53. THE LAST LIGHT

1.2K 133 6
                                    

Lingkaran cahaya menjelma di dalam sebuah bilik yang sunyi menyepi. Sekujur tubuh tidak sedarkan diri dipandang seraya mengemam bibir lantas langkah diatur perlahan. Keluhan terlepas entah kali keberapa.

"Aku tak tahu kenapa aku perlu datang ke sini." omelnya. Kepala digaru perlahan. Berkerut dahinya merenung dari rambut hingga ke hujung kaki.

Pucat. Kulitnya begitu pucat. Rambut jingga terselit beberapa helai rambut hitam. Dia menyentuh rambut itu sambil menarik nafas dengan dalam.

"Kenapa jadi macam ni?" bisiknya perlahan.

Pipi pucat dipegang sebaik sahaja dia duduk di sisi, Alice. Baru sahaja tadi Drycon datang menemuinya beritahu Light sedang sakit. Cahaya pada tubuhnya semakin malap, Light juga tidak bergerak seperti batu. Keadaan Light kelihatan tenat seperti mana keadaan Alice sekarang ini!

Waynestin nama yang dia tidak pernah dilupakan. Terpahat dalam hatinya sampai bila-bila. Nama itu adalah segala-galanya yang menjadikan siapa dia sekarang ini cuma ingatannya hilang. Dia tidak tahu bagaimana dan bila dia boleh jadi "penjaga". Ingatannya tentang itu semua lupus!  Tambah lagi dia langsung tidak ingat tentang masa lalunya melainkan nama Waynestin. Ya,  itu bermakna mereka ada hubungan.

"Alice ... Setakat ini kau adalah generasi cahaya yang terakhir dalam dunia ini. Kau tidak ada, dunia akan hilang salah satu elemen dan hilang keseimbangan."

Silvanna mengemam bibir. Rambut jingga bertukar menjadi hitam sedikit demi sedikit.  Silvanna terbeliak, dadanya berdebar dipukul rasa takut dan risau. Tidak! Ini tidak boleh berlaku.

Silvanna menyatukan dahinya pada dahi Alice sebelum menekan jari telunjuk di atas dada Alice. Setitik cahaya ditekan masuk ke dalam hati. Berkesan atau tidak dia tidak pasti jika cahayanya sesuai dengan tubuh Alice pasti akan memberi tindak balas. Malangnya ia tidak memberi reaksi,  Alice tidak bergerak. Warna hitam semakin menyeliputi rambut jingga. 

Kena tunggu Alice sedar baru dia tahu cerita sebenar. Mahu menitik air mata melihat sehelai rambut jingga sahaja yang tinggal. Dia tergamam sebelum bertukar muram. Silvanna bingkas bangun lantas meluru keluar mencari yang lain.

PISAU pada tangan terpelating tinggi ke udara, tubuh tercampak ke belakang dilibas angin yang melintasi. Rena rebah diikuti Viez di sebelah manakala Irene tercegat sambil tergangga mulut. Angin berpusar mengelilingi dirinya terselit kebinggungan dalam kepala. 

Zeus bangun sambil memegang dahinya yang berdarah. Tatapan tajam terhala pada Irene. Bulatan hitam muncul merata di hadapannya.

"Aku tak boleh bunuh kau tapi ...."

Sengaja ayat digantung. Pancaran laser meletus keluar dari bulatan hitam. Irene masih lagi dalam keadaan bingung melihat angin berpusar mengelilingi. 

"Aku akan beri satu pengajaran yang kau tidak boleh lupakan!" pekik Zeus membuatkan Irene tersentak dan sedar.

Laser hitam memancar laju ke arahnya. Irene menelan air liur lantas memejam mata dan menekup telinga. Nafas dihela cemas. Bertubi-tubi ia meletup ditepis angin puting beliung. 

"Angin ... bukan ke Erina saja yang boleh kawal?" Berdiri di tengah puting beliung menambahkan lagi kekeliruan. Kepala semakin sakit berdesing!

Tanah merekah secara tiba-tiba, berketul-ketul terapung naik lalu terbang ke arah Zeus. Lelaki itu berundur dan mahu lari namun terperangkap dengan tembok tanah di belakang.

"Sejak bila aku diperangkap! Argh!"

Zeus tengelam ditimbus ketulan tanah. Debu-debu berterbangan mengaburi pemandangan. Suasana bertukar sunyi buat sementara. Irene berdiri tunduk ke bawah. Kaki telah pun mencecah tanah. Angin dan debu-debu beransur hilang.

Bam!

Meledak. Hancur tanah yang menimbus Zeus. Serpihan-serpihan tanah terpelanting berbagai arah hingga mengenai Irene yang tidak bergerak. Terkoyak bajunya di bahagian bahu.

"Hahahaha! Akhirnya kau bangkit juga!" tergelak Zeus sambil mengerak-gerakan tangan kanannya yang seakan patah.

Irene mengangkat kepala, mata bercahaya biru dengan sepenuhnya. Tanpa membalas percakapan Zeus, Irene menepuk tangan.

Permukaan tanah bertukar ais, ia menjalar naik dari kaki Zeus sebelum menyeliputi seluruh badan. Cuba digerakan tulang empat kerat namun tidak terdaya. Kekuatan ais mengekang Zeus hingga ke hujung rambut.

"Kristal ais. Kau tak boleh lepas, Zeus." ujar Irene mendatar. Dua pisau belati muncul lantas digenggam erat.

Irene bertindak melempar dua pisau itu dengan serentak! Mengembalikan pisau tersebut kepada pemilik sebenar. Di dalam bekuan ais,  bebola mata Zeus bergerak ke kiri ke kanan melihat luncuran pisau mengahala tepat memecahkan ketulan ais.

Terpacak ke dada. Zeus jatuh terlentang dengan mulut tergangga luas. Darah membuak-buak keluar. Zeus langsung tidak bernyawa.

Irene kembali seperti sediakala. Longlai terbaring tidak bertenaga. Kuyu saja mata memandang langit. Antara ingat dan tidak ingat. Apa yang pasti dia dapat mengawal kuasa angin dan tanah. Irene menghela udara.

"Ah ... aku faham sesuatu ...." katanya sebelum mata tertutup rapat.

"Irene!" Silvanna muncul selang beberapa saat. Riak wajah berubah melihat Rena dan Viez sebelum tertumpu pada seorang lelaki tidak dikenali mati ditikam dua pisau.

"Hei, bangunlah!" Silvanna duduk meninggung di sisi.

Pipi Irene ditampar perlahan. Melihat Irene tidak memberi tindak balas, dia berdiri lantas bercekak pinggang. Tidak tentu arah dia rasa.

"Aku fikir urusan aku dekat sini dah selesai." rungutnya. Dahi ditepuk, satu hal lagi nak bawa balik mereka bertiga ni.

Mahu tidak mahu dia terpaksa uruskan seorang diri. Bawa balik, angkut mereka seorang demi seorang ke bilik masing-masing. Entah betul ke tidak bilik mereka Silvanna manalah tahu.

Silvanna memusing dan terpandang sebuah buku aneh di atas meja. Irene dijeling sekilas. Diri dibawa merapati meja.

"Buku apa ni?"

Kelihatan macam buku biasa tapi berusia telah menarik minat. Tangan mahu mencapai lalu terhenti tanpa sebab. Silvanna mengeleng perlahan.

"Tak baik usik barang orang tanpa kebenaran." katanya naif. Dia menuju ke pintu,  baru beberapa langkah dia berpaling kembali melihat buku tersebut. 







White Guardians 2 Where stories live. Discover now