"Ada satu kes pembunuhan melibatkan seorang ahli menteri telah terjadi di sebuah tempat letak kereta bawah tanah, Pusat Beli-belah Lot 10, Bukit Bintang." Alicia membaca headline berita atas talian itu dengan nada yang agak kuat.
Ariana yang duduk disebelahnya hampir sahaja tersedak air teh kerana terkejut dengan berita yang baru sahaja Alicia sampaikan sebentar tadi.
"Lot 10, Bukit Bintang?" Ariana bertanya untuk meminta kepastian.
Pantas Alicia mengangguk. "Yes, Bukit Bintang. Kenapa?" Adik kembarnya itu bertanya untuk meminta kepastian.
Ariana menyisip air teh panasnya sekali lagi sebelum membalas soalan Alicia. "By any minutes, I'll get a call and ASP will ask me to investigate that case." Balasnya penuh tenang dan yakin.
"Benda ni terjadi dekat Bukit Bintang, kenapa kau yang kena siasat? Kau kan IPD Cheras." Alicia menyoal sekali lagi. Hairan untuk kali kedua.
Ariana melepaskan tawa kecilnya. "Kau kerja dekat HKL tapi kau pernah kena panggil pergi Hospital Sungai Buloh, kan? Samalah kes macam aku ni. Tempat kerja je dekat IPD Cheras, tapi orang panggil aku kerja boleh dikatakan dekat semua tempat. Kalau boleh dia suruh aku buat kerja sampai Kedah sana." Ujarnya panjang lebar.
Alicia mengangguk faham. Tak sampai beberapa minit selepas Ariana berkata sedemikian, dia mendapat satu panggilan kecemasan.
Dia menunjukkan nama si pemanggil itu tepat-tepat di depan mata Alicia sambil mengoyangkannya ke kiri dan ke kanan sedikit. Mukanya jelas memberi ekspresi 'I told you'.
Satu senyuman diberikan kepada Alicia sebelum dia bingkas bangun dan keluar dari rumah, menuju ke taman untuk menjawab panggilan kecemasan itu.
"Assalamualaikum, Tuan. Ada apa boleh saya bantu?" Ariana terus masuk ke dalam mood bertugasnya.
"Waalaikumussalam, cik Ariana. Bagus, terima kasih kerana mengangkat panggilan saya secepat mungkin. Kamu akan ada tugasan baharu. Kamu sudah baca berita yang tular beberapa minit lepas, betul? Kes tersebut saya akan serahkan kepada kamu, Inspektor Harith dan Inspektor Mukhriz. Kes ini agak besar kerana ia melibatkan salah seorang menteri. Saya berharap kamu dapat selesaikan kes ini secepat mungkin." Panjang lebar ASP Dzulkifli memberi segala jenis maklumat yang Ariana perlu.
Gadis yang sudah bergelar inspektor itu agak terkejut dengan arahan yang dikeluarkan oleh ASP Dzulkifli. "Inspektor Mukhriz? Tuan, maaf bertanya. Bukankah Inspektor Mukhriz masih lagi ditahan di wad? Tak silap saya, dia masih lagi tidak sedarkan diri. Bagaimana dia ingin melakukan tugas tersebut?" Penuh berhati-hati dan formal Ariana bertanya.
"Kamu tidak dapat berita terbaharu fasal Inspektor Mukhriz ke? Alhamdulillah, Inspektor Mukhriz telah pun sedar daripada koma tetapi dia memerlukan rehat yang cukup untuk pulih sepenuhnya. Tidak mengapa jika dia tidak sertai tugasan tersebut bermula dari awal, sekurang-kurangnya dia boleh tolong kamu berdua disaat-saat akhir. Saya yakin dia boleh sesuaikan diri dengan kes terbaru ini. Kamu ada soalan lain?" Terang ASP Dzulkifli satu-persatu.
Ariana berkali-kali mengangguk faham dengan ayat yang dinyatakan oleh ASP Dzulkifli tetapi sempat juga hujung matanya menjeling Alicia yang ralit menyisip teh panas.
Jelingan tersebut memberi maksud dia inginkan penerangan kenapa Alicia langsung tidak memberitahunya bahawa Daniel sudah pun sedar dari koma. Dalam banyak-banyak perkataan dan ayat yang wujud dalam dunia ni, dia hanya memilih 3 perkataan yang memberi 1 ayat.
'Daniel sudah sedar.'
Tak ada benda lain yang boleh buatnya bahagia selain daripada ayat tersebut. Buat masa sekaranglah. Lepas ni tak tahu lagi bagaimana.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...