Baju uniform yang tersarung pada badannya dikemaskan. Tangannya naik mengetuk pintu bilik kaca ASP Dzulkifli.
ASP boleh dijelaskan sebagai Assistant Superintendant of Police atau Penolong Penguasa Polis jika ramai yang tertanya-tanya.
Apabila telinganya menangkap bunyi laungan masuk dari dalam bilik itu, dia segera menolak tombol pintu. Tabik hormat dan salam diberi.
"Waalaikumussalam, kenapa kamu cari saya?" Tabik hormat dari dia dibalas.
"Saya telah menyelesaikan tugas saya di England, United Kingdom, tuan! Terima kasih kerana membenarkan saya untuk sertai polis England menyelesaikan kes pembunuhan rakyat Malaysia di sana." Sekali lagi tabik hormat diberi. Satu senyuman nipis diukir.
Dia bersyukur, ASP Dzulkifli memberi dia kebenaran untuk selesaikan kes itu sejak beberapa bulan yang lepas. Dia rasa agak bangga dengan dirinya kerana ASP percayakannya.
"Bagus. Tahniah Inspektor Ariana. Boleh kamu serahkan fail kes itu kepada saya esok? Saya nak tahu penyebab pembunuhan itu." Minta ASP Dzulkifli.
"Baiklah. Terima kasih sekali lagi tuan. Saya minta diri dulu." Dia membuat tabik yang terakhir sebelum melangkah keluar dari situ.
Sebab utama dia ingin berjumpa dengan ASP Dzulkifli adalah kerana dia mahu berterima kasih sahaja. Tak ada sebab yang lain.
Ariana masuk ke dalam bilik kacanya kembali. Angin dari pendingin hawa itu sedikit sebanyak menyapa wajahnya yang agak berpeluh. Berpeluh kerana berdebar nak cakap dengan ASP gamaknya.
Dia perhatikan kawasan sekitar. Satu senyuman nipis diukir. Sudah 3 bulan dia tidak pulang ke Malaysia. Rindu nak lihat suasana Malaysia dan dia rindu nak berjumpa dengan keluarganya.
Namun ada satu sahaja kekangan. Dia tak rasa dia bersedia lagi hendak berjumpa mereka. Selama 8 tahun dia menghilangkan diri, langsung tak ada berita, bertanya khabar dan mengatakan dia baik-baik sahaja, dia rasa agak janggal untuk bertemu dengan keluarganya kembali.
8 tahun itu, dia pergi ke Mesir untuk belajar dalam bidang Kedoktoran. Di Mesir itulah dia belajar untuk berhijrah. Dia belajar untuk menutup aurat dengan sempurna dari rakan sebiliknya dan dia belajar untuk perbanyakkan ibadah. Setiap kali selesai solat fardu, dia akan sentiasa memanjatkan doa buat kedua ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain supaya umur mereka panjang dan mereka boleh bertemu kembali suatu hari nanti.
Namun, 5 tahun belajar dan dia tak rasa bidang itu adalah minatnya. Selesai sahaja mendapat ijarah diploma kedoktoran, dia pulang ke Malaysia untuk menjadi seorang polis.
Setahun lebih dia menghabiskan masa dalam Pusat Latihan Polis Malaysia kerana dia rasa pekerjaan polislah satu-satunya pekerjaan yang dia sangat mahukan. Lebih-lebih lagi bila dirinya sudah pun ada asas untuk menjadi seorang polis. Senanglah dia untuk melakukan kerja.
Habis sahaja latihan polisnya, dia diterima masuk ke IPD Cheras sebagai Inspektor dalam unit Jenayah Berat. Dia masih lagi baru dalam tugas polis yang sebenar tetapi kerana kepakaran, pengamalan dan kehandalannya dalam menyelesaikan tugas, dia terus dapat menjadi salah seorang anggota Unit Khas.
Siapa sangka gadis yang pada ketika itu baru sahaja 24 tahun terus dapat menjadi salah seorang ahli Unit Khas. Dalam bidang Jenayah-jenayah berat pula tu. Terima kasih kepada pengalamannya beberapa tahun yang lepas.
Pengalaman itu tidak pernah pudar dalam mindanya. Bagaimana dia selesaikan satu-satu tugas walaupun terdapat kekangan masa dan pelajaran. Bagaimana dia sentiasa melanggar peraturan di sekolah tetapi ironinya dia bekerja di bawah polis. Bagaimana fitnah tentang dirinya tersebar luas dalam sekolah.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...