Samuel memjam mata seraya bangun lalu berjalan mendekati Ryan. Lelaki bertopeng sudah terbaring tidak bergerak akibat terkena serangan Ryan sebentar tadi. Orang yang sama menyerang mereka sebelum ini di!
"Dia bisu ke?" kata Samuel. Perasan bila Ryan tanya pasal rantai Kristal Irene, lelaki itu tidak menjawab seolah-olah Ryan pula yang bercakap sorang-sorang.
"Entah-entah yang original ni tak ada muka juga!" Ryan membeliakkan mata lalu berpaling muka kepada Samuel.
Dengan muka terkejut dia menjarakan badan. "Ha? Kau biar betul?" ingatannya kembali mengimbas kejadian yang berlaku sebelum ini. Ryan dan Rena dapat tangkap dan melihat muka lelaki itu. Didapati lelaki itu memang tidak ada muka! Kening, mata, hidung, dan mulut tidak ada. Semua kosong!
Ryan tersengih senget. Muncul satu idea gila dalam kepalanya. Terangkat-angkat kening bila dia memandang Samuel. "Apa kata kita periksa nak?"
"Apa maksud kau?"
Api membakar tangan Ryan, pada mulanya kecil kemudian saiznya membesar. "Kita buka topeng dia dan tengok apa yang ada." Balasnya, menjuih bibir.
Samuel melemparkan pandangan ke arah yang dituju. Kelihatan lelaki tersebut masih tidak bergerak. Baring tertiarap. Ryan mengatur langkah. Tiba-tiba Samuel memekik namanya dan badannnya ditolak dari belakang! Api menyala di tangan tercampak ke atas lalu tidak sengaja membakar tiga orang lelaki bertopeng berniat mahu menyerang dari bahagian atas. Hanya satu yang terlepas dan sedang bergelut dengan Samuel.
Dari posisi bawah Samuel mencekik leher setelah dia diasak dengan tumbukan. Hidung Samuel bagaikan mahu hancur ditumbuk. Darah meleleh-leleh keluar dari hidung. Dengan menggunakan sekuat tenaga Samuel menarik leher lelaki bertopeng lantas kepala dihentak! Lelaki itu terus lesap meninggalkan abu berterbangan di udara.
"Jom kita pergi tangkap lelaki original tu!"
"Cepat nanti dia bangun." Sejurus itu Ryan terus meluru laju dan berhenti sebaik sahaja sampai. Samuel di belakang turut melakukan perkara yang sama.
"Hati-hati."
Ryan meneguk air liur. Baju dipegang, ditarik perlahan dan Ryan membalikan badan lelaki itu supaya baring terlentang menghadap langit. Ryan duduk bertinggung. Tanpa teragak-agak dia membuka topeng. Ryan tergamam, matanya membulat besar melihat bibir tersenyum tetapi dijahit dengan dawai besi dan terdapat parut di mata kanan. Topeng muka yang dipegang serta-merta terlepas jatuh!
"Sam ... Samuel kita terkena." Kata-kata terakhir sebelum Ryan tidak sedarkan diri.
"Ryan!" baru sahaja Samuel hendak mendapatkan Ryan, matanya tiba-tiba menjadi kabur dan bertukar gelap.
DURI terpijak, rasa ngilu dan bisa bercampur baur. Larian Erina terhenti sebentar lalu mengangkat kaki kiri yang sudah banjir dengan darah. Dia berkaki ayam. Kasut entah sudah ke mana hilang tidak dapat dikesan. Mahu tidak mahu dia terpaksa lari selamatkan diri kerana dikejar oleh gadis gila yang hampir sebaya dengan dia!
Sekali-sekala Erina toleh ke belakang. Kelibatnya sudah hilang tetapi melalui angin dia dapat merasakan gadis gila itu ada di sekitar kawasan. Dahan menghalang jalan ditolak tepi. Mata menangkap batu besar lantas dia mempercepatkan larian dan sembunyi disebalik batu.
Dia duduk bertongkatkan lutut. Tercungap-cungap kepenatan. Keringat pada dahi disapu bersih. Erina mengipas-gipas muka menggunakan tangan. Dia dan Viez dibawa ke tempat lain yang dia sendiri tidak tahu. Boleh jadi ini dimensi dan boleh jadi juga mereka berada di dunia lain. Sedar saja dia sudah berada dalam hutan tebal. Batang hidung Viez pun dia tak nampak langsung!
"Ahh ...." Desahnya seraya membelek tapak kaki yang berlumuran darah.
"Permainan baru nak bermula dah penat?" suara bergema. Erina mendongak lalu tercari-cari dari mana datang bunyinya itu.
"Gila! Kau bawa aku dekat mana!"
"Aih ... berapa kali aku nak ulang nama aku Lily dan aku tak gila seperti yang kau sebut. Aku bawa kau ke tempat aku."
Erina mengerut dahi. "Tempat kau?"
"Hm ... ya. Inilah kuasa aku. Kawal ruang dan aku boleh buat ruang yang aku mahukan. Dekat sini aku paling berkuasa, sejauh mana kau lari aku boleh tahu. Kau tidak akan dapat menyorok dari aku."
Erina mengigit bibir seraya pandang langit. "Mana kawan aku?"
"Kalau kau nak keluar dari sini kau kena cari aku dan kejar sampai dapat-"
"Aku tanya mana dia!" Erina memotong kata-kata Lily.
"Uish, jangan marah-marah. Dia akan terima nasib yang sama macam kau cuma aku beri permainan yang sangat istimewa." Suara itu mengekek ketawa.
"Hoi, permainan apa pula ni?" ujar Erina mula bengang.
Suara itu mengeluh. "Aih ... aku dah cakap tadi kau kena cari aku dan kejar sampai dapat. Ingat ni aku bagi masa sampai bulan muncul atas kepala. Kalau gagal kau fikirlah apa nasib kau nanti." Suara Lily beransur hilang. Tinggal Erina duduk merenung kakinya yang luka parah.
"Tak guna. Kalau aku dapat, aku cekik-cekik nanti!" ujar Erina bengang. Hamparan langit ditutupi pokok yang tumbuh meninggi dipandang sebentar. Tempat ini mungkin sangat luas, mana dia nak cari Lily waktu yang diberi belum tentu cukup untuk dia. Tambah lagi dia harus mencari Viez, takut juga dia kalau sorang-sorang dalam hutan ini.
"Ah ... lebih baik aku cari sungai dulu bersihkan luka." Katanya sambil merengangkan badan yang terasa lenguh. Dia bergerak dengan langkah terhinjut-hinjut mencari sungai berhampiran.
Sementara itu, Viez bergolek-golek menuruni cerun bukit dalam keadaan separa sedar. Badannya menghentam sebatang pokok dan tersangkut di situ. Viez terbatuk-batuk, sebelum kelopak mata dibuka luas. Dalam pening-pening lalat dia memerhati persekitaran. Mata mencerlung ke bawah melihat betapa curamnya bukit ini. Nasib baik dia tersangkut dekat pokok ni kalau tidak memang dia akan jatuh lebih jauh ke dalam lagi!
Viez berpaut pada pokok. Keluhan terlepas panjang. Rambut perang digosok kusut terkenangkan kata-kata Lily yang sengaja memisahkan dia dengan Erina lalu membuat satu permainan bodoh!
"Aku beri kau masa sampai matahari terbenam untuk cari satu peti dalam gua. Kalau kau tak cari, kawan kau akan mati."
Viez mendengus lantas dia memanjat pokok dan melompat ke pokok yang lain. Dia tergelincir tadi itulah menyebabkan dia jatuh ke sini. Banyak gua dia telah jumpa tapi setakat ini dia belum jumpa apa-apa lagi, cuma kawasan itu dihuni haiwan liar.
Waktu semakin berlari, matahari mula bergerak dari kedudukannya meninggalkan Viez di belakang. Langkah terhenti apabila perasan kewujudan gua di situ. Tanpa membuang masa Viez bergerak lincah. Sebelum masuk dia sempat memerhati terlebbih dahulu untuk memastikan kawasan itu bebas bahaya.
Ruang gua bertukar terang tatkala Viez masuk. Obor-obor melekat pada dinding mencerahkan jalan sehala membawa Viez menuju sebuah peti harta karun yang berkunci. Pedang ditarik lantas dia menghentak kuat sehinga pecah peti harta karun tersebut. Senang tak perlu susah-susah cari kunci.
Terdapat sehelai kertas dalam peti, Viez mengambil sebelum biji matanya terbelalak membaca isi kandungan! "Ini tak kelakar okay!" Kertas direnyuk lalu digumpal menjadi bola.
"Macam mana? Permainan ni seronok kan? Haha!" suara Lily bergema.
"Kau keluar sekarang!"
"Okay ... semoga berjaya." Lily mematikan kata.
Assalamualaikum dan Helluuuu semua. Sepatutnya update hari ahad tapi disebabkan saya kureng sihat maka terlambat la sikit. Saya harap korang enjoy :) Oh ye, kalau ada apa-apa cadangan or apa-apa jelah boleh komen.
Sekian ❤
![](https://img.wattpad.com/cover/149990805-288-k808168.jpg)
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasíaManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...