Buat pertama kalinya Ariana melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat yang terdapat di IPD tersebut.
Dia mengambil tempat duduk dibahagian yang agak depan kerana untuk mensyuarat kalini, hanya ada beberapa orang pengawai sahaja yang terlibat.
Kes kali ni merupakan kes yang agak besar dan semestinya telah heboh di seluruh Malaysia tetapi ASP tidak mahu mengerahkan pengawai-pengawai yang paling tinggi untuk selesaikan kes tersebut kerana dia tahu, pengawai-pengawai lain ada kerja yang lebih penting yang harus mereka selesaikan.
Kewujudan Ariana dan Harith dalam pasukan anggota unit khas pun sudah cukup menjadi wakil untuk menyelesaikan kes pembunuhan tersebut. Kedua-duanya mempunyai pengalaman yang sangat-sangat hebat.
Inspektor Harith, selama 3 tahun dia bertugas di IPD Cheras, dia telah menyelesaikan lebih 20 kes pembunuhan sama ada bunuh diri ataupun dibunuh. Segala kes yang dia dapat, tidak pernah sekalipun dia tangguh dan tak ada satu kes pun yang dia tutup dengan terburu-buru tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Tidak lupa juga jasanya dalam menyelesaikan kes rompakan, sindiket dadah, penjualan dan pengedaran senjata haram serta bermacam lagi. Boleh dikatakan, semua jenis kes berat telah dia selesaikan.
Inspektor Ariana, dia masih lagi baru dalam pekerjaan tersebut tetapi dia telah menyelesaikan satu kes pembunuhan yang agak besar. Bukan di dalam negara tetapi di luar negara. Kes kematian seorang rakyat Malaysia di London, United Kingdom. Kes itu terpaksa melibatkan pengawai duta Malaysia masuk campur kerana kes melibatkan rakyat negara lain.
Didapati rakyat itu mati dibunuh oleh salah seorang rakyat tempatan atas sebab yang tidak berapa muhasabah. Dendam itu pasti. Kes itu telah ditutup dan rakyat tempatan itu telah pun masuk penjara. Tak pasti kena hukuman mandatori atau tidak.
Sebenarnya, ASP tidak berapa beri kebenaran sangat untuk Ariana selesai kes tersebut sebab dia masih lagi baru dalam dunia kepolisan tapi selepas dipujuk rayu banyak kali, ASP setuju juga untuk hantar dirinya.
Terkejut dan kagum juga ASP bila dapati Ariana selesaikan tugas tersebut dengan senang sekali tanpa perlu melibatkan ramai orang. Kebanyakkannya dia selesaikan sendirian. Pendirian dia yang tegas dan tetap itu memudahkan lagi untuk dia menyelesaikan tugas.
Tak lama kemudian, ASP Dzulkifli masuk ke dalam bilik mensyuarat diiringi oleh beberapa lagi pengawai yang lain. Salam diberikan terlebih dahulu.
Mendengar salam yang diberikan, Ariana dan Harith bingkas bangun dari kerusi dan menjawab salam kemudian membuat tabik hormat.
"Awalnya kamu berdua masuk." Mesra ASP Dzulkifli memulakan bicara.
Ariana memberikan sengihan sahaja sebagai balasan manakala Harith membuka mulut untuk membalas. "Mestilah tuan. Tengah bersemangat nak terima kes baru ni." Selorohnya bersama senyuman.
ASP Dzulkifli melepaskan tawa halusnya saat mendengar kata-kata lelaki yang bergelar inspektor itu. Dia berjalan mendekati meja mensyuarat. Dia ambil tempat duduk yang sudah dikhaskan untuk pegawai yang berjawatan tinggi.
Seorang pembantu yang sudah sedia ada dalam bilik mesyuarat itu mendekati lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu. Dia menekan sebuah butang yang ada pada meja tersebut. Dengan itu, terpancarlah satu pancaran LDR pada papan putih khas untuk pancaran tersebut.
Benda alah itu memancarkan segala maklumat yang telah mereka dapat terlebih dahulu. Maklumat utama, data peribadi menteri yang telah mati dibunuh itu.
Bermula dari nama penuh sehingga nama keluarga terdekatnya telahpun lengkap disitu. Tak lupa juga pembantu rumah dan pemandu peribadinya.
"Mangsa didapati mati kena tikam di salah sebuah tempat letak kereta bawah tanah di pasaraya Lot 10. Mangsa mati lebih kurang dalam pukul 4.47 petang, hari Khamis, 25 Jun. Saksi melaporkan dia nampak dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam lari dari situ dengan menaiki sebuah van putih. Saksi tidak dapat melihat nombor plat van tersebut kerana kedudukannya yang sangat jauh. Mangsa kini dihantar di Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat." Terang ASP Dzulkifli dengan terperinci.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...