Cahaya merah biru menerangi suasana langit malam hitam pekat ketika itu.
Bunyi siren polis dan ambulans memenuhi segenap ruang yang ada kawasan tersebut. Beberapa orang pengawai polis dan paramedik berkumpul, menyelesaikan tugas masing-masing.
Sekujur tubuh yang lemah dan dipenuhi darah diusung menggunakan stretcher dan dibawa masuk ke dalam ambulans.
Daniel memandang tubuh yang terbaring itu dengan sayu. Penjenayah yang sudah pun berada dalam tangkapannya itu diserahkan kepada pengawai polis yang lain untuk dibawa masuk ke dalam kereta polis.
Tak lama kemudian, setelah mangsa tembakan tersebut berjaya masuk ke dalam ambulans, ambulans itu mula meninggalkan perkarangan tersebut dan bergerak ke hospital.
Kelibat orang yang dia sayangi hanya dihantar melalui ekor matanya. Dia tidak sanggup menahan perit ingin berlama melihat separuh nyawanya terseksa.
Dia nekad, selepas sahaja kembali ke balai dan melaporkan situasi, dia akan pergi ke hospital untuk melawat sahabatnya seorang itu.
"Stay strong. I hope she will be fine soon," satu senyuman kecil terlintas dibibir Kevin tatkala menuturkan ayat tersebut kepada Daniel.
Daniel hanya mengangguk. Satu-satunya cara yang dia boleh buat pada waktu sekarang ini adalah berdoa agar sahabatnya, Ariana Quin Evelyn cepat sembuh.
"Inspektor Daniel, kita kena balik ke balai sekarang," maklum salah seorang pengawai yang ada bersama dengannya dalam menyelesaikan misi tersebut.
Daniel tidak membalas, namun dia tetap mematuhi arahan tersebut. Langkah kakinya diatur ke arah kereta polis yang terletak agak jauh dari situ.
Setiap langkahnya terasa berat akibat memikirkan nasib Ariana yang akan mendatang.
Dia tidak faham, masih lagi tidak faham. Bagaimana Ariana boleh pengsan ketika dia menuju ke arah gadis itu. Setahunya, Ariana seorang yang kuat.
Satu tembakan yang terkena kakinya itu tidak akan menyebabkan dia terus pengsan. Dia tahu Ariana boleh bangun lagi. Tapi kenapa, kali ini, Ariana sudah tidak sedarkan diri.
Kakinya berlumuran darah dan kepalanya juga tidak kurangnya terdapat kesan darah.
Dia tidak faham. Dan dia tidak akan faham selagi dia tidak berjumpa dengan doktor untuk menerangkan dan memaklumkan akan keadaan Ariana.
Buat masa sekarang, fikirannya yang bercelaru terpaksa ditolak ke tepi. Dia perlu balik ke balai, dia perlu melaporkan misi tersebut.
Dia perlu melaporkan keadaan Ariana. Paling penting, dia tidak boleh fikirannya mengganggu fokusnya ketika dia memandu.
Satu keluhan berat dilepaskan sebelum tangannya memulas kunci kereta polis yang dinaikinya untuk menghidupkan enjin kereta tersebut.
Suasana gelap malam itu dirempuh dengan 1001 perasaan, pandangan matanya kejap-kejap menjadi kabur kerana linganan air mata yang bertakung pada tubir matanya.
Sebelum dia hilang kawalan pada keretanya, dia terpaksa berhenti di bahu jalan seketika untuk melepaskan tangisan hatinya yang dipendam seorang diri.
Ya Allah, Kau selamatkanlah sahabatku, Ariana Quin Evelyn...
..........
5 hari kemudian,
Beg bagasinya yang berisi pelbagai jenis barangan ditarik masuk ke dalam rumah keluarganya. Suasana dalam rumah itu nampak kosong dan muram.
YOU ARE READING
HS 2: Love Journey [C]
Romance{ Sequel to Hidden Secret } 8 tahun telah berlalu, Ariana kini kembali semula ke bumi Malaysia. Dia pulang dengan perubahan yang mendadak. Tak ada siapa sangka itulah Ariana Quin Evelyn. Kerana terlalu fokus akan kerjayanya, dia tiada masa untuk me...