Pintu bilik mesyuarat yang masih lagi sunyi tanpa sebarang bunyi itu diketuk oleh Inspektor Harith.
Selepas ketukan ketiga, dia membuka pintu bilik mesyuarat tersebut. Terkejut dirinya saat melihat Inspektor Ariana sudah pun berada dalam bilik tersebut, menghadap komputer yang terdapat dalam bilik itu.
"Assalamualaikum, inspektor. Awalnya inspektor masuk sini. Inspektor tak pergi breakfast dulu ke?" Inspektor Harith menegur. Pintu bilik itu ditutup dengan rapat setelah dia masuk ke dalam bilik tersebut.
Angin sejuk pendingin hawa dalam bilik itu menyapa wajahnya dengan lembut. Terlalu awal untuk buka pendingin hawa sebenarnya tapi kerana bilik itu hanya ada pendingin hawa, terpaksalah buka juga.
Ariana mengangkat kepalanya untuk memandang Harith yang berada di hujung bilik mesyuarat tersebut. Dia tersenyum segaris.
"Waalaikumussalam. Haah, saya ada kerja nak selesaikan. Saya dah breakfast dekat rumah tadi." Jawab Ariana penuh santun.
Harith menganggukkan kepalanya. Dia menghampiri Ariana untuk melihat apa yang gadis itu tengah buat.
Tak lain dan tak bukan, buka fail siasatan yang ada dalam komputer tersebut. Fail siasatan yang terbaru, kes pembunuhan salah seorang menteri yang Ariana dan Harith ditugaskan untuk menyiasat.
"Oh ya, saya ada bawa salinan rakaman CCTV ketika kejadian pembunuhan berlaku." Ujar Harith sambil mengeluarkan sekeping cakera padat atau Compact Disc daripada fail yang dipegangnya sebentar tadi.
Mendengar sahaja perkataan salinan rakaman CCTV, perhatian Ariana terus beralih kepada CD tersebut. Cakera padat yang dihulurkan oleh Harith itu diambil dengan penuh berhati-hati.
Tanpa berlengah, dia letakkan cakera padat itu pada CPU komputer. Rakaman itu dimuat turun dan disalin ke dalam komputer terlebih dahulu sebelum dia menekan rakaman tersebut.
Harith beralih tempatnya daripada berdiri di hadapan Ariana kepada berdiri di belakang kerusi gadis itu, untuk melihat rakaman tersebut dengan lebih jelas.
Rakaman itu dimainkan buat beberapa kali untuk melihat apa-apa sahaja benda yang mencurigakan. Sampai sahaja pada detik kejadian pembunuhan itu terjadi, tiada satu benda pun yang mencurigakan muncul.
Kejadian pembunuhan itu pun tidak ditunjukkan dalam semua rakaman CCTV tersebut. Mungkin ada logik juga kenapa detik pembunuhan itu tiada dalam rakaman tersebut. Tak semua bahagian ada kamera litar tertutup tapi yang tak logiknya, tiada langsung detik-detik van yang mencurigakan keluar masuk dari kawasan tempat letak kereta tersebut.
Kelibat kereta Ivy Hazel keluar daripada kawasan tempat letak kereta itu ada jadi maknanya rakaman CCTV itu bukanlah palsu. Misteri sekarang ini, ke mana perginya van tersebut.
Ariana menekan tetikus untuk mempercepatkan rakaman itu berjalan.
"Kejap inspektor." Terhenti terus jari Ariana daripada terus menekan tetikus itu.
"Kenapa?" Soalnya.
"Cuba perlahankan rakaman tu pada jam 1635 sehingga jam 1638. Saya rasa ada benda yang tak kena." Pinta Harith sambil matanya perhatikan pada jam yang terdapat pada rakaman tersebut.
Ariana menganggukkan kepalanya. Dia mengulang kembali rakaman itu dan memperlahankan rakaman pada jam yang telah dinyatakan oleh Harith.
Mata Harith melekat pada jam yang terdapat mata rakaman tersebut manakala mata Ariana melekat pada rakaman yang diperlahankan.
Harith tersenyum sinis tatkala dia menjumpai benda yang aneh yang terdapat dalam rakaman CCTV tersebut. "Ulang kembali rakaman ini, seperti biasa, perlahankan rakaman pada jam 1635 hingga 1638. Lihat pada jam yang terdapat dalam rakaman tersebut." Arahnya sekali lagi.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...