Erina berlari mendapatkan singa bersayap. Wajahnya kelihatan sungguh berseri-seri, sudah sekian lama tidak bertemu akhirnya berjumpa lagi. Selama ini dia tertunggu-tunggu juga Goffin ini muncul tetapi langsung tak muncul.
"Gofin mana kau pergi? Bertahun tahu tak aku tunggu." Gofin menderam manja bila dipeluk. Sayap telah disimpan rapi.
Sedang semua bergembira mendapatkan white beast, dua pasangan ini bermasam muka. Irene menyilang tangan ke dada. Pandangannya mencerlung ke bawah.
"Kau panggil aku apa?"
"Bodoh."
Irene mengenggam penumbuk. Anak naga ais ini memang saja sakitkan hati ke apa? Orang lain jumpa white beast bukan main gembira tetapi dia? Diajak gaduh. Sakit betul hati dia!
"Aku patah-patahkan juga sayap kau ni!" marahnya lantas menangkap Drycon.
Irene tersungkur bila Drycon berjaya mengelak. Kepala Irene dipijak-pijak sampai mukanya mencium tanah. Drycon berdiri di atas belakang Irene yang baring tertiarap. Kaku tidak bergerak. Drycon dengan bangganya tersenyum lebar seakan berjaya menakluk.
"Aduh, Irene." Viez menepuk dahi. Tidak tahulah nak ketawa ke tidak.
"Rapat betul ya?" Silvanna menggaru kepala.
"Sekurang-kurangnya dia tak lupa Drycon." Rena tergelak kerana tidak mampu menahan lagi. Dalam hati dia berasa lega lihat Irene masih lagi boleh tersenyum.
"Aku nak balik. Urusan dekat sini dah selesai. Kalau panjang umur kita akan jumpa lagi. Itu pun kalau." Silvanna berkata dengan gaya keanak anakan. Gaun putih dikibas-kibas. Alice duduk meninggung, memerhati Silvanna dengan tidak berkelip mata.
Kelibat Silvanna hilang setelah cahaya berpecah menjadi debu emas. Sisa-sisanya bertebaran seperti salju. Mereka terpegun sebentar.
"Cahaya? Silvanna?" Kata Alice tanpa dia sedar.
"Ada apa Alice? Kenapa dengan Silvanna?" Light menyoal.
Pantas Alice mengeleng kepala. "Ah, tak ada apa." Dia tersenyum sambil mengusap kepala Light.
IRENE terduduk sandar pada dinding. Termenung. Jiwa dan fikirannya menjadi kosong. Dia tak tahu nak fikir apa lagi. Tempat kena serang, mak ayah kena bunuh dan kawannya diculik. Selepas itu apa lagi? Apa lagi yang perlu dia tempuh?
"Samuel, aku suruh kau jaga Carla tapi macam mana dia boleh diculik?" katanya mendatar, wajah dipamer kosong. Sekosong jiwanya yang sekarang. Jangan sampai suatu hari hati dia jadi kering!
"Maafkan aku. Salah aku." berulang kali Samuel sebut menyalahkan diri sendiri. Dia tertunduk kerana rasa serba salah. Kalau dia tak tertidur mungkin Carla tidak dibawa pergi.
"Berhenti salahkan diri sendiri." tegur Ryan yang bersandar pada dinding.
"Memang salah aku."
Irene memeluk lutut. Keluhan halus dilepaskan. Viez menelan air liur seraya tangan digenggam. Lantas dia mengorak langkah dan turut duduk di sebelah Irene.
"Kita cari Carla sama-sama. Aku yakin dia pun nak kau cari dia, janganlah murung." Viez memujuk. Teragak-agak dia meletakan tangan di kepala Irene.
"Tapi kita tak tahu dia dekat mana."
"Orang-orang Revolusi ada di merata tempat jadi tak ada masalah. Kita akan jumpa dia nanti. Aku boleh uruskan." Ryan mencelah.
"Betul meskipun tempat ini musnah tapi mereka tetap ada." Rena yang berdiri disebelah menyokong Ryan.
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasyManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...