Dia merebahkan tubuh dengan selesa di atas sofa. Rena melihat gelagat Alice. Erina sudah masuk ke bilik. Mungkin dia dah terlalu letih. Tinggal Ryan, Rena dan Viez di situ menemani Alice. Gadis berambut jingga mengeluh panjang.
"Dia cakap aku pernah datang?" soal Alice tidak berpuas hati. Dia bersandar pada sofa. Matanya terpejam rapat. Sungguh nikmat berbaring di atas sofa yang empuk!
"Betul ke apa yang patung itu kata?" ujar Ryan inginkan kepastian.
"Ryan, kalau aku pernah datang, buat apa aku ajak korang semua? Sudah tentu aku tahu selok-belok untuk ke sana." Alice menafi dengan nada marah. Tangan sudah menyilang ke dada.
"Pelik ... Patung itu kata kau datang hanya ambil batu permata ... apa nama batu itu?" terkial-kial Rena cuba ingat, nama batu tadi.
"Batu Christa." sahut Viez. Bersandar pada dinding pemisah dapur.
"Ya ... ya ... batu Christa."
"Batu itu pun aku tak pernah nampak. Ini pertama kali aku dengar." Alice garu kepala yang tidak gatal. Dia asyik fikir tentang apa yang patung itu cakap.
Batu Christa? Batu apa? Bagaimana rupa batu itu? Dia sendiri tidak pernah nampak. Tapi nama batu itu sungguh unik. Alice dan lain-lain diasak dengan tanda tanya. Ditambah lagi dengan misteri orang yang datang mengambil batu tersebut. Adakah itu betul-betul Alice ataupun orang lain?
Fikiran mereka terganggu. Mereka mengalih pandangan ke arah tingkap apabila terperasan ada kelibat di situ. Paruh burung gagak menghentak-hentak permukaan cermin. Mereka saling berpandangan. Tidak ada yang mahu berganjak. Melihat situasi ini, Ryan mendecit lalu berjalan menuju ke arah tingkap.
"Pemalas betul semua." gumamnya perlahan. Tingkap cermin berbingkaikan kayu, disentuh perlahan.
"Bukan malas ...." ayat Viez tergantung. Dia lihat Ryan mahu menolak cermin ke atas tapi ....
Bam!
Bingkai cermin tertanggal dari tempat asal! Rahang Ryan jatuh melompong ke bawah. Melihat bingkai cermin pada tangan. "Ryan! Kau rosakan cermin?" Alice terus duduk menegak. Rena sudah mengalihkan pandangan ke tempat lain manakala Viez tersengih seperti kerang busuk.
Melihat reaksi mereka, kelopak mata Ryan mengecil. Ini tidak lain tidak bukan mereka sudah tahu awal tingkap itu rosak! Sebab itu mereka saja tak mahu buka tingkap! Terasa bengang pula dia sekarang ini.
Burung gagak mendarat kemas di atas meja tengah ruang menempatkan sofa. Itu burung yang membawa maklumat! Ryan tidak jadi hendak marah, dia tolak ke tepi dulu. Tumpuannya kini seperti yang lain. Burung helang itu.
Tali merah terikat pada kaki, dileraikan dan segulung kertas kecil diambil oleh Rena. Gadis rambut jingga merapatkan diri. Turut menjengah apa yang terkandung dalam surat itu. Lama. Kesabaran Viez mula hilang. Dia mahu tahu juga apa mereka baca tapi dia malas nak baca.
"Surat itu tulis apa?" dilihatnya Ryan juga turut menjengah surat tersebut. Tiada satu pun soalan dijawab. Namun dia tetap bersabar.
"Oh, ketua cuma minta kita jumpa dia besok." Rena memberi jawapan kepada Viez setelah sekian lama lelaki itu tunggu. Kening Viez terjungkit ke atas.
"Untuk apa? Ada benda penting ke?"
"Entahlah, Viez ... Tak ada tulis apa-apa pun dalam surat. Erm, aku masuk bilik dulu ... penat dah ni." Ryan berjalan melintasi. Permergian Ryan dihantar melalui pandangan mata.
Tinggal dia seorang bersendirian setelah Alice yang terakhir beredar dari ruang tamu kecil itu. Dia melempar pandangan ke arah tingkap rosak yang telah terlompong kemudian, dia membuka langkah. Tombol pintu dipulas. Angin malam menderu menyapa wajah dan tubuhnya melolos keluar.
