38. GOFIN?

1.4K 159 5
                                        

Irene muncul dari permukaan laut merah. Dia mencungap nafas sambil memperbetulkan tangan Viez pada bahunya. Lelaki itu sudah tak sedarkan diri. Irene berenang mendekati perairan pantai. 

"Beratnya ...." dia keluar dari permukaan air laut merah,  dan berjalan sambil mengheret Viez. Berkerut-kerut dahinya menapung tubuh Viez yang berat berganda!

"Ah, aku penat." ujarnya sambil meletakan Viez terbaring di atas tanah.  Dia duduk melutut di sisi lelaki itu sebelum mengerling sekilas.

Air ombak menghempas perlahan. Semakin lama semakin kuat dan bertukar menjadi ombak yang besar. Ombak besar menjulang tinggi mahu menghempas tepian pantai!

"Apa pulak ni?  Aku penat pun tak hilang lagi! " rungut Irene lagi,  dia mencebik sambil menumbuk-numbuk permukaan pasir pantai.

Saat ombak itu naik ke kepalanya, ombak itu meletup kecil menjadi air hujan renyai. Irene menghela nafas lega apabila muncul Rena sedang mendukung Erina yang tidak sedarkan diri dan dua ekor ikan duyung berdiri di depan matanya.  Irene terus terbaring terlentang.

"Irene kau buat aku risaulah, dekat sini rupanya kau?" Rena bercekak pingang.

Badan Rena menghalang pancaran matahari yang menyilaukan matanya. Irene tersengih dalam kepenatan.  Dadanya turun naik menghela nafas. 

"Maaf,  Rena tak tunggu kau. Aku penat gila ...."

Pandangan Irene bertukar kabur.  Kelopak mata kian memberat jatuh.  Sempat lagi dia mendengar suara Rena dan Paulina memanggil nama tetapi hanya samar-samar.  Irene lena di sisi, Viez.

"Haihh ... nampaknya terpaksa tunