Irfan masuk ke dalam wad Daniel bersama stetoskop dilehernya. Langsir yang menutupi katil lelaki itu diselak ke tepi.
Dia nampak Daniel yang sudah menyedarkan diri. "Alhamdulillah, finally you're awake. How is your condition? Feeling better?" Irfan bertanya sambil menuju mendekati lelaki itu.
Daniel mengangguk sahaja sebagai balasan. Irfan membantu lelaki itu untuk bersandar di kepala katil. Dia mula memeriksa serba sedikit keadaan Daniel.
Lebam yang pernah ada pada badannya mulai surut. Jahitan dibahagian atas buah pinggang kanannya juga mulai sembuh. Dia dalam keadaan yang baik.
"Doktor Aqeef." Daniel menyeru nama doktor lelaki itu. Irfan mengangkat kepala tanda dia mendengari panggilan tersebut.
"You're Aqeef Irfan, right?" Perlahan suara Daniel Mukhriz bertanya. Macam tak ada semangat untuk bercakap gamaknya.
Irfan mengangguk sebagai jawapan. "You can just call me Irfan if you want to. It's okay, I don't mind." Satu senyuman kecil diberikan.
"Irfan, Ariana ada datang melawat aku ke tempoh hari?" Daniel menyoal bersama reaksi wajah ingin tahu.
Irfan terdiam seketika. Dia tidak pasti sama ada mahu menjawab atau tidak. Tapi, takkanlah tak boleh jawab pula, kan?
"Why did you ask?" Lelaki itu tidak mahu untuk terus menjawab. Dia pun nak pastikan macam mana Daniel boleh tahu.
Ni kira kajian sebagai doktorlah juga ni.
"I heard her voice when I was in coma. I don't exactly recognised her voice but I think she is Ariana." Irfan membisu. Seingat dirinya, Ariana tak ada pula bersuara ketika melawat Daniel tempoh hari.
"Ah maybe you got confused with Alicia's voice. They're twin so no wonder if you can't exactly heard the difference between their voices. Especially when they're now grew older. Ariana never came here." Untuk beberapa perkataan pertama, Irfan jujur dan untuk ayat terakhir, dia terpaksa menipu. Dia tak rasa ini masanya untuk Daniel tahu Ariana sudah balik.
Sedangkan Ariana sendiri suruh rahsiakan fasal kepulangannya daripada pengetahuan sesiapa. Biarkanlah dia yang beritahu sendiri.
"Ouhh.." Ada nada kecewa yang terselit dalam suara Daniel. Kecewa kerana mungkin dia letak harapan yang tinggi sangat.
'Buat apa dia tiba-tiba nak jumpa aku sedangkan aku dah pernah buat dia kecewa. She'll never come back to me again.' Detik hati Daniel. Satu keluhan dilepaskan.
Dalam fikirannya, dia sudah memaki hamun diri sendiri. Padan muka, siapa suruh kecewakan dia. Lepas dah kecewakan, terhegeh-hegeh nak dekati dia semula. Bodoh.
Irfan pandang muka muram Daniel dengan wajah yang sayu. Dalam hatinya menanggung beban untuk memberitahu hal yang sebenar tapi itu bukan haknya.
Biarkan Ariana lakukan semuanya sendiri. Dia tahu, gadis itu rindukan Daniel sebagai kawan tapi dia tak mahu kecewakan hati Daniel lagi dengan beritahu Ariana hanya rindukan lelaki itu sebagai kawan.
Makin muram Daniel jadinya.
"Alright bro, aku keluar dulu ya? Take a good rest. If you want anything just call me." Seraya berkata sedemikian, Irfan keluar dari wad tersebut.
Melangkah sahaja kakinya diluar, dia menghembuskan nafas dengan perlahan.
"Kenapa mengeluh ni?" Alicia yang kebetulan melintasi wad tersebut bertanya kepada Irfan.
Irfan mengangkat wajahnya untuk memandang Alicia. Matanya sempat melihat pakaian yang Alicia pakai. Pakaian bedah. Mesti ada pembedahan kejap lagi.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...