43. TUNTUT BELA

1.4K 136 4
                                    

Malam itu mereka duduk mengelilingi unggun api menikmati makan malam menu rusa panggang,  mereka duduk beratapkan langit yang diisi bulan dan bintang.

Masing-masing duduk sambil mengisi perut.  Tetapi suasana menjadi janggal ketika ini. Senyap seakan tidak tahu apa benda yang hendak dibualkan, padahal dalam kepala mereka banyak benda hendak dibicarakan.

Irene pun duduk agak jauh dari mereka. Makanannya pun tidak terusik langsung.  Dia duduk memeluk lutut, yang duduk paling dekat pun hanya Carla dan dia hanya bercakap dengan Carla sahaja. Alice? Langsung dia tak pandang apatah lagi menegur!

"Carla badan kau dah okay?" Rena bersebelahan Carla membuka mulut. Tangan diletakan pada dahi, teranguk-anguk dia membaca suhu badan. 

"Kurang sikit. Terima kasih, Rena." ucapnya seraya menghadiahkan senyuman ikhlas.

"Kalau rasa tak sihat cepat-cepat beritahu aku tau?" ujar Rena perihatin. Dia tahu tanda  rama-rama itu yang menyebabkan Carla sakit, setiap kali dia mahu melihat Carla mesti menyembunyikan dan mengelak. 

Sunyi. Perbualan Rena dan Carla termati di situ. Masing-masing terdiam melayan perasaan sendiri. 

Kulit daging dicubit tatkala perutnya sudah terasa dipenuhi angin. Sedikit demi sedikit dia cubit lalu disua ke mulut dan kunyah perlahan. Walaupun payah dia hendak menelan semua ini,  dia tetap kena telan. Itulah dia tengah buat sekarang ini.  Telan apa yang telah terjadi dan hadam untuk terima kenyataan!

Sedar tak sedar makanannya telah pun lucin, cebisan daging dan tulang yang tersisa.  Irene menghela nafas dengan kecewa. Nafsu makan hampir sahaja terbangkit.

"Nak?" hulur Viez yang duduk meninggung di depan. Sejak bila dia ada dekat situ Irene pun tidak perasan.

"Aku dah kenyang." muka dipaling ke sisi. Sempat dia menjeling Viez yang sedang tersengih seperti kerang busuk.

"Betul kau tak nak?" soalnya lagi. Dia meletakan pinggan di atas tanah.

Irene meneguk air liur. Aroma daging lalu dengan begitu mengoda di celah-celah bulu hidung. Sememangnya dia tak cukup pun tadi, perut terasa lapar lagi.

"Aku tak nak. Jangan kacau aku." kata Irene mendatar, cuba mengawal riak sekaligus menyembunyikan nafsu makan. 

"Dah tak ada lagi ni. Ini je yang tinggal."

Mata Irene melirik ke sisi. Pandangan tajam terhala ke Viez yang terangkat-angkat kening.

"Kalau lapar jangan pandang aku macam tu." Viez memprovokasi. 

"Jangan ... kacau ... aku ...." sebutnya lambat-lambat dengan nada suara yang menekan. Irene memberi pandangan tidak berpuas hati. Apa tak nampak ke orang perlukan masa untuk bersendirian?

"Okay ... aku tak kacau." Viez menggaru belakang kepala. Akur.

Pingan baru sahaja dicapai tetapi Irene terlebih dahulu memegang.  Dahi dikerutkan seribu sambil mengangkat muka.  Mata mereka berlaga.

"Tadi kau kata tak nak." Viez menarik.

Irene terdiam sebentar. Ah mampus! Terciduk dia dibuatnya. Dia meneguk air liur buat ke beberapa kali. Lapar.

"Tapi kau nak bagi aku kan?" katanya seraya menarik pingan.

Viez menarik balik. "Kau yang tak nak, lebih baik aku ambil balik."

"Tapi kau bagi aku ...." Irene merampas dengan menarik kasar. Viez yang duduk meninggung terus punggungnya mencecah lantai malah hampir tergolek ke belakang. Nasib dia sempat menahan.

White Guardians 2 Where stories live. Discover now