LJ-37

611 60 3
                                    

Hawa sejuk pendingin hawa menampar lembut pipi Alicia dan Irfan saat mereka menjejak kaki masuk ke dalam butik milik Aishy Izzara. Pintu kaca yang cantik berhias itu ditutup dengan perlahan sebelum mereka berjalan menuju ke kaunter untuk bertemu dengan si pemilik butik.

Belum sempat pembantu Izzara, Rania ingin bertanya hajat Alicia dan Irfan kemari, Izzara tiba-tiba sahaja muncul disebalik dinding dan menegur mereka, "hai, apa hajat korang datang sini?"

Segera Alicia memusingkan badannya untuk memandang ke arah datangnya suara itu. Senyuman lebar terukir dibibirnya. "Hai! Lama tak jumpa!" mesra Alicia menyapa kembali, mendekati Izzara dan merangkul tubuh ramping rakannya itu ke dalam pelukan.

Pelukan rindu mereka itu dileraikan selepas beberapa saat. Izzara menjengukkan kepalanya untuk menyapa Irfan yang masih lagi berdiri berdekatan kaunter.

"Kitorang datang sini nak beli hadiah for my mom's upcoming birthday. Aku tak ada idea nak bagi apa actually, so Alicia suggest datang sini, dia cakap rekaan pakaian kau buat lawa-lawa dan minimalist so aku setuju jelah," terang Irfan yang setia berdiri di belakang Alicia.

Alicia mengangguk, mengiyakan penerangan yang dibuat oleh Irfan. Izzara tersenyum mesra. 

"Bijak juga ya idea yang kau bagi." 

"Tengoklah bakal tunang siapa," selamba Irfan menyampuk. 

Alicia yang mendengar hanya mampu tersipu malu dan berharap agar Izzara tak mendengar apa yang diperkatakan oleh Irfan.

Izzara membuat muka cemberut. "Diamlah kau. Dia bijak sebab dia kawan baik aku, bukan sebab bakal tunang kau," protes gadis itu separa bergurau.

"Tak payahlah mention pasal tunangnya. Tak bertunang pun lagi kan. Eyy...," kalini Alicia pula yang bersuara. 

Irfan tergelak halus. "Pantang benar bila orang sebut benda-benda pasal kahwin. Iyalah, kau pergilah cari yang mana kau rasa sesuai untuk mak aku," cadangan Irfan itu mendapat anggukan daripada Alicia. Gadis itu terus menghilangkan diri disebalik baju-baju yang tergantung, mengangumi setiap rekaan pakaian yang dijadikan paparan.

Belum sempat Izzara ingin pergi menghilangkan diri bersama Alicia, nama gadis itu dipanggil oleh Irfan. Izzara mengangkatkan kepalanya sedikit, menyoalkan mengapa namanya dipanggil tanpa mengeluarkan suara.

Irfan mendekati Izzara, badannya ditundukkan sikit untuk menyamai paras ketinggian gadis bertudung itu sebelum dia berbisik, "tolong carikan sekali set pakaian yang sesuai untuk Alicia. Jangan bagitahu dia," pinta Irfan pada gadis itu.

Izzara mengangguk faham. "Price range?

"Tak ada. Pilih je mana-mana yang kau rasa sesuai."

Izzara menggulingkan biji matanya tatkala mendengar balasan yang meniti bibir jejaka di hadapannya kini. "Lupa kau doktor. Menyampah betul," omelnya perlahan tetapi kuat untuk didengari oleh Irfan.

Irfan hanya mampu tergelak kecil. "Dahlah, pergilah dekat Alicia sana. Karang dia pelik pula asal kau borak dengan aku."

"Aku tahulah," protes Izzara namun tetap menurut kata-kata Irfan.

Gadis itu mendekati Alicia yang masih lagi membelek-belek pakaian yang tergantung. 

"Kau rasa taste mak Irfan macam mana?" Izzara bertanya untuk memudahkan kerja Alicia mencari baju yang sesuai.

"Aku pun tak pastilah. Tapi aku rasa blouse simple yang warna soft, pastel mungkin sesuai kot," jawab Alicia.

Izzara menganggukkan kepalanya. "Well, seems like kau cari dekat tempat yang betul. Pilihlah yang mana berkenan. Koleksi yang baharu ada disebelah sana," ujar Izzara sambil ibu jarinya menunjukkan ke arah tempat gantung pakaian bersebelahan dengan tempat yang Alicia tengah memilih.

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now