"Ariana!" Sapa Ikha sebaik sahaja dia mendekati gadis yang dia nampak sebentar tadi.
Ariana yang rasa namanya dipanggil segera berpaling ke belakang. Dihadapannya kini terdapat seorang gadis yang cantik bertudung coklat labuh menutupi dada dan dibadannya tersarung blouse longgar berwarna cream dan dipadankan dengan sehelai flowy skirt berwarna coklat muda.
Ariana diam mengamati wajah gadis itu. Dia rasa dia pernah nampak. Wajah gadis itu amat mirip dengan seseorang yang pernah dia kenal tapi otaknya tak mampu memproses siapakah gadis tersebut.
Otaknya mengambil masa hampir 3 minit untuk memproses sehinggalah muncul seorang lelaki di belakang kanan gadis itu. Jarak antara mereka berdua agak jauh.
Dan melihat sahaja wajah lelaki yang muncul itu, otak Ariana kini dapat memproses siapakah gadis itu. Siapa lagi kalau bukan teman wanita Naufal, Zayra Ikha.
"Ah, Ikha. I'm so sorry I took so long to recognise you. You look so different when you wearing hijab. More beautiful than usual!" Puji Ariana penuh ikhlas.
"Ari, you look more beautiful than me! I can believe you're right in front of me right now. I missed you." Perlahan-lahan Ikha mengorak langkah menghampiri Ariana.
Ariana tersenyum kecil. Tangannya didepakan dan tanpa berfikir banyak kali, Ikha masuk ke dalam bukaan depa Ariana dan memeluk gadis itu dengan erat.
Ikha meletakkan kepalanya pada bahu Ariana. Matanya dipejam serapat yang boleh. Dia bahagia kerana akhirnya dia dapat bertemu Ariana kembali.
Kebahagiaan yang dia rasai itu membuatkan dia hampir sahaja merembeskan air mata.
"I don't ask you to cry. So please don't cry." Bisik Ariana ditelinga Ikha. Tangannya menggosok belakang badan Ikha dengan penuh lemah lembut.
Ikha tersengih. Dia meleraikan pelukan dan menjauhkan diri sedikit daripada Ariana. Wajah Ariana yang mulus tanpa secalit alat kosmetik itu ditatap.
"I don't wanna cry but I'm just so happy right now." Rengek Ikha. Bibirnya dicebikkan. Air mata yang bertakung ditubir matanya dikesat menggunakan lengan baju.
"Where is Zayra Ikha, the Ice Queen that I know? This is not my Zayra Ikha. Zayra Ikha that I know has a cold heart and doesn't easily whine." Ariana menyenggengkan mukanya ke sisi sambil tersenyum kecil.
Makin terserlah cebikkan bibir Ikha setelah Ariana menyakatnya sebegitu.
"I'm not an Ice Queen. I've the softest heart you know. You're the Ice Queen. Forever will be our Ice Queen."
Tawa halus terlepas dibibir Ariana. "Mengadalah kau ni. Anyways, apa kau buat dekat sini?"
"Oh kejap. Aku lupa fasal dia." Serays berkata sedemikian, Ikha memusingkan badannya dan memanggil Noah untuk masuk ke dalam kedai pastri tersebut.
"Kau ingat dia lagi, kan?" Ikha menyoal sambil ibu jarinya ditunjukkan pada Noah yang berada di sebelah kanannya dengan jarak yang agak besar ditengah.
"Of course aku ingat. Sebabkan aku nampak muka dialah aku boleh recognise kau." Ariana tertawa tidak bersalah.
Terlopong kecil mulut Ikha tatkala mendengar jawapan yang keluar dari mulut gadis berseragam polis dihadapannya kini.
"Sampai hati kau tak ingat aku tapi ingat dia! Kau dengan dia bukannya baik sangat pun. Tapi dia pula yang kau senang nak recognise. Eyyyy..." Amuk Ikha dengan nada kecil. She scolded Ariana in tiny.
"Maaflah, muka kau lebih matang dari dulu. Lagipun kan aku dah cakap, sebabkan kau dah pakai tudung, susah untuk aku recognise."
"Yelah. So anyways, aku datang sini sebenarnya nak window shopping dengan Naufal tapi tulah, cakap je window shopping, tengoklah berapa banyak beg kertas yang dia pegang tu. Masa kitorang jalan-jalan tu, aku ternampak kau dalam kedai ni. Tapi mulanya aku tak dapat pastikan juga betul ke kau sebab dah bertudung, nampak tinggi, lebih cantik dan satu lagi, aku letak harapan rendah gila bila fikirkan kau nak balik Malaysia semula. Tapi bila nampak nametag kau, terus aku datang sini. So here I am." Terang Ikha panjang lebar.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...