Vladmir berpakaian jubah serba hitam. Diia berdiri depan istana Lycria yang terang benderang. Kaki mengorak langkah, berjalan ke hulu hilir dan tindak tanduknya dikesan oleh dua pengawal istana yang berjaga depan pintu. Lantas mereka bergegas menangkap Vladmir yang melarikan diri menuju belakang istana. Kedengaran suara mereka terkerit-jerit sebelum bertukar senyap.
Dua pengawal istana tadi diheret oleh Vladmir lalu diletakan depan pintu Istana. Pintu diketuk bertalu-talu seperti mahu tertanggal dari engsel pintu. Sehinggalah pintu itu dibuka oleh seorang pengawal, Vladmir menusuk pedangnya menembusi perut. Perut pengawal tersebut membuak-buak memuntahkan darah.
Vladmir melangkah masuk, berjalan dan mendaki anak tangga. Dia menarik hoodie jubah menutupi kepala. Pedangnya yang disaluti dengan darah menitik-nitik ke bawah. Sampai di tingkat satu. Telinga menangkap derapan tapak kaki diringi suara lelaki bernyanyi kecil dengan penuh keriangan. Cepat-cepat Vladmir menyembunyikan pedang di belakangnya dan berdiri di tengah-tengah laluan.
"Kita tengok siapa yang terkena ...." katanya menanti mangsa yang seterusnya.
Putera Asra berhenti. Nyanyian kecilnya termati. Matanya tertumpu pada Valdmir dan pandangannya turun ke bawah. Matanya terbeliak bukan kepalang!
"Siapa pula ni? Orang luar macam mana boleh masuk!" terkejut beruk dia mengesan titisan darah atas lantai. Dia pusing dan mengelabah mahu melarikan diri.
Vladmir pantas menahan. Tubuh Putera Asra tertarik ke belakang oleh angin. Pedang diangkat sebelum memenggal kepala Putera Asra!
"Putera Asra!" jerit dayang istana ketakutan yang kebetulan lalu di kawasan itu.
Kepala Putera Asra terpisah dari badan dengan matanya yang terbelalak bergolek di kaki Vladmir! Keadaan bertukar kecoh! Pengawal istana bertungkus lumus datang. Vladmir menarik rambut Putera Asra lalu dijulang naik. Pengawal Istana berhenti dari melangkah. Mereka kaku melihat kepala Putera Asra. Darahnya masih segar menitik-nitik jatuh.
Raja Warton tergesa-gesa menuruni anak tangga melihat kekecohan yang berlaku. Sampai tangga di tingkat 3, dia berhenti cemas lalu matanya melurut ke bawah. Air mukanya turut berubah dan terbeliak seperti hendak terkeluar matanya!
"Anakanda, Asra!" pekiknya begitu lantang mengegarkan istana. Vladmir mendongak seraya tersenyum sinis.
"Ni baru sikit. Aku akan datang lagi penggal kepala seorang demi seorang yang hidup dalam istana ni!" selesai berkata kepala Putera Asra dilambung tinggi sebelum jatuh di dalam tangan seorang pengawal Istana.
Jauh terduduk dan menggeletar ketakutan apabila memegang kepala Putera Asra. Raja Warton sudah membengis. "Tangkap! Jangan biar lepas!" tengkingnya sebelum kaki bergerak menuruni anak tanga.
Vladmir tercegat di situ tanpa ada sebarang perasaan meskipun dia telah dikepung dan diacukan dengan pelbagai senjata! Dia kekal santai. Hatinya sudah mati. Mati dengan semua jenis perasaan yang manusia ada!
YOU ARE READING
White Guardians 2
ФэнтезиManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...