28. PERTEMUAN!

1.5K 185 9
                                        

Irene merayap seorang diri di dalam hutan. Saja untuk hilangkan rasa bosan walaupun tak ada apa pun di sini. Sedang-sedang dia berjalan melihat tumbuhan, Samuel tiba-tiba muncul di sisi dan menegur Irene.

"Samuel kau ikut aku?" nasib baik dia tidak terkejut. Lelaki berambut merah tersenyum nipis. Tidak terlalu kacak, tidak terlalu hodoh tapi cukup sejuk mata memandang. Dia kelihatan lelaki biasa sahaja yang tidak punya apa-apa.

"Ha'ah ... Carla minta tolong tengok-tengokan supaya kau tidak pergi jauh." katanya sambil mengosok belakang tengkuk.

"Hala ... masih belum jauh lagi." Irene memutar bebola mata ke atas.

Samuel mengekori ke mana sahaja Irene pergi. Kaki gadis itu tidak berhenti dari melangkah. Merayap ke sana sini sambil mulut membebel tidak mahu berhenti! Samuel hanya melayan sahaja apa yang Irene bicarakan. Jika Irene tanya soalan, dia akan jawab walaupun soalan Irene agak mengarut dan tidak masuk akal!

"Samuel kau kenapa?" soal Irene risau tatkala melihat Samuel menekup mata kanan. Badannya mengeletar seperti sedang menanggung rasa sakit.

"Aku ... ah ... tak ada apa cuma sakit kepala." terketar-ketar dia bersuara. Dia menghela nafas kencang. Mata ditekup dengan begitu kuat, ada cecair yang merembes keluar.

Irene menarik-narik hujung baju Samuel. "Tipu. Baik kau beritahu aku, Samuel." dia dapat rasa lelaki di hadapannya ini sedang menyembunyikan sesuatu dan menanggung satu bebanan yang sungguh berat!

Mata Irene ditatap dalam. Irene mengeggam hujung bajunya tidak mahu melepaskan selagi Samuel tak buka mulut. Mereka bertentang mata buat seketika. Keadaan bertukar menjadi sepi.

Samuel melepaskan keluhan. Tangannya tidak mampu lagi menyekat cecair yang keluar dari mata. Ia meleleh perlahan dari celahan jari Samuel. Irene membeliakan mata!

"Darah?" soalnya perlahan.

"Hukuman untuk aku, Irene." kata Samuel kesal. Mukanya berubah sayu.

"Kenapa? Tak mungkin sebab hal itu."

"Aku layak terima benda ini. Aku teruk, Irene. Mahu melakukan perkara yang mustahil dan tak masuk akal! Mata ini buta! Aku sudah cacat dan yang paling teruk aku tak tahu berapa lama aku boleh bernafas lagi. Bila-bila masa sahaja Irene aku boleh mati!" Samuel melepaskan tekupan pada mata. Darah meleleh laju membasahi pipi. Bagaikan menagis air mata darah! Mata Samuel juga bertukar merah!

Irene melepaskan genggaman baju lantas dia menekup mulut. Air mata sudah bertakung ditubir mata. Samuel bermata normal sebelah dan sebelah lagi berwarna merah seperti darah, ditatap. Entah mengapa dia berasa sungguh sedih di atas apa yang menimpa Samuel. Keadaan lelaki itu begitu teruk! Darah merah tidak berhenti dari mengalir seperti berlaku pendarahan yang parah!

"Kenapa tak beritahu aku? Kau nak rahsiakan dari aku dan Carla?"

Samuel menunduk. Dia tersenyum kelat melihat tangannya yang sudah berlumuran dengan darah. "Tak penting untuk aku beritahu kerana aku tidak ada erti pun dalam hidup kau dan Carla. Bagaimana rupa aku? Mesti kelihatan seperti raksasa bukan?" katanya dengan nada suara yang menekan.

"Siapa kata kau tak penting dalam hidup aku!" marah Irene. Penumbuk dihentak pada pokok. "Kau kawan akulah Samuel!"

Samuel membuntangkan mata. "Kawan?" soalnya tidak percaya. Selama ini belum pernah lagi orang mengakui dirinya sebagai seorang kawan. Lebih tepat lagi dia tidak mempunyai kawan sepanjang hidupnya. Sebelum ini Samuel sentiasa berseorangan, ke mana sahaja dia pergi.

"Ya, ambil ini tutup mata kau." Irene menghulur kain hitam dari poket seluarnya.

Samuel tercegat di situ, merenung sahaja kain yang dihulur oleh Irene. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Irene akan menganggap dia sebagi seorang kawan. Irene adalah orang pertama yang cakap macam itu. Dia betul-betul terharu!

White Guardians 2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang