Sunyi. Keseluruhan di kawasan itu telah pun mati dimakan kegelapan. Dari tanah hingga ke hujung daun pokok semuanya hitam! Daun kering bertebaran di atas tanah. Kawanan burung gagak hinggap di atas sebuah pokok. Ia bertengek pada dahan.
Empat kelibat melintasi laju dan menyorok di sebalik pokok yang telah mati. Carla menyandarkan diri. Tubuhnya melurut ke bawah sebelum duduk meningung bersama yang lain.
"Nampak tak depan tu?" Carla mengerut dahi. Peluh merintik pada dahi dilap perlahan. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan bagi memastikan tak ada sesiapa pun di situ melainkan mereka berempat sahaja. Nafas dihela berat.
"Perpustakaan lama?" balas Ryan.
"Iya ... iya ... sinilah tempatnya."
"Jadi? Jomlah masuk tengok." tanpa berfikir panjang Alice bangun tetapi Carla yang berada di sisi, menarik hujung baju gadis itu. Alice jatuh terduduk!
"Jangan bertindak terburu-buru, Alice! Kau gila ke kalau mereka tahu kita ada di sini?" marahnya bernada suara rendah. Gadis berambut jingga tersengih malu.
"Mereka selalu berkumpul di sini dan kemungkinan besar mereka ada di dalam sekarang ini. Bahaya untuk masuk. Kuasa mereka bukan biasa-biasa dan tidak setanding kau." jari runcing Carla menunjuk Alice. Gadis itu menggaru kepala.
"Heh, tak setanding? Sekuat mana mereka semua itu?" Ryan seakan tercabar dengan kata-kata Carla. Seperti merendahkan kelebihan White guardian.
Carla mengukir senyuman. "Aku bukan nak angkuh tapi ... pernah kau kalahkan aku? Boleh kau kalahkan aku? Boleh?"
"Tapi itu dulu, sekarang aku mungkin boleh. Kekuatan aku dah bertambah."
"Yakinnya kau?" gadis berambut putih menjungkit kening. Wajah angkuh sedikit sebanyak menjelma. Ryan mendecit geram dan Alice di situ tersenyum kelat.
"Pintu itu ada dekat dalam sana. Kita tak boleh masuk sebarangan macam tu sahaja. Boleh mati kita kalau mereka jumpa kita." Carla berkata lagi sambil memandang muka Ryan, Alice dan seorang anggota revolusi yang bernama Eric, mendiamkan diri seribu bahasa.
"Hmm ... tak akan kita nak duduk dekat sini?" Alice menggaru kepala yang tidak gatal.
"Betul kita kena masuk." Sokong Ryan.
Carla membawa tangan ke dada. Rasa tidak sedap hati mula bertandang dalam dirinya. Air liur diteguk berkali-kali dengan payah. Tidak senang duduk dibuatnya.
"Mari kita balik."
"Kita kena masuk dalam dan lihat apa yang ada dekat dalam." bantah Ryan.
"Bukan aku dah kata tadi? Bahaya kalau masuk? Kau nak mati? Kalau kau nak pergi terpulang ... aku nak balik, kalau ada apa-apa yang berlaku aku tak akan berpatah balik untuk selamatkan orang yang keras kepala macam kau!" Kata Carla berang. Tak faham bahasa betul! Harus dia katakan bagaimana lagi agar Ryan boleh faham?
Carla berdiri tegak. Ketika ini wajahnya sudah lain sangat. Dalam kepala tidak henti berfikir pasal Vladmir. Ya, lelaki kegelapan itu begitu menyesakkan kotak fikirannya! Memikirkan itu sahaja boleh buat kepalanya meledak!
"Tunggu aku, Carla!" Alice mengejar tatkala Carla sudah berjalan jauh.
BATANG leher Irene dibelit sehingga wajahnya hampir bertukar biru kebiruan. Pergerakan dadanya semakin perlahan. Kraken mengunci setiap pergerakan tubuhnya.
Boleh je kalau dia nak gunakan kuasa ais tapi agak-agaklah ini laut. Dibuatnya beku laut nanti bagaimana pula dengan kehidupan yang lain? Mahu guna kuasa elektrik? Itu juga satu kerja yang gila! Silap-silap tak ada penghuni laut.

ANDA SEDANG MEMBACA
White Guardians 2
FantasíaManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...