LJ-20

797 56 1
                                    

"Puan ada nak minta apa-apa? Jika ya, saya boleh tolong." Alicia menyoal sambil bibirnya mengukir senyuman manis.

Pesakit yang terlantar diatas katil di hadapannya itu turut sama tersenyum melihat senyuman manis Alicia. "Tak apalah, doktor. Mak cik tak nak minta apa-apa pun. Terima kasih sebab datang untuk buat pemeriksaan harian."

"Tak ada apalah, puan. Memang ini tugas saya. Nanti kalau puan ada nak minta apa-apa, boleh panggil mana-mana jururawat yang menjaga wad ini. Jangan lupa makan ubat yang akan diberikan sebentar lagi. Rehatkan diri secukupnya tau. Saya pergi dulu, assalamualaikum." Alicia meminta diri. Senyumannya masih lagi tak lekang dibibir.

Pesakit itu membalas senyuman Alicia dengan mesra. "Baiklah, doktor. Waalaikumussalam."

Mendengar salamnya sudah berjawab, Alicia memusingkan badannya dan membuat haluan ke arah pintu masuk wad wanita tersebut.

Pintu dibuka dan dia membuat haluan menuju ke bilik peribadinya semula.

"Bukan ke kau doktor pakar bius? Tugas kau bukan buat daily check-up."  Mendengar ayat tersebut, Alicia terus memberhentikan langkahnya.

"Apa masalah kau? Suka hati akulah nak buat daily check-up ke tidak. Dah aku ada masa terluang, baik aku pergi buat daily check-up pesakit. Bukannya aku tak ada basic check-up pun." Balas Alicia senada.

Suaranya sengaja dibuat mendatar.

"Kau marah lagi fasal hari tu?" Soal Irfan sekali lagi. Dia berdiri betul-betul belakang Alicia.

"Kau sendiri bagitahu aku jangan libatkan masalah peribadi dengan masalah kerja. Jangan ungkit hal haritu, itu masalah peribadi. Sekarang ni kau tegur aku fasal kerja. Kenapa? Salah ke aku nak buat daily check-up." Masih lagi dengan suara mendatarnya.

Dia langsung tidak memandang ke belakang, memandang wajah Irfan.

"Fine, I'm sorry sebab tegur."

"Habis dah? If so, aku pergi dulu." Tanpa menunggu balasan daripada Irfan, Alicia membuka langkah dan membuat haluan ke bilik peribadinya.

Irfan memandang kelibat Alicia yang makin menghilang dari pandangan matanya. Wajahnya diraup kasar.

"Aku buat silap lagi." Keluhnya penuh serabut.

............

"Assalamualaikum,." Pintu kaca pejabat itu diketuk beberapa kali setelah dia memberi salam.

Apabila salamnya berjawab dan dia dengar perkataan masuk, gadis itu masuk ke dalam pejabat tersebut dengan penuh sopan santun.

"Ada apa Cik Marissa?" Haziq menyoal tanpa memandang Marissa, iaitu pembantu peribadinya.

"Meeting dengan company designer petang ni terpaksa dibatalkan." Maklum Marissa dengan penuh sopan dan hormat pada Haziq.

Haziq mengjongketkan sebelah keningnya. Matanya dialihkan daripada memandang skrin komputer kepada memandang pada wajah Marissa yang masih lagi memandangnya.

"Boleh saya tahu kenapa?" Haziq menyoal penuh rasa tertanya.

"Salah seorang pekerja company syarikat tersebut ditemui mati dibunuh semalam. Dikatakan mayat dia dan rakannya ditemui mati ditikam di dalam sebuah van yang misteri di tempat yang sama pembunuhan menteri itu terjadi. Saya tak ada maklumat lanjut fasal kes pembunuhan tersebut tapi tak silap saya, polis yang menyiasat kes pembunuhan tersebut adalah Cik Ariana Quin Evelyn. Encik boleh tanya dia selanjutnya." Jelas Marissa panjang lebar sebelum mempamitkan diri untuk keluar dari pejabat Haziq.

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now