Pedang bersarung hitam dibelek-belek sebelum ditarik perlahan. Bayangan hitam keluar seakan-akan asap. Jari memusing-musing pedang seraya bibir mengeluarkan siulan. Entah kenapa ingatannya terimbau masa lalu. Di mana sudah berlaku beratus-ratus tahun lalu, kejadian yang membuatkan dia melafaskan kata sumpah!
Mata pedang menyentuh permukaan lantai. Dengan wajah tidak berperasaan dia meneleng ke sisi. Serentak. Melda melangkah masuk membawa Carla di belakang. Gari besi berantai terikat pada lehernya dan dipegang oleh Melda. Jelas terpapar mukanya yang terpaksa.
Langkah Carla terhenti seketika dan Melda bertindak merentap rantai lalu mengheret Carla dengan kasar. Masam mencuka Carla ketika ini seolah-olah sedang memendam rasa marah. Fred juga tiba-tiba muncul di ruangan itu.
Carla terduduk melutut akibat rentapan kasar. Lehernya perit dicengkam gari besi yang begitu ketat. Kalau ikutkan hati mahu saja dia kerjakan Melda tetapi kuasanya telah disekat dan dihadkan penggunaannya. Senang kata dia dibawah kuasa Melda. Setiap kali dia mahu melawan pasti jantungnya sakit mencengkam, kulitnya juga seakan terbakar! Dia tiada pilihan lain selain tunduk dan akur.
"Zeus dah mati, apa langkah seterusnya?" soal Fred berhenti bersebelahan Melda. Sempat dia mengerling, Carla.
"Rancangan tetap diteruskan. Kau buat tugas kau." Vladmir menghentak-hentak pedang. Berdenting bunyinya.
Dia berdiri lalu berjalan sambil memasukan pedang ke sarungnya. Carla terdongak apabila ditarik Melda.
"Hei ... Carla, pandang aku ...." katanya dengan nada suara mendatar.
Takut-takut Carla menatap mata hitam Vladmir. Jiwanya mengeletar takut. Aura yang ada pada Vladmir boleh mengerunkan orang sekeliling. Dia buat salah sudah tentu dia takut tapi tindakannya untuk berpaling tadah tidak sesekali dia menyesal.
"Kau takut sebab kau buat salah dengan aku?" tangan mencengkam kuat pipi Carla. Dia tarik muka Carla dekat dengannya lalu merenung dalam.
"Tuan ... tolong jangan apa-apakan dia. Kita boleh guna dia nanti." Melda bersuara bimbang.
Vladmir mendengus. Penampar melekat di pipi Carla sebelum campak ke bawah! Kaki menekan kepala, memaksa Carla sujud.
"Aku lepaskan kau kali ini. Jika kau berani ulang lagi, tahulah apa aku nak buat!"
Carla memejam mata, menahan rasa perit di hati. Menahan rasa sakit di pipi yang masih berbisa. Sedih dan marah bercampur bila kepala dipijak dan dipaksa sujud!
"Vladmir!"
Laungan bergema dan serentak Vladmir berhenti dari memijak kepala. Suara yang amat dia kenal, sah suara Irene! Laju Carla mengangkat kepala lantas menoleh.
"Apa ... apa dia buat dekat sini?" bisiknya menayangkan muka terkejut.
Fred dan Melda terus mengeluarkan senjata. Melihat tindakan mereka itu, Irene dan Viez berhenti dipermukaan pintu. Tangan juga bersedia mahu mencapai pedang.
"Fred ... Melda ... jangan angkat senjata." kata Vladmir seraya mengangkat tangan. Mereka berdua angguk perlahan namun mata tidak lepas dari memandang Irene.
"Carla?"
Pantas Viez menarik lengan Irene. "Jangan terburu-buru, Irene." nasihat Viez seraya melihat rantai yang digenggam, Melda.
"Oh ... tidak sangka kau berjaya ke sini." Valdmir menepuk-nepuk tangan seakan terhibur dengan kunjungan secara mengejut.
"Berani ya kau datang ke sarang aku? Kau nak mati?" Sambungnya lagi.
"Aku nak kau hentikan semua ni!"
Lelaki itu berjalan lalu duduk di kerusi kesayangannya. Kaki menyilang dan badan bersandar dengan tenang. Tidak lama kemudian, Vladmir tergelak kecil.
ANDA SEDANG MEMBACA
White Guardians 2
FantasyManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...
