LJ-25

724 53 3
                                        

Beg sandang yang mengandungi komputer riba peribadinya diletakkan di atas sofa yang ada di ruang tamu milik keluarganya.

Badannya yang keletihan disandarkan pada sofa bersama keluhan berat.

"Penat kerja ye?" Arish menegur. Dia masuk ke ruang tamu bersama dua  mug coklat panas ditangannya.

Dua mug coklat panas itu diletakkan ke atas meja ruang tamu. Satu diletakkan berdekatan dengan Ariana dan satu lagi diletakkan dihadapannya.

Ariana mengangguk sahaja sebagai jawapan, tiada mood untuk bercakap dengan orang buat masa sekarang ni.

Arish tersenyum kecil. "Kes tu tak selesai lagi?"

Ariana mengeluh perlahan. "Tak lagilah ni."

"Apa yang masalahnya?"

"Suspek pertama tak bagi informasi lengkap. Saksi kejadian pun ada beberapa orang je. Tak banyak informasi juga diorang bagi. Kenapalah licik sangat penjenayah ni." Adu gadis itu.

Arish tergelak kecil. "Dah nama pun penjenayah, mestilah kena licik."

Ariana mencebikkan bibirnya. "Dah tahu takut kena tangkap, baik tak payah buat jenayah. Manusia." Gumamnya perlahan, mengharapkan supaya Arish tidak dengar keluhannya yang satu itu.

Namun, harapannya melesek. Mustahillah kalau Arish tak dengar apa yang dia gumam.

"Ari banyak sangat mengeluh ni kenapa? Dah nama pun polis, kenalah hadap dengan masalah jenayah licik tu. Kalau tak suka, berhenti je lah kerja. Cari kerja lain. Sambung belajar ke." Tegur Arish.

Ariana terdiam. Ada betulnya apa yang Arish cakap. Asyik mengeluh bukannya bagus sangat. Nampak macam tak bersyukur pun ada.

"Dah kenapa diam? Marah Arish diam ke? Sorrylah, Arish tegur je."

"Tak adalah. Ari tengah fikir benda je." Balasnya, langsung tidak pandang pada wajah Arish yang duduk didepannya.

"Fikir apa? Ari, Arish nak cakap benda ni."

"Cakaplah."

"Arish dengar semua yang Ari cakap dekat Daniel semalam."

Hampir terkeluar biji mata Ariana saat mendengar ayat yang keluar dari mulut Arish.

"Arish dengar? Semua? Maknanya Arish dah lama lah ada dalam kedai tu?"

"Ya, lebih kuranglah. Ari je yang tak perasan Arish."

"Oh, jadi Arish nak cakap apa? Kenapa dengan semua benda yang Ari cakap tu?"

Arish mengeluh berat. Berat rasanya hati dia nak bagitahu apa yang dia pendam. Tak, lebih kepada berat rasanya hati dia nak menegur sikap Ariana.

"Ari sedar tak apa yang Ari cakap dekat dia semalam?"

"Sedar. Ari bukan under drugs lagi sampai lupa diri."

"Memanglah Ari bukan under drugs. Tapi Ari lebih kepada under alter ego. Ari, apa yang Ari cakap semalam tu tajam tau ayatnya. Arish yang dengar pun Arish terasa. Arish tahu Ari marah, Ari simpan dendam tapi sudah-sudahlah. Benda 8 tahun lepas kot, tak perlulah Ari ungkit. Dia dah minta maaf, dia dah berubah kan?"

Sekali lagi, Ariana mengunci mulutnya. Sedikit demi sedikit ayat itu menusuk ke dalam hati batunya. Entah mengapa dia terasa.

"Tapi Arish, apa yang Ari cakap tu betul tau. Benda 8 tahun lepas pun, dia masih lagi khianati Ari. Dia pernah bersubahat dengan orang yang bunuh kakak Ari. Kakak Ari, Arish. Mana Ari tak marah, tak simpan dendam?"

HS 2: Love Journey [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang