Everyone's awaited chapter, I promised
_________________________________________
"Eh bukan Ari datang hospital ke tadi?" Irfan menyoal sambil berjalan mendekati Alicia yang duduk bersilang kaki di kafe hospital, menunggu makanan yang dipesannya untuk sampai.
Alicia mengangkat kepalanya apabila dia terdengar suara Irfan. Soalan lelaki itu dijawab, "Ha'ah, dia ada datang tadi."
"Kau tak jumpa dia ke?" Sekali lagi Irfan menyoal. Tempat duduk di hadapan Alicia diambil. Disebabkan meja makan itu hanya muat-muat untuk 2 orang untuk duduk, dia tak ada pilihan lain selain duduk di hadapan gadis itu.
Nak duduk meja disebelah pun boleh je sebenarnya tapi itulah, bukannya dia nak berborak kalau jarak antara mereka boleh tahan jauh. Tak selesa nak borak dengan suara yang kuat.
"Jumpa je." Balas Alicia bersama senyuman nipis.
"Dia buat apa dekat sini?"
"Bahagian forensik seperti biasa. Kesnya tak selesai lagi tu. Makin merumitkan pun ada." Ujar Alicia.
Irfan terangguk, memahami dengan kesibukan yang harus dilalui oleh Ariana Quin Evelyn.
"Tapi cepatnya dia balik."
Alicia tersengih mendengar apa yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya itu.
"Dia cakap ada orang nak jumpa dia dekat luar hari ni. Aku tak tahulah siapa."
Jawapan yang keluar dari mulut Alicia itu tiba-tiba menarik perhatian Irfan. "Ada orang nak jumpa dia? Kau tak rasa tu Haziq ke?"
Alicia menjongketkan bahunya tanda dia tak tahu dan tak dapat dipastikan. "Entahlah. Nantilah aku korek balik dengan dia siapa yang nak jumpa dia tu."
"Cuba kau bayangkan kalau diorang keluar date. Dengan sorang pakai baju polis, sorang pakai baju korporat. Mesti nampak pelik." Komen Irfan sambil meletuskan tawa halusnya.
Alicia tersenyum. Geli hatinya membayangkan situasi itu akan berlaku sebentar lagi. Nak berharap Ariana tukar baju kepada yang lebih presentable semata-mata nak jumpa Haziq? Memang tidaklah.
"Tapi diorangkan bergaduh haritu. Dah berbaik ke?"
"Aku tak dapat pastikan yang tu. Ego masing-masing sama naik. Entah bila nak mengalah."
Alicia hanya diam tidak menjawab. Dia tahu, walaupun masing-masing seperti tak rela nak menurunkan ego yang mereka banggakan, mereka akan sentiasa berbaik juga di kemudian hari.
Mereka bukan kembar yang tidak boleh berpisah, mereka juga bukanlah kawan sehidup semati yang tak boleh hidup tanpa salah seorang disisi. Tapi ada satu ikatan yang tak mampu memutuskan hubungan antara mereka.
Ikatan yang tak pernah siapa tahu apa dan dari mana.
............
Beg tangannya diletakkan diatas meja sebelum dia melabuhkan punggung di hadapan lelaki yang ingin sangat berjumpa dengannya.
"Wow, tak sangka kau tukar pakaian kerja kau semata-mata nak jumpa aku." Ujar Haziq sambil tersenyum kecil.
Ariana memberinya satu jelingan menyampah. Pakaian yang tersarung di badannya diperhatikan sekilas.
Sehelai blouse biru muda labuh dipadankan dengan sehelai seluar slack berwarna hitam dan sehelai shawl biru tua bukanlah combinasi yang sangat menganggumkan, bukan?
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...