LJ-2

1K 68 0
                                        

Masuk sahaja perkarangan hospital, dia bergegas ke bilik peribadinya yang ada ditingkat 3. Sama aras dengan bilik pembedahan.

Bagus juga bila biliknya berada di aras yang sama dengan bilik pembedahan. Apa-apa benda mustahak yang memerlukan khidmatnya senang sikit nak dilakukan.

Beg tangannya diletakkan di dalam bilik. Baju plastik untuk pembedahan dipakai. Dia tak terlibat dalam pembedahan tapi dia harus memakainya juga.

Tudung selendangnya ditanggalkan dan menyarungkan tudung sarung yang ada. Topi plastik dipakai. Begitu juga dengan face mask.

Kasut khas untuk pembedahan dipegangnya. Dia berlari anak ke bilik pembedahan. Pesakit sudah ada dan tidak sedarkan diri. Denyutan jantung agak tidak stabil berdasarkan paparan ventilator.

Irfan juga sudah ada. Bersedia untuk melakukan kerjanya.

Alicia menanggalkan selipar yang dipakai dan menyarungkan kasut khas untuk pembedahan itu. Dia mendekati pesakit.

Alicia mencapai sarung tangan getah yang dihulurkan oleh pembantunya. Alcohol swab diambilnya dan dia menyapukan benda itu pada bahagian yang dia akan mencucuk anaesthetic sebentar lagi.

"Doktor dah bersedia?" Irfan mengangguk sebagai balasan. Pisau bedah sudah dipegangnya.

Jarum suntik yang berisi anaesthetic diambil dari tangan pembantunya. Dengan lafaz bismillah, jarum itu disuntikkan pada tempat dia menyapu alcohol swab.

Kerana pesakit itu tidak lagi sedarkan diri jadi Alicia tak pasti ubat bius itu sudah bertindak balas atau belum. Dia tunggu buat beberapa minit supaya ubat itu mengalir dalam badan pesakit.

Kemudian, baru dia membenarkan Irfan untuk memulakan sesi membuang peluru.

Irfan membaca bismillah sebelum mula melakukan kerjanya.

...........

4 jam telah berlalu dan akhirnya sesi pembedahan membuang peluru itu telah berjaya. Bahagian kena bedah itu dijahit dengan kemas.

Masing-masing melepaskan nafas lega. Pesakit ditolak ke wad ICU untuk direhatkan.

Alicia menanggalkan sarung tangannya dan dibuang ke dalam tong sampah. Face mask yang dipakainya diturunkan.

Begitu juga dengan Irfan. Mukanya dibasahi dengan peluh. Bilik pembedahan sememangnya panas. Lebih-lebih lagi kena pakai baju plastik macam tu.

"Laporan macam mana?" Soal Irfan.

"Sudah siap, doktor. Nanti saya hantarkannya ke bilik doktor." Jawab pembantu Irfan. Lelaki itu hanya mengangguk.

Alicia perhatikan sahaja perbualan antara mereka berdua.

"Doktor Ryn, pandang siapa tu?" Tegur pembantunya. Alicia tersenyum kecil.

"Tak ada siapalah. Kamu semua ni tak mahu keluar ke? Tak panas duduk dalam bilik ni?" Soalan dilontarkan pada semua jururawat yang terlibat dalam sesi pembedahan tadi.

"Kami nak kemas bilik ni dulu. Doktor Ryn dengan Doktor Aqeef bolehlah keluar dulu. Kasihan doktor berdua penat." Balas salah seorang juruwat yang ada disitu.

"Baiklah kalau macam tu." Alicia menanggalkan baju pembedahan  yang dipakainya. Baju itu dibuang ke dalam tong sampah khas.

Begitu juga dengan topi plastiknya. Irfan yang sudah siap menanggalkan segala benda yang dipakainya untuk pembedahan sebentar tadi segera keluar dari situ.

Alicia mengekori langkah Irfan.

"Oh ya, Alicia. Aku lupa nak bagitahu kau." Langkah Irfan berhenti. Badannya dipusingkan ke belakang

HS 2: Love Journey [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang