"Assalamualaikum."
Keempat-empat manusia tu berpaling ke sisi. Figura seorang lelaki muncul bersama senyuman.
Tergamam seisi meja itu melihat figura tersebut. Baru je mengumpat sebentar tadi.
"Waalaikumussalam, bro! Finally nampak pun batang hidung kau after 2 months. Kau busy dengan apa?" Haidar bangun dari duduknya dan mendekati Haziq.
Mereka berdua membuat brother-hug. Sama seperti Arish. Biarpun mereka pernah berjumpa beberapa kali ketika mesyuarat fasal projek baru, mereka tetap rindukan waktu-waktu dahulu.
Haziq duduk di sebelah Arish. "Rish, kau dapat call dari klien United Kingdom tu tak?" Haziq menyoal.
Arish mengangguk. "Nanti aku kena jumpa dia. Kalau tak boleh hari ni, esoklah jawabnya. Kau pun sama ke?"
"Ha'ah. Kau buat harini, aku buat esoklah, cun?" Haziq memberi cadangan.
"Cun." Haziq dan Arish membuat high-five.
Beberapa lauk-pauk yang ditempah mereka tiba. Lauk-pauk itu disusun di atas meja berpusing yang ada diatas meja makan.
"Kau dah siap ke design dalaman bangunan tu?" Haziq menyoal lagi.
Jumpa sahaja dengan Arish, pasti mulutnya tak betah bercakap fasal kerjanya.
"Aku baru siap separuh. Tak apalah, bangunan pun tak siap lagi. Ada masa lagi. Kau dah siap?" Arish mengembalikan soalan itu kepada Haziq.
Haziq menggeleng juga. "Pereka seni dalaman syarikat papa aku pergi outstation minggu lepas. Lusa baru dia balik. Jadi, tak siap lagilah jawapannya."
Lelaki itu agak kecewa. Kenapalah dalam banyak-banyak hari, pereka seni dalaman mereka kena ada tugasan di luar negara semasa mereka sibuk untuk menyiapkan reka bentuk seni dalaman bagi projek terbaharu.
"Kau tak ada pereka seni dalaman yang lain ke?" Arish bertanya penuh kehairanan. Tak akanlah syarikat besar, terkemuka di Malaysia hanya ada seorang pereka seni dalaman?
Ajaib sangat tu. Projek berpuluh juta boleh buat, tak akanlah nak cari seorang lagi pereka seni dalaman pun susah. Tawar je duit beberapa puluh ribu, memang berbarislah orang nak jadi pereka seni dalaman buat syarikat tu.
Haziq tergelak. Muka Arish memang bingung.
"Ada je yang lain, tapi yang pergi outstation tu paling mahir dan rekaan dia selalu nampak menarik. Itu yang bergantung pada dia kalau melibatkan projek besar ni."
Izzara yang perhati perbualan dua orang sahabatnya dari tadi berdehem. "Can you guys stop talking about work? Ada rezeki depan mata jangan sibuk nak cakap fasal kerja boleh?" Katanya tegas.
"Sekarang ni waktu makan tengah hari, tolong tolak tepi dulu hal kerja tu." Mendatar Ikha menyambung. Matanya tajam merenung Haziq dan Arish yang ada di depannya.
Haidar menggeleng. Garang betul dua orang rakan perempuannya itu.
"Sorry, my bad." Haziq segera meminta maaf.
"Em, jomlah makan. Baca doa dulu." Ujar Haidar. Tangan mereka ditadahkan dan doa makan dibaca oleh lelaki itu dengan penuh penghayatan.
Lauk-pauk yang ada diatas meja diambil serba sedikit.
Haziq menyuapkan sesudu penuh nasi dan isi ikan siakap stim ke dalam mulutnya. Kunyahannya diperlahankan. Jangan gelojoh. Tercekik nanti bahaya.
"Doktor dua orang tu tak nak datang ke?" Ikha bersuara. Sudah lama mereka menunggu dua orang rakan mereka yang bergelar doktor itu.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...