LJ-29

559 53 0
                                    

Ariana bangun dari duduknya dan mula mengemas segala jenis fail lama yang dia telah sepahkan sebentar tadi. Sambil mengemas, dia terperasan sebuah fail berwarna coklat yang terbaring dihujung meja kerjanya. 

Fail itu nampak sangat lama dengan habuk yang penuh menutupi tulisan yang tertulis diatas fail tersebut. Tangannya mencapai fail itu. Habuk yang melekat diatas fail itu disapu dengan sehelai tisu.

Perkataan yang tertera diatas fail itu diperhatikan. 

Permohonan peguam peribadi

Tajuk itu cukup membuatkan Ariana berkerut dahinya dalam keadaan yang sangat tertanya-tanya. Tanpa melengahkan masa lagi, dia membuka fail tersebut. Beberapa helai kertas yang sudah pun kekuningan dikeluarkan daripada fail tersebut.

Dia membaca sekilas sehelai kertas yang nampak seperti surat rasmi. Nama dan alamat pengirim pula dibacanya. 

Terbeliak matanya saat dia membaca nama si pengirim. "Takkanlah-" 

Belum sempat dia ingin membaca helaian kertas yang lain, namanya dipanggil dari luar. Kepalanya diangkat untuk melihat siapakah gerangan yang memanggilnya. Daniel Mukhriz.

"Ari, ASP minta tolong kita pergi ke suatu tempat. Ada orang laporkan dia terjumpa satu jasad disana. Cepat!" Maklum Daniel.

Ariana menganggukkan kepalanya tanda dia menerima arahan. Fail yang dia pegang sebentar tadi diletakkan diatas mejanya semula. Habis mengemas serba sedikit, dia mengekori langkah Daniel yang sudah pun menuju ke tingkat bawah.

Langkah lelaki itu dikejar secepat yang dia mampu. Nasib sahajalah uniform yang dia pakai tidak ketat, yang boleh membuatkan dia rimas untuk berjalan laju. 

Sampai sahaja di tempat letak kereta, dia mengorak langkah ke arah kereta Daniel. Pintu penumpang dibuka dan dia memboloskan diri ke dalam kereta. Tali pinggang keledar dipakai sebelum Daniel mula memandu keretanya keluar daripada kawasan ibu pejabat polis tersebut.

"Kevin, sila hantar lokasi kejadian kepada Ariana." Arah Daniel melalui earbuds yang dipakai ditelingannya.

Tak lama kemudian, lokasi kejadian telah pun berada dalam tangan Ariana. Gadis itu mula membuka GPS untuk pergi ke tempat tersebut.

.............

Sampai sahaja dilokasi kejadian, mereka berdua bergegas turun daripada kereta dan membuat haluan ke arah Kevin yang telah pun menunggu mereka jauh 5 meter di hadapan.

"Selamat tengah hari Inspektor Daniel dan Inspektor Ariana." Sapa Kevin terlebih dahulu apabila Ariana dan Daniel berdiri di hadapannya.

"Selamat tengah hari. Mana lokasi kejadian?" Ariana bertanya terus kepada tujuan sebenar mereka ke sana. 

"Ikut saya." Balas Kevin sebelum membuat haluannya menuju ke tempat kejadian di mana ada orang kampung yang melaporkan mereka ternampak jasad wanita yang tersorok disebalik semak samun.

Mask muka yang disimpan di dalam poket seluarnya dikeluarkan beserta sepasang sarung tangan getah setelah mereka sampai berdekatan dengan jasad tersebut. Kedua-dua benda tersebut dipakai sebelum dia mendekati jasad itu.

Jari manis dan jari hantunya diletakkan pada leher jasad tersebut untuk mengesan kemungkinan masih ada lagi denyutan nadi. Bila dapat memastikan yang jasad itu betul-betul sudah tiada, dia mula mencari sebarang bukti yang ditinggalkan oleh si pembunuh.

Bagaimana dia dapat pastikan jasad itu dibunuh? Dia ternampak tompokan darah di bahagian kiri perutnya, berdekatan dengan hati mangsa. 

Kenapa tak anggap sebagai bunuh diri? Kerana tiada langsung senjata atau alat yang mencurigakan disitu untuk menjadikan ia sebagai bahan bukti. 

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now