19. TIME PARADOX

1.6K 193 7
                                    

Sebatang lilin di atas lantai menerangi ruangan gelap. Pisau terletak elok pada atas meja kayu digapai lantas digenggam erat. Dia mengorak langkah mendekati lilin. Berdiri  tegak lalu meletak pisau pada jari telunjuk. Sempat dia menjeling mayat lelaki di tepi pintu kemudian beralih kepada, Irene yang terbaring di atas lantai tanpa sebarang alas.

Darah tersembur keluar bila dia menekan mata pisau menembusi kulit. Terpamer wajah kosongnya, dia tidak ada rasa sakit walaupun sekelumit! Pisau dicampak ke sisi. Samuel mengukir bentuk bulatan besar, mengelilingi lilin. Corak dalam lingkaran bulat diukir, ia seakan tulisan kuno yang tidak bisa difahami oleh orang biasa.

Irene tersedar dari pengsan. Kelopak mata terbuka luas dan kegelapan berbekalkan lilin menjadi tatapan mata. Terpinga-pinga Irene di situ. Mata menganalisis di mana dia berada sekarang ini. Suasana gelap membuatkan dia bingung buat seketika.

Perlahan dia menampung tubuh dengan sebelah tangan lantas dia duduk tersimpuh. Terkebil-kebil mata sehinggalah matanya terbeliak melihat sesuatu di ruangan tengah. Seorang lelaki sedang bongkok dan melakar sesuatu di atas lantai. 

'Samuel ke tu? Macam mana aku boleh berada di sini?' soalnya dalam hati. Tiba-tiba baru dia teringat! Bukankah kali terakhir dia bersama, Carla? Irene berdiri dan berjalan perlahan tanpa Samuel sedar dari belakang.

Tergamam dia melihat corak-corak merah yang dihasilkan oleh Samuel!  'Apa yang lelaki ini cuba lakukan? Macam mana dia boleh berada di sini bukankah dia bersama, Carla?' bisiknya dalam hati lagi.

Peluh dingin merembes keluar dari celahan kulit dahi. Rasa tidak senang duduk pun ada ketika ini, Irene diam memerhati akan pergerakan lelaki itu.

"Sa ... Sa ... Samuel? Kau buat apa ni?" perlahan suara Irene memecah kesunyian yang hening. Kelihatan lelaki itu tersentak! Bahu terhinjut naik!

"Oh, kau sudah bangun ... ah, cepatnya." dia berkata tanpa menoleh langsung.

"Kau pakai darah? Jawap soalan aku, Samuel!" Irene menembak soalan lagi. Terkejut besar dia apabila mengamati garisan merah itu rupa-rupanya diperbuat daripada darah!

Samuel berdiri daripada duduk meninggung. Dia menjeling sekilas sewaktu memusingkan tubuh ke belakang. Kakinya mengorak langkah di satu sudut penjuru yang gelap. Irene mengecilkan mata tatkala Samuel menarik keluar sesuatu iaitu mayat seorang lelaki berumur 30-an.  Lagi bertambah teka-teki membelengu dalam fikirannya. Samuel masih kekal tidak membuka mulut! Apa ada batu ke dalam mulutnya itu!

"Pada hari lahir aku, tepat pada 12 jam malam aku menanti kepulangan mak dan ayah aku. Mereka berkerja sebagai pegawai Seeker di sini."

Bicara Samuel membuatkan Irene mengerut dahi. Dia berhenti di hadapan sambil memegang sebelah kaki mayat lelaki itu. "Pegawai Seeker? Aku tak faham apa kena mengena semua ini dengan aku, Samuel. Lagi satu kau tak jawab soalan aku dari tadi." pinta Irene mahukan penjelasan dari mulut lelaki itu.

Samuel menghela nafas panjang lantas dia melepaskan kaki Pakciknya itu. "Pegawai khas Seeker berkerja sebagai perisik dan melaksanakan kerja yang sukar dilakukan oleh pegawai biasa. Kerja-kerja tidak masuk akal pun mereka boleh buat!"

"Jadi ...."

"Diam! Aku mahu kau dengar baik-baik cerita aku ini tanpa menyampuk!" Samuel menengking, Irene. Gadis itu terus mengunci mulut dari melontarkan suara.

"Aku mahu kau lihat ...." jari dipetik. Automatik keadaan bilik berubah dari hitam, ke  hadapan sebuah rumah. Mereka berdua berdiri di luar, bawah pancaran bulan.

Irene perasan dua orang lelaki dan seorang perempuan berpakaian hitam, terpacak di halaman rumah tidak jauh dari tempat dia berdiri. Mereka berpakaian jubah labuh hingga mencecah tanah dan bertopi.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now