I'm sorry for the delay. I forgot to update this chapter yesterday hehe..
______________________________________Ivy bangun dari duduknya setelah hampir sejam setengah mereka menghabiskan masa dengan menyoal siasat.
Ariana turut sama bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Ivy. "Terima kasih banyak-banyak kerana telah memberi kerjasama. Maklumat yang cik berikan amatlah berguna untuk kami menyelesaikan kes ini. Terima kasih sekali lagi." Penuh formal Ariana bercakap.
Biarpun dia tidak memakai pakaian seragam polis, tidak menaiki kereta polis dan paling penting bukan lagi berada dalam waktu bekerjanya, dia dan bahasa formal sekarang ini bagai isi dengan kuku, tidak mampu dipisahkan.
"Terima juga juga kepada Inspektor Ariana sebab rajin datang ke sini hanya semata-mata untuk soal siasat. Inspektor boleh sahaja panggil saya untuk pergi ke balai dan soal siasat disana. Saya pun tak ada kerja sekarang ni." Balas Ivy bersama senyuman manis.
Dia sebenarnya rasa agak membebankan Ariana kerana gadis itu terpaksa memandu kereta dari IPD Cheras menuju ke rumahnya yang terletak agak jauh daripada IPD tersebut.
"Tak mengapa, memang itu tugas saya dan saya selesa lakukan sesi soal siasat sebegini. Lagipun, saya lama dah tak jumpa kamu. Kamu okay ke belajar dekat UK?" Ariana cuba beramah mesra.
Ivy menggaru kepalanya yang dilitupi tudung. "Boleh tak kalau saya nak guna bahasa standard?" Soalnya dengan penuh janggal.
Dia tak suka sangat bila terpaksa menggunakan bahasa formal. Lebih-lebih lagi bila bercakap dengan orang yang dia pernah kenal.
Ariana tergelak kecil mendengar soalan yang keluar dari mulut Ivy. "Boleh je. Sorrylah, akak terlebih biasa dengan bahasa formal. Ivy okay ke belajar dekat sana?" Gadis itu mengulangi kembali soalannya tetapi kali ini menggunakan bahasa standard.
"Okay je. Alhamdulillah buat masa sekarang ni masih tak ada masalah dekat sana. Ivy pun tinggal lagi 2 semester je. Lepastu Ivy dah boleh apply kerja." Jawab Ivy dengan penuh senang. Senang bila dia boleh bercakap bahasa standard. Tak perlu rasa janggal lagi.
Tadi, bila mereka membuat soal siasat, memang bahasa formal yang mereka gunakan. Terlalu formal sampai nak bergurau senda pun tak boleh. Sudahlah suasana sebentar tadi terlalu serius. Ivy pun rasa ngeri bila dia lihat raut wajah Ariana menjadi serius.
Buat pertama kali setelah lapan tahun mereka berpisah, dia lihat wajah Ariana yang sememangnya serius. Dia pun tak faham bagaimana Ariana boleh sentiasa serius dan tak main-main sedangkan dia nak serius sikit pun dah boleh bantai tergelak.
"Baguslah. Good luck for the remaining semester!" Ucap Ariana bersama senyuman mesra. Ivy membalas senyuman tersebut.
Ariana menilik jam tangannya untuk melihat waktu pada ketika itu.
"Ivy." Seru gadis dengan suara yang serba salah.
"Ya, kenapa Kak Ari?"
"Boleh tak akak nak tumpang solat dekat sini? Akak tak sedar waktu Maghrib dah masuk. Maaflah kalau menyusahkan keluarga Ivy pula." Pintanya. Rasa serba salah makin menghurungi hatinya.
"Eh boleh je. Tak ada menyusahkan pun. Jomlah Ivy bawa akak masuk bilik solat." Balas Ivy, masih dengan senyuman manisnya. Dia kemudiannya bergerak mengiringi Ariana untuk masuk ke dalam bilik solat.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...