saya kena jaga kaunter." Habis menerangkan, Haura meminta maaf pula.
"Eh tak apalah. Saya boleh cari sendiri. Terima kasih bagitahu. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Badannya ditundukkan sedikit tanda hormat. Dia kemudiannya bergerak ke arah lif di tengah-tengah bangunan itu.
Tingkat 3 ditekan. Sampai sahaja diaras itu, dia belok ke kanan hingga menjumpai satu simpang kemudian dia belok pula ke kiri. Baru beberapa langkah dia berjalan, dia akhirnya menjumpai bilik Alicia.
Tangan dinaikkan untuk mengetuk pintu bilik gadis itu. Sebaik sahaja mendengar panggilan masuk, Ariana memulas tombol pintu.
Tersembul wajah Alicia yang berlitup sempurna sedang sibuk membaca sesuatu.
"Assalamualaikum, doktor." Ariana membuat suara bergurau. Mendengar suara tu, sepantas kilat Alicia memandang kakak kembarnya.
Matanya membulat, mulutnya terlopong. Satu senyuman lebar hingga telinga dikoyakkan. Dia bingkas bangun dari kerusinya dan terus mendekati Ariana. Tubuh tinggi dan ramping kakak kembarnya itu dipeluk erat.
"Allahuakbar, aku rindu kau!" Alicia separa menjerit. Rindu tersangatlah rindu pada kembarnya yang seorang ini.
Pergi dengan berkhabar tapi pulang tak ada pula nak beritahu. Selama menghilang ke bumi mana entah tidak pula nak hubungi. Mana tak rindu!
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Roman d'amour{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...