LJ-16

1K 60 4
                                    

Seminggu kemudian, (I told you I have to use time skip-)

Irfan masuk ke dalam bilik Alicia bersama sebuah fail keras yang erat berada dalam genggamannya.

"Assalamualaikum, Alicia." Salam diberikan sebelum dia memboloskan diri ke dalam bilik gadis itu. Dia mengambil tempat duduk di hadapan gadis itu

"Waalaikumussalam, kenapa?" Alicia menyoal. Matanya diangkat daripada asyik merenung komputer yang ada di depannya.

Boleh rabun matanya sebab asyik menghadap komputer.

"Daniel dah dibenarkan untuk pulang. Em, pasal ahli keluarga dia?" Irfan ragu-ragu menyoal. Dia tak berapa nak tahu latar belakang keluarga Daniel.

Nak ditanya pun, dia takut jika kedua ibu bapa lelaki itu sudah meninggal dunia, dia tak nak menyinggung hati sesiapa.

Terhenti kerja Alicia tatkala mendengar pertanyaan Irfan. Sebenarnya, dia sendiri tidak tahu berita tentang keluarga Daniel. Setelah apa yang lelaki itu buat pada kumpulannya yang dulu, dia terus melupakan segalanya fasal lelaki tersebut.

Bunyi agak kejam tapi percayalah, itulah yang terbaik untuk dirinya. Tak ada guna jika dia risaukan lagi fasal lelaki itu.

Percayalah, tak pernah terdetik sekali pun untuk dia maafkan Daniel. Sifatnya yang susah untuk maafkan orang dulu masih lagi tidak pudar dalam diri. Sifat itu bagaikan sudah lama sebati dalam dirinya dan tidak dapat dibuang walau apapun jua cara yang dilakukan.

"Aku tak tahulah fasal keluarga dia. Selama dia dekat hospital ni, tak ada orang ke yang melawat dia?" Suara Alicia berbunyi agak menyampah.

Irfan mengangguk. "Adalah juga beberapa orang. Kebanyakkannya rakan setugas dia. Tapi pernah sekali tu ada seorang perempuan yang melawat dia. Adik dia kot."

Alicia seperti tersedar sesuatu setelah mendengar ayat Irfan. "Oh ya, dia ada adik perempuan. Nama dia Diane Melina if I'm not mistaken. Mungkin kejap lagi adik dia sampai kot ambil dia." Dan suara gadis itu masih lagi berbaur menyampah.

Irfan meng'o'kan kata-kata Alicia. Kepalanya terangguk-angguk faham akan ayat yang dilontarkan gadis itu.

"Tapi Alicia." Alicia yang baru sahaja nak sambung tugasnya itu sekali lagi terhenti saat namanya dipanggil. Sebelah keningnya dijongketkan sebagai tanda 'kenapa?'

Satu keluhan meniti dibibir Irfan terlebih dahulu sebelum lelaki itu menyambung kata-katanya.

"Kenapa suara kau berbaur menyampah setiap kali kita cakap fasal Daniel?" Penuh curiga Irfan menyoal. Kedua tangannya disilangkan lalu dia bersandar pada kerusi yang didudukinya.

Berkerut dahi Alicia bila mendengar pertanyaan tersebut. "Mana adalah. Telinga kau je kot yang dengar macam tu."  Gadis itu cuba untuk menafikan yang dia sememangnya rasa menyampah. Bukan setakat menyampah, dia juga rasa tak selesa.

Dia dapat rasakan ada sesuatu yang dia tidak suka akan berlaku nanti.

Jawapan yang meniti keluar dari mulut gadis itu langsung tidak dipercayai oleh Irfan. Dia sekali lagi mengeluh.

"Aku kenal kau bukan setahun dua tau, Alicia. Aku boleh agak apa yang ada dalam fikiran kau dan  aku tahu kau memang menyampah dengan dia. Now tell me, apa yang buatkan kau menyampah sangat?" Mata Irfan tajam menikam pandangan mata Alicia supaya gadis itu boleh jawab soalannya dengan jujur.

"Eyyy.. yerlah. Aku just menyampah sebab dia masih lagi ada hati nak rapat dengan Ariana. Even after semua benda yang dia buat, tak serik lagi ke? Aku tahulah Ariana yang sekarang ni seorang yang pemaaf tapi aku rasa tak sedap hatinya. Twins instinct kau tahu." Rengeknya.

HS 2: Love Journey [C]Where stories live. Discover now