29. CARLA

1.6K 185 8
                                        

"Betul apa yang aku nampak, Rena." Ryan berdiri di tepi tingkap. Dagu yang tidak berjanggut diusap perlahan.

Rena mengangkat tapak tangan dari badan Viez setelah cahaya meresap masuk. "Hm ... Aku bukan tak mahu percaya tapi sejak ada yang menyamar, aku jadi ragu-ragu." katanya sambil menarik segulung pembalut.

Kesan tikaman pada perut Viez dipandang sekejap sebelum dia balut. Viez mengalami pendarahan yang paling teruk! Sejak petang dia masih tidak sedarkan diri. Begitu juga dengan Erina dan Alice. Rena terpaksa bergilir-gilir menghentikan pendarahan mereka bertiga. Kelam kabut juga dia mahu menguruskan.

Sebentar lagi dia akan merawat Erina pula sebelum beralih kepada Alice.

"Tapi aku yakin itu dia ...."

Rena mengeluh perlahan. Tangan masih lagi bergerak, membalut separuh badan Viez dengan penuh berhati-hati. "Ryan boleh aku minta tolong sikit?" pintanya.

"Apa pun boleh."Balas Ryan seraya menoleh.

"Tolong tengokan Erina dan Alice sekejap. Aku cuma hentikan darah mereka saja tadi. Keadaan mereka berdua pun buat aku resah. Tentang Irene kita boleh bincang selepas aku siapkan semua ini."

Ryan mengangguk perlahan. Dia akur dan mengatur langkah keluar dari bilik. Setelah membolosi pintu, matanya tertumpu pada Alice yang sudah bangun. Gadis itu kelihatan sedang termenung. Dia memanggil Alice dan gadis itu menoleh.

"Ah ... Ryan ...." sahutnya mendatar. Hanya bebola mata sahaja bergerak ke arah lelaki itu. Badannya masih kaku.

"Aku datang nak memastikan keadaan kau dan Erina okay." Ryan berhenti di hujung katil bersaiz besar, boleh memuatkan dua atau tiga orang.

"Aku cuma penuh dengan luka-luka dan tak boleh bergerak saja. Tak ada apa yang perlu dirisaukan berbanding Erina dan Viez."

Di sebelah Alice pula Erina terbaring lemah. Kesan kelar di lehernya nampak begitu jelas! Ia panjang hingga mencecah bawah telingga. Lukanya masih lagi merah kemerahan tetapi pendarahannya sudah Rena hentikan. Nasib baik tidak berapa dalam.

"Menyamar ... tiga orang sekaligus? Apa jenislah perempuan itu." Ryan menghembus nafas. Rambut disikat ke belakang.

"Perempuan?"

"Iyalah ... tak akanlah pula Si penyamar tu seorang lelaki?" apa soalan bodoh yang Alice tanya, Ryan tak boleh bayang kalau lelaki yang menyamar jadi Irene itu berkepit dengan Viez!

Ryan mengeleng kepala sekaligus menghampuskan segala bayangan tak masuk akal!

"Aku sudah agak dari awal. Mereka memang betul-betul hendak hancurkan kita!" Alice mengertap gigi. Perasaan marah meluap-luap dalam dirinya. Berani betul menyeludup masuk, mencuri maklumat dan mencederakan tiga dari mereka!

"Setelah kau diserang perempuan itu, aku kejar dia sampai ...."

"Ya, Alice kau sudah sedar? Mari aku balut luka kau." Rena muncul secara tiba-tiba dan mencantas ayat Ryan.

"Rena aku sedang berbual dengan Alice ni." marah Ryan.

"Aku dah beritahu, kita akan bincang hal itu selepas ini."

"Aku cuma nak beritahu Alice je."

"Kalau macam itu biar aku yang beritahu Alice dan sekarang aku jemput kau keluar dari bilik." kata Rena sambil menghayun tangan ke arah pintu.

Alice terpinga-pinga, anak mata bergerak ke Rena dan Ryan. Berulang kali. Dia bingung buat sementara. Tak faham apa yang mereka hendak cakapkan.

"Aku perlu keluar? Kenapa pula?" batang hidung digosok perlahan.

White Guardians 2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang