Kerja Ariana terhenti apabila smartphone yang diletakkan bersebelahan dengan komputer itu berdering.
Nama si pemanggil dilihat sekilas. Tanpa berfikir panjang, panggilan itu terus diangkat.
Ariana dan si pemanggil berbalas salam.
"Ada apa ni?" Ariana menyapa terlebih dahulu. Tangannya yang satu lagi sedang menaip sesuatu di dalam komputer tersebut.
"Cik tengah sibuk ke buat masa sekarang ni? Jika tak, boleh tak cik datang ke lokasi yang saya akan hantar sekejap lagi." Soal si pemanggil.
"Mustahak ke?"
"Tak adalah mustahak sangat. Tapi kalau boleh secepat mungkinlah."
"Okay, saya akan sampai sekejap lagi."
"Baiklah cik. Terima kasih."
"Sama-sama." Panggilan segera ditamatkan.
Tak sampai beberapa minit, smartphone-nya berdeting menandakan ada notifikasi yang masuk. Dia melihat lokasi yang dihantar itu sekilas.
Matanya terbeliak apabila menyedari bahawa lokasi tersebut merupakan lokasi ketika kejadian pembunuhan itu berlaku.
Segera dia bingkas bangun dari duduknya dan mengemas segala barang yang bersepah. Fail kes yang ada bersamanya diambil dan dia berlari keluar daripada bilik mesyuarat tersebut.
"Inspektor Ariana nak ke mana?" Soal Harith ketika terserempak dengan Ariana. Daniel berdiri di sisi lelaki itu, tidak bersuara.
"Saya nak ke lokasi kejadian sekejap. Kalau ada apa-apa boleh telefon saya." Balas Ariana sepantas yang dia mampu.
"Eh kejap, biar saya ikut." Langkah Ariana terhenti. Dia pandang wajah Harith dengan wajah yang tidak senang.
Daniel yang berdiri disisi lelaki itu dipandang sekilas. "Tak apa, Detektif Qisya dan Detektif Kevin dah ada dekat sana. Saya boleh jaga diri. Kawasan sana tak bahaya pun. Saya pergi dulu, assalamualaikum." Pamitnya sebelum masuk ke dalam lif dan turun ke tingkat bawah.
Harith terpinga-pinga melihat perangai Ariana yang baginya agak baharu. Daniel yang berdiri di sisi dipandang sekilas untuk meminta jawapan kenapa Ariana berperangai sedemikian.
Apa yang dia dapat hanyalah Daniel membuat ekspresi tidak tahu sambil mengangkat kedua belah bahunya. Dia sendiri tak faham kenapa Ariana tiba-tiba jadi kalut.
...........
Kereta diparkirkan di sebelah kereta Detektif Kevin. Smartphone-nya dikeluarkan dan dia mendail nombor detektif tersebut.
Beberapa kali deringan berbunyi sebelum panggilan bersambung. "Saya dah sampai. Awak ada dekat mana?"
"Cik parking kereta dekat mana?" Kevin menyoal.
"Sebelah kereta awak." Balas Ariana ringkas.
"Okay, nanti saya suruh Detektif Qisya pergi ke sana dan bawa inspektor ke sini."
"Baiklah. Terima kasih."
"Sama-sama." Panggilan dimatikan. Fail yang dia letakkan di tempat duduk penumpang dicapai. Dia keluar daripada kereta dan berdiri di sisi kereta.
Badannya disandarkan pada badan kereta polis tersebut. Dia tidak lupa untuk mengunci kereta itu. Jika apa-apa yang berlaku, seperti kecurian kereta, dia tidak mahu bertanggungjawab.
Beberapa minit berlalu, akhirnya dia nampak kelibat Detektif Qisya yang menghampirinya. Kasut tumit separa tinggi yang tersarung pada kaki gadis itu bergema memenuhi ruang tempat letak kereta bawah tanah tersebut.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romansa{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...