LJ-34

578 49 1
                                    

Arish menghenyakkan punggungnya ke atas sofa, badan disandarkan pada sofa tersebut sambil melepaskan keluhan perlahan.

Hari ini masuk hari kedua dia tidak pulang ke rumah kerana kerjanya yang bertimbun. Tak ada masa langsung untuk dia balik ke rumah dan berehat.

Setiap satu kerjanya yang belum siap itu pun perlu dihantar secepat mungkin, dan apa yang diberitahu sebagai secepat mungkin adalah dia perlu menghantar semuanya, pada hari ini juga.

Matanya sudah pun kuyu kerana tidur yang tidak cukup. Dia perlukan beberapa saat sahaja untuk dia betul-betul terlelap. Namun, bunyi ketukan pintu itu menyedarinya daripada terus tertidur.

Dengan keadaan yang masih mengantuk, suara seperti orang tak cukup tidur, dia memberi arahan masuk.

Nadia masuk ke dalam bilik peribadi Arish setelah dia mendapat keizinan. Secawan kopi panas terdapat di dalam tangannya.

"Assalamualaikum, Encik. Tak balik rumah lagi ke hari ni?" Prihatin dia menyoal, tangannya menghulurkan secawan kopi itu kepada Arish.

Arish menguap buat seketika sebelum dia menyambut huluran kopi itu. Kepalanya digelengkan sebagai jawapan.

"Banyak sangat ke kerjanya?" Nadia menyoal sambil mengambil tempat duduknya berhadapan dengan Arish.

Arish tersenyum tipis. "Banyaklah juga. Tak apalah, nanti dah siap semua kerja ni, saya balik rumah," beritahunya kepada pembantu peribadinya.

"Dah mandi ke belum ni?"

Arish menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. "Dah, lepas subuh tadi lagi."

"Encik tak nak balik dulu ke? Saya cadangkan encik pergi balik rumah, rehatkan badan dulu sebelum datang sini semula. Tidur atas sofa, tak selesalah," cadang Nadia penuh prihatin.

Kasihan pula bila difikirkan balik CEO-nya yang seorang itu tidak dapat rehat yang secukupnya sejak dua menjak ini.

Arish tergelak kecil mendengar cadangan pembantu peribadinya. Jujur, dia memang nak sangat balik rumah, rehatkan badan, mandi dengan lebih lama, tidur buat seketika dan menyalin pakaian kepada yang lebih kemas namun mengenangkan kerjanya masih belum siap, keinginannya itu terpaksa ditolak ke tepi buat seketika.

"Awak kasihankan saya ke?" Tanpa sengaja, soalan itu terpancul keluar dari mulut Arish.

Habis memerah muka Nadia saat dia mendengar soalan tersebut. Menyesal pula dia tunjuk prihatinnya pada waktu-waktu sekarang ni!

"Lebih kuranglah. Encik pun nampak macam tak terurus sangat," balasnya dengan suara yang agak perlahan, sekadar dengar tak dengar sahaja ditelinga Arish.

Tersenyum kecil lelaki itu tatkala jawapan sebegitu yang didengarinya. "Tak apa, awak tak perlu kasihankan saya pun. Ini bukan pertama kali saya tidur dekat pejabat. Nanti kerja saya dah habis, saya akan balik rumah. Anyways, thank you."

Nadia mengerutkan dahinya apabila telinganya menangkap perkataan 'thank you' tersebut. Sudah kenapa Arish tiba-tiba berterima kasih kepadanya? Dia ada buat apa-apa yang special ke?

"Thank you? For what?" Keliru dia menyoal.

Senyuman kecil Arish, semakin melebar saat melihat muka keliru yang dipaparkan oleh gadis itu.

"Thank you for being concern. I owe you one."

Nadia meng'o'kan sahaja mulutnya setelah dia mendapat jawapan. Kepalanya dianggukkan.

"It's not a big deal, really. Anyways, saya minta diri dulu. Jangan lupa janji encik tu," ucapnya buat kali terakhir sebelum menghilangkan diri disebalik daun pintu.

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now