"Aku akan bertolak ke United Kingdom by this weekend. So, aku tak rasa kita ada masa untuk meet lagi dah lepas ni. Aku pergi ke sana for a month dan after aku balik nanti, aku akan lakukan tugas aku," maklum Haziq kepada Arish dan Haidar yang duduk bertentang dengan dirinya.
"Tugas kau?" Dengan keliru Haidar menyoal. Dia tak diberitahu apa-apa pula yang Haziq ada tugas lain selain kerja pejabatnya ni.
"Eh, Arish tak maklum?" Arish menepuk dahinya perlahan bila Haziq menanyakan soalan tersebut.
"Sorry, aku tak ingat. Sibuk sangatlah lately ni," balasnya, sedikit serba salah.
"So, what was it?"
Haziq memberi isyarat kepada Arish untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Haidar.
"Long story short, Haziq will propose Ariana eventually."
Melopong kecil mulut Haidar saat mendengar jawapan tersebut. "Really? Good luck bro!"
Anggukan diberi sebagai balasan. "Eh by the way, Rish, kau sure tak nak ikut aku ni?"
Arish tersenyum tipis lalu menggelengkan kepalanya. "Yeah, aku tak rasa aku boleh pergi sana. Aku ada banyak kerja tak selesai lagi ni. Nanti aku hantar anak buah aku ikut kau, don't worry."
Haziq mengangguk sahaja. Selepas berbincangan yang agak ringkas dan pendek itu, mereka mula membuka topik yang lain, yang tiada kena mengena dengan urusan kerja mereka untuk menghabiskan masa bersama yang ada.
Tidak jauh dari tempat mereka berkumpul, ada seorang lelaki yang curi-curi mendengar perbualan mereka bertiga.
Satu senyuman sinis terukir bibirnya setelah serba sedikit informasi berada dalam tangannya.
Smartphone-nya dikeluar dari dalam poket, nombor seseorang didail. Selepas beberapa deringan, talian pun bersambung.
"You can start your mission by this weekend."
.........
"Ari, kau tak rasa ke Daniel ada kaitan dengan kes ni?" Dengan nada yang perlahan, Ikha menyuarakan pendapatnya selepas mereka bertiga diam sejenak.
"Kenapa kau tiba-tiba cakap macam tu?" Ariana menyoal kembali sambil matanya merenung lembut mata Ikha yang memandangnya.
Ikha mengeluh perlahan lalu mengjongketkan bahunya sebelum menjawab, "sebab dia dapat kes tu. Tanpa siasatan selanjutnya, tiba-tiba kes tu tutup. Tak hairan?"
Ariana diam buat kali yang kedua. Betul, dia ada juga terfikir kenapa kes itu tiba-tiba sahaja ditutup tanpa siasatan yang menyeluruh sedangkan Daniel Mukhriz, salah satu inspektor yang sangat bertanggungjawab yang menyiasatnya. Tapi, menuduh dan bersangka buruk bukanlah minat Ariana jadi dia hanya memberi respons biasa sahaja terhadap soalan itu.
"I don't think so. Aku percayakan Daniel dalam menyelesaikan kes. Aku tak rasa dia ada kaitan," senyuman segaris terlakar dibibirnya setelah soalan itu terjawab.
Hatinya tiba-tiba berasa ragu-ragu dengan jawapannya sendiri tapi selagi dia tidak dengar daripada mulut tuan yang sebenar, selagi itu dia akan cuba untuk tidak percaya.
"Well, aku pun tak nak bersangka buruk apa-apa sebab aku tahu dia jenis bertanggungjawab. Just, aku terfikir je tadi. You can continue your siasatan. If ada apa-apa, you can just call me and I'll be sure I will help you sampai your case selesai," balasan yang meniti bibir merah merekah Ikha sedikit sebanyak melegakan ragu-ragu dalam hati Ariana.

ANDA SEDANG MEMBACA
HS 2: Love Journey [C]
Roman d'amour{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...