Tudung selendang yang tersarung dikepalanya dibetulkan. Dia tersenyum memandang pantulan dirinya yang sekarang ini.
Setelah hampir bertahun-tahun dia cuba untuk memakai tudung, akhirnya pada 2 tahun yang lepas, hatinya terdetik untuk mencuba.
Alhamdulillah, dia masih lagi istiqomah dan In Shaa Allah selama-lamanya istiqomah.
Beg tangan yang terletak diatas meja soleknya dicapai. Smartphone bersama kunci kereta dimasukkan ke dalam beg tangannya.
Pintu bilik ditutup sebelum dia melangkah turun ke tingkat bawah. Terlihat wajah papa dan mamanya yang menunggu di ruang keluarga.
"Betul ke Alicia nak pergi sendiri ni?" Soal Datin Daniella, meminta kepastian.
"Ya, mama. Licia bukan budak 17 tahun lagi. Licia dah 25 tahun. In Shaa Allah, Licia pandai jaga diri." Balasnya penuh sopan.
Tersenyum Datin Daniella mendengar percakapan Alicia. Sudah lain dari dulu.
Jika dulu gadis itu lebih banyak cakap lepas atau bercakap langsung tak bertapis, kali ni dia lebih menjaga tutur katanya.
"If you say so, okay then. Bawa kereta elok-elok. Jangan pecut pula." Nasihat Datin Daniella sebelum dia dan suaminya beriringan keluar dari rumah.
Alicia menggeleng kecil. Walaupun dirinya telah berubah. Satu perangai dia tidak boleh ubah. Dia masih lagi suka memecut.
Lampu isyarat pun kerap kali dia langgar. Langsung tak takut kena saman.
Dia kemudiannya keluar dari rumah. Pintu rumah dikunci. Kakinya melangkah ke arah kereta kesayangannya.
Walaupun 8 tahun telah berlalu, dia masih lagi tidak menukar keretanya. Selagi tak rosak, selagi tu dia akan menggunakannya.
Tak perlu membazir.
Enjin kereta dihidupkan dan dia segera keluar dari perkarangan rumah.
Selepas Arish mendapat kerja tetap sebagai Chief Executive Officer di syarikat milik bapa angkatnya, Dato' Izham seperti yang telah dijanjikan, dia berpindah ke rumah sendiri.
Walaupun dia dah ada gaji sendiri, rumah banglo yang disewa oleh Arish itu masih lagi dibawah pembiayaan Dato' Izham. Katanya bukan masanya lagi untuk Arish membayar sendiri.
Gaji lumayan pun lebih baik simpan untuk benda lain.
Dia menuju ke rumah Encik Afif Xavier iaitu guru disiplin di East Star High School dahulu. Kini, lelaki itu telah menjadi pengetua sekolah tersebut.
Hari ni ada majlis aqiqah anak pertama lelaki itu. Lupa nak bagitahu, Encik Afif berkahwin pada tahun lepas.
Lebih menariknya, lelaki itu berkahwin dengan kakak kepada Izzara, Aisha Izzati. Semua terkejut bila dapati Encik Afif itu sepupu kepada kembar.
Tak pernah terfikir dek akal yang mereka ada hubungan keluarga sedangkan dah jelas dari segi Encik Afif mendenda kembar itu.
Kereta diparkirkan bersebelahan kereta kedua ibu bapanya.
Beg tangan diambil. Dia turun dari kereta dengan penuh anggun. Baju kurung yang tersarung pada badannya dibetulkan.
Ini kali ketiga dia pakai baju kurung. Walaupun dia dah bertudung, baju kurung bukanlah jenis pakaian yang dia suka. Dia rasa terlalu ayu untuk dia memakainya.
Langkah diatur menuju ke pintu pagar rumah Encik Afif. Dia berjumpa dengan Aisha Izzati. Tangan wanita yang kini sudah digelar isteri orang disalamnya.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...