Irfan menolak pintu kaca bilik Alicia lalu melangkah masuk ke dalam bilik gadis itu bersama sekeping clipboard yang berada di dalam tangannya.
Alicia yang ralit menyemak beberapa helaian kertas itu tidak langsung menyedari kewujudan Irfan sehinggalah lelaki itu memberi salam.
Dengan segera Alicia mengangkat wajahnya, menjawab salam Irfan sambil menatap wajah lelaki itu.
Irfan tergamam melihat keadaan Alicia. Matanya bengkak, lingkaran bawah matanya celas kelihatan, mukanya pucat dan dia nampak sangat tak bermaya.
"Kau tak sihat ke?" Terselit nada cemas disebalik pertanyaan yang diajukan oleh Irfan.
Alicia mengelengkan kepalanya. "Not really, aku tak cukup tidur je," jawabnya separuh rela.
Satu keluhan terlepas dari bibir Irfan. "You know, as much as kau risaukan fasal keadaan Ariana, you should take some rest, still," itu sahaja yang mampu diperkatakan oleh Irfan.
Dia sudah tiada idea lain bagaimana untuk memujuk Alicia. Gadis itu semakin hari semakin tidak terurus. Asyik memaksa dirinya bekerja sahaja. Makan pun jarang-jarang, tidur pun sejam dua sahaja.
Ini jika Ariana tahu, mahu kena bebel kembarnya seorang ini.
Namun, 'jika' itu hanya ditinggalkan sebagai angan-angan, harapan untuk Ariana sedar semula semakin tipis. Hari ini sudah masuk hari ke-7 gadis itu 'tidur'.
Jika masih tiada tanda-tanda untuk dia sedar, dia terpaksa disahkan meninggal dunia. Sepahit mana berita itu, semua orang harus menerima hakikatnya.
"Ya, aku tahu. Jangan risau. Tadi aku dah tidur 2 jam. Okaylah tu," Irfan mengangguk sahaja mendengar jawapan yang keluar dari mulut Alicia.
Apa-apa pun, dia tak boleh marah, dia tak boleh memaksa.
"Kau buat apa datang sini? Ada berita apa-apa? Pesakit baharu?"
Irfan menggelengkan kepalanya bagi menjawab soalan tersebut.
Ya, sebenarnya dia masuk ke dalam bilik Alicia pada mulanya ingin memberitahu fasal pesakit baharu yang memerlukan khidmatnya namun melihat keadaan Alicia yang seperti ibu kematian anak, dia tidak sanggup untuk membebankan doktor itu lagi.
Dia lebih rela mencari doktor pakar bius yang lain daripada menambahkan tugas Alicia yang seperti tidak akan selesai dalam masa terdekat ini.
"Dah tu, kenapa kau datang sini? Tak ada kerja lain ke?" Walaupun kelihatan tidak bermaya, mulutnya masih lagi mampu mengeluarkan ayat sarkastik.
"Kau ingat tak hari ni hari apa?" Irfan berbasa-basi.
"Hari Isnin?" Sebelah keningnya dijongketkan selepas dia menjawab soalan itu.
"Kau sedar tak?" Irfan masih lagi bertanya, tiba-tiba sahaja hatinya berasa berat untuk berterus terang.
"Sedar apa?" Sebelah keningnya itu masih lagi diangkat dan tidak dijatuhkan.
Hairan mengapa Irfan bertanyakan dia satu-satu sebegitu. Walaupun dia asyik bekerja sampai tak ingat untuk mengurus diri, dia masih lagi ingat tarikh dan hari semasa.
Teruk sangat jika dia tak ingat semua tu.
"It has been a week and still there's no sign that your twin will wake up anytime soon," mendengar ayat tersebut meniti bibir Irfan, pegangan menjadi longgar. Pen biru yang pada mulanya berada dalam genggamannya kini sudah pun jatuh diatas meja.
Matanya membulat, bibirnya menggeletar. "Kau tak gurau, kan?" Seperti tidak percaya dengan realiti, dia bertanya sekali lagi, ingin memastikan.
"Tak," jawapan itu sudah cukup membuatkan tubir mata Alicia bergenang dengan air mata.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...