Hanyir. Bau tajam menembusi dua lubang hidungnya. Terpejam-pejam kelopak matanya kerana tidak tahan. Dia mengorak langkah sambil menelan air liur. Bebola mata meliar dari kiri ke kanan. Dinding bangunan lama disentuh sebelum melekapkan tangan. Nafas panjang dihela. Bangkai ular hitam menghalang jalannya. Obor api digenggam kemas. Perlahan dia menyambung langkah.
Sesampai sahaja di satu sudut selekoh kiri, dia berpusing. Sebuah pintu terbuka luas. Bau hanyir semakin menyesakan dadanya! Kuat sehingga dia terpaksa menekup hidung!
Dia tercegat sebentar. Entah mengapa jantungnya berdegup pantas. Seolah-olah baru sahaja dia menghabiskan lari pecut! Air liur ditelan terasa payau.
Kakinya mengeletar ketika bergerak. Mata hampir tersembul keluar apabila memasuki ruang tersebut. Obor api terlepas jatuh dari tangan. Dia menekup mulutnya.
"Carla!"
Tepukan lembut menyinggah pipi di samping nama disebut perlahan. Kelopak mata terbuka sikit. Pandangan kabur pada awalnya dia hanya dapat melihat bayangan hitam sebelum wajah Viez kelihatan.
"Amboi, sedapnya baring atas riba aku ya?" sindirnya sambil tersengih nakal.
Irene membeliakan biji mata. Badan automatik duduk menegak seperti kayu. Nafas dihela perlahan.
Tiga kali. Sudah tiga kali dia mimpi orang sekelilingnya akan mati. Dia sekadar mimpi ataupun menjadi petanda? Tapi bila difikirkan balik, tidak mungkin orang sekelilingnya akan mati kerana mereka kelihatan baik-baik sahaja dan lagipun mereka kuat.
"Irene, kau pikir apa?"
Tegur Viez, segala benda yang dia fikir terus terbang melayang ke udara. Dia mengeleng kecil bagi menghilangkan fikiran yang bukan-bukan.
"Dekat mana ni?" soalnya tanpa toleh belakang. Cahaya putih dari mutiara menerangi kawasan itu.
Mata tertumpu pada bawah ditutupi air jernih. Terdapat ikan-ikan bersepah ke sana sini. Isi ada yang hancur dan organ dalaman juga ada yang terburai. Bau hanyir membuatkan perutnya mengelodak dan mahu meluahkan segala isi perut!
Mulut ditekup lantas memalingkan muka ke arah Viez. Tidak tahan mahu melihat lagi! Ah, patutlah dia bermimpi bau hanyir tadi.
"Kita dekat dalam perut Kraken." jawab Viez tenang.
"Perut? Kraken?" jerit Irene tidak percaya.
"Hmm ...."
Irene mempamerkan riak risau. Ini bermakna mereka ditelan Kraken dan berada dalam perut! Otaknya sudah berfikir benda yang bukan-bukan. Bagaimana kalau selepas ini badannya hancur seperti ikan yang ada di situ? Atau macam mana pula selepas ini dia dicerna dan seterusnya menjadi bahan buangan? Yang itu pasti menjijikan!
Buah fikiran tidak mampu berfungsi dengan waras lagi. Irene mengigit kuku tanpa dia sedar dan perlakuannya diperhatikan, Viez.
"Bertenanglah aku kan ada." Viez berkata perlahan. Bahu Irene terhinjut naik tatkala pergelangan tangan dipaut.
"Macam mana kita nak keluar dari sini?" Irene mula rasa tak selesa bila dengan Viez macam ini. Tapi tak ada pula dia melawan balik atau marah.
"Mesti ada cara."
"Apa caranya?"
"Caranya kita kena fikir sekarang."
Mata si gadis serta merta bertukar tajam! Tangannya direntap kuat dan menolak badan Viez dengan kasar! Tidak semena-mena lelaki itu bergolek menuruni bukit. Dia terduduk melunjur di atas permukaan cecair jernih.
"Jangan buat lawaklah!" dengusnya seraya memeluk tubuh. Geram!
Viez menunduk. Permukaan cecair jernih dipandang pelik. Ada sesuatu yang tak kena. Melekit! Lelaki itu terus mengerut dahi. Tangan dicelup perlahan dan tersekat apabila dia mahu menarik kembali.
YOU ARE READING
White Guardians 2
ФэнтезиManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...