Viez memanjat bumbung zink besi penuh berhati-hati. Bunyi derapan kaki berdetak-detak. Punggung jejak pada bumbung zink, hamparan langit malam dia tatap. Angin malam mengigit sakan kulitnya.
"Bulan berdarah," Viez menghela nafas. Kedua lutut dia angkat lalu memeluk. Otaknya masih berfikir pasal Irene. Kenangan bersama gadis itu ketika menatap bulan di waktu malam. Sejak dia hilang, bulan bertukar merah tanpa sebab. Binatang pelik muncul setiap masa. Dunia ini semakin pelik. Adakah dunia ini semakin tiba ke penghujung?
"Kau masih hidup. Dekat mana kau berada sekarang ini? Aku harap kau akan balik." gumam Viez perlahan.
IRENE menghentak tangan pada permukaan meja. Deruan nafas kencang! Mata terbeliak menahan amarah yang tidak tertangung lagi. Bagaikan ada api di kepala. "Kau apahal tanya soalan peribadi aku!" jari tunding tepat pada wajah, Samuel.
"Aku tanya je, janganlah melenting macam orang gila." dia menyandar pada kerusi besi. Mata tidak lari dari terus memandang gadis yang dilanda angin ribut.
"Melampau! kau siapa nak tanya macam-macam? Kita kenal pun tidak sampai dua puluh empat jam!"
Diam. Lelaki itu diam tidak berkutik. Masih kekal dengan kedudukan dia itu. Tidak berkelip langsung mata.
"Aku tak nak kau muncul lagi depan mata aku! Berambus!" Irene hentak lagi penumbuk atas meja. Gelas kaca terangkat sedikit, air kopi mocha tersimbah keluar di atas meja. Marah Irene masih belum reda malah makin membuak-buak!
Apa yang buat naik angin bila Samuel asyik menyoal soalan nama ibu, nama bapa. Jika diringkaskan Samuel hanya menanya tentang kehidupannya masa lalu. Eh, manalah dia ingat! Bertambah sakit kepala dia! Tambah lagi, apa hak dia untuk tahu semua itu? Padahal baru sahaja mereka kenal.
"Irene!" Carla berlari masuk ke dalam Cafe. Tercunggap-cunggap dia di situ. Peluh berjuraian jatuh dari dahi. "Dah agak! Kau memang ada dekat sini." Dia bercekak pingang. Pelik melihat seorang lelaki bersama Irene.
"Carla, jom balik!" lekas Irene berdiri.
"Aku tak benarkan kau balik selagi kau tak jawab soalan aku." Samuel menyambar lengan Irene lalu dia rentap kasar. Tersentak Irene ke depan! Kening nipis Carla mencantum. Macam dia pernah nampak lelaki in. Tapi dia lupa.
"Sakitlah!" dia menarik balik lengan tapi Samuel cengkam tidak bagi lepas! Carla mengetap gigi sambil mengepal buku lima erat. Lelaki ini dah kenapa pengang tangan anak dara orang! Mendidih pula hati dia melihat Irene dikasari!
"Jawab soalan aku dulu! Argh!" tangan Samuel terkuak pantas ke sisi secara tiba-tiba. Badan tertolak ke belakang merapati kerusi. Melekat bagai digam! Mata Carla menyala merah.
"Kau ... hendak berlawan dengan aku?" Samuel mengerakan tubuh dengan bersusah payah tetapi dia tetap melakat pada kerusi. Dia sudah agak gadis itu bukan penduduk dunia ini tambah jelas lagi bila rambutnya warna putih.
Carla tidak menjawab, sebaliknya dia pusing badan dan serentak itu, tubuh Samuel terapung ke udara. Lelaki itu terkedu! Seluruh tubuhnya bagai dikunci ketat! Bila Carla membuka langkah, Samuel turut di bawa juga.
"Carla! Kau nak bawak dia pergi mana?" Irene mengejar langkah Carla dari belakang. Seriau pula tengok gadis itu berubah. Kuasa telekinesis Carla kuat!
Senyap tidak menjawab. Hanya derapan kaki bergema di ruang Cafe yang kosong tidak ada orang. Samuel terkaku seperti boneka. Buka mulut pun dia tidak boleh! Sepenuh tubuh telah dikawal, Carla.
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasiManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...