LJ-38

547 58 6
                                    

Satu keluhan kerisauan terlepas dari mulut Ikha sejak dia mendapat berita bahawa Ariana akan turun padang, menyerbu sarang penjenayah setelah gadis bergelar inspektor itu berjaya menjumpai sarang penjenayah tersebut.

Setelah hampir 3 bulan mereka berusaha mencari pembunuh yang membunuh menteri tersebut, akhirnya mereka menjumpai pembunuh tersebut juga.

Walaupun kes kalini agak berbeza, dimana menteri itu mati atas kehendak dia sendiri dengan mengupah pembunuh tersebut, pembunuh itu tetap melakukan jenayah iaitu membunuh 19 orang pelajar pada 2 tahun yang lepas dan juga melakukan banyak rompakan di beberapa buah bank.

Tidak lupa juga mereka pernah menjadi jenayah yang terkeji kerana membuat rekod jenayah merogol dan membunuh wanita yang telah mereka sentuh.

Dipendekkan cerita, penjenayah tersebut adalah antara penjenayah yang berbahaya. Hal tersebut menyebabkan kerisauan semakin menjadi-jadi menjalar di dalam hati seorang gadis bernama Zayra Ikha.

Dia berharap sangat sahabat karibnya, Ariana Quin Evelyn itu dapat menjaga diri sendiri dan rakan sepasukan ketika misi tersebut dijalankan.

Dikatakan misi tersebut akan berlaku di kilang terbiar berdekatan pelabuhan kerana penjenayah tersebut mempunyai urusan jual beli penyeludupan senjata haram dengan negara jiran.

Pihak berkuasa sudah lama ingin menangkap penjenayah tersebut namun disebabkan mereka terlalu licik dalam menyembunyikan bukti, menukar identiti, melarikan diri dan menyamar, ia mengambil masa yang agak lama untuk pihak berkuasa akhirnya menangkap penjenayah tersebut.

Sekali lagi, keluhan kerisauan terlepas dari belahan bibir merah merekahnya. Matanya dikatup rapat, hatinya memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya misi yang akan dijalankan oleh Ariana dan rakan sepasukannya pada malam itu akan berjalan dengan lancar.

Dia tahu Ariana ada kebolehan, Ariana licik dan Ariana jenis yang berhati-hati. Tapi dia takut, jika penjenayah itu cerdik mengatur strategi dan menggunakan 'kelemahan' Ariana untuk menjatuhkan polis berpangkat inspektor tersebut.

Siapa lagi 'kelemahan' Ariana kalau bukan Daniel Mukhriz. Walaupun persahabatan mereka tidak seakrab dahulu, hatinya masih lagi terdetik untuk melindungi lelaki itu dan sama juga sebaliknya.

Persahabatan yang tidak dirasakan sangat rapat itu masih tidak dapat memutuskan ikatan kepercayaan dan persahabatan mereka yang telah terbenam lama dahulu. Saban hari, ikatan yang telah lama terbenam dahulu perlahan-lahan kembali memunculkan sinar harapan untuk dipulihkan kembali.

Ikha tahu, dia tahu sangat-sangat, jika bukan kerana Ariana sudah berjanji, gadis itu akan berada dalam pangkuan Daniel jua walaupun berjuta kali dia cuba untuk menafikannya. Namun kerana janji, dia relakan hati untuk bersama dengan orang mencintai dirinya dan bukannya bersama orang yang dia cintai.

Sesakit manapun realiti yang akan dibawanya, satu hari nanti, Ariana akan sedar dan akan cuba untuk menghargai setiap apa yang dia ada.

Kerana Zayra Ikha yakin, Izz Irshad Haziq dapat menjaga Ariana Quin Evelyn sebaik mungkin.

"Hai sayang, termenung apa tu? Jauh semacam je saya tengok," tegur Naufal tatkala dia menjejak kaki ke dalam bilik tidur dirinya dan Ikha.

Ikha berpaling, memandang Syed Naufal Shah yang sudahpun sah bergelar suaminya. Satu senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Tak ada apalah. Saya cuma risau fasal Ariana," balas Ikha penuh lemah lembut. Sejak dirinya bergelar isteri kepada Syed Naufal Shah, perangainya perlahan-lahan berubah menjadi lebih lembut seperti gadis melayu terakhir.

Walaupun sedemikian, ketegasan dan kedegilan masih lagi terselit kemas dalam dirinya. Kedua sifat itu hanyalah digunakan ketika dia ingin berlawan di mahkamah, ketika dia berada di dalam tugasnya.

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now