LJ-36

536 55 0
                                    

"Dia dah meninggal, Ari."

Penuh sayu dan teragak-agak Daniel menuturkan ayat itu.

Membulat mata Ariana apa ayat itu yang keluar dari mulut Daniel. "Meninggal? Kenapa?"

Daniel mengalihkan pandangannya daripada terus memandang Ariana, sebaliknya merenung dinding di belakang Ariana.

"Dua hari selepas kes itu diumumkan tutup, rumah dia dipecah masuk. Tak ada satu barang pun yang jenayah itu ambil, sebaliknya semua penghuni rumah itu ditikam. Ahli keluarga inspektor itu terkorban termasuk dirinya sekali. Anehnya, sampai sekarang tak ada siapa dapat jejak pembunuh tu," beritahu Daniel.

Keluhan berat terlepas dari mulut Ariana. "Anything suspicious?" Senada dia menyoal.

Mendengar soalan itu ditanya, Daniel mengalihkan matanya untuk memandang Ariana yang berdiri dihadapannya kembali.

"Lepas je dapat berita tu, tak ada siapa dibenarkan untuk hebohkan kes tu. Tapi yang itu biasalah kot, cumanya fail siasatan kes itu tiba-tiba sahaja hilang lepas seminggu kes tu terjadi. Bila jumpa semula, fail tu dah dibakar, semua maklumat hilang," terangnya seteliti yang dia mampu.

Ariana diam seketika. Badannya perlahan-lahan diundurkan sehingga menyentuh dinding, disandarkan pada dinding buat seketika sementara otaknya cuba untuk memproses maklumat tersebut.

Tiba-tiba, satu idea terpancul dalam mindanya. "Tempat mangsa ditikam?"

Kali ni, Daniel pula yang berdiam diri buat seketika. "Berdekatan dengan buah pinggang."

Mendengar jawapan itu, satu senyuman puas terlakar lebar dibibir Ariana. "Pembunuh yang membunuh keluarga inspektor, menteri, 2 mangsa yang kita jumpa haritu dan 19 pelajar sekolah tu adalah pembunuh yang sama."

Berkerut dahi Daniel saat mendengar kesimpulan yang dibuat oleh Ariana. "Apa kaitan? Macam mana kau tahu?"

"Kesemua mangsa ditikam ditempat yang sama walaupun bila dibedah siasat, cara mati mereka semua lain-lain. Ada yang mati disebabkan racun, dikelar, dicekik dan juga ditetak."

Kerutan di dahi Daniel tidak langsung hilang walaupun selepas Ariana memberikan penerangan yang cukup ringkas. "Dah kenapa?"

Satu tawa sinis terletus dari bibir Ariana. "Memperbodohkan polis. Diorang tahu, jenayah yang diorang buat takkan tinggal jejak, jadi dengan cara tu, dia nak mempermainkan polis, mungkin dalam fikiran mereka, polis bodoh sampai tak boleh jejak mereka langsung," ulas gadis itu seringkas yang dia mampu.

"Ohh...," itu sahaja yang terlepas keluar dari mulut Daniel selepas mendengar penerangan tersebut.

"Tapi kan Ari, bukan nak cakap apalah tapi memang kita tengah bingung macam mana nak cari diorang ni," Daniel menyuarakan pendapatnya.

"Tak, itu bukan masalah utama kita. Masalah utama kita sekarang adalah siapa yang bunuh Detektif Qisya. Cara pembunuhannya tak sama macam kes yang kita siasat ni. Also, mana pergi semua barang peribadinya. Satu benda pun tak ada," balas Ariana.

Sudah hampir seminggu dia asyik memikirkan fasal hal tersebut. Dia dah bingung nak minta tolong siapa untuk cari barang peribadi Qisya Irene itu. Dia tahu, mesti detektif muda itu ada simpan sesuatu yang penting pada dirinya sehinggakan dia menjadi mangsa pembunuhan.

"Kau tak rasa barang peribadi dia tu ada dengan pembunuh tu?" Daniel menyoal.

Ariana menggelengkan kepalanya. "Entahlah, firasat aku mengatakan barang tu ada dekat tempat lain dan bukannya pada pembunuh tu."

Belum sempat Daniel ingin membalas semula kata-kata Ariana, pintu bilik siasatan itu diketuk dari luar.

"Inspektor Ariana, ada orang nak jumpa inspektor di bilik peribadi inspektor," maklum Kevin apabila ketukan dia itu berjaya mengalihkan perhatian Ariana yang tengah hanyut dalam fikirannya.

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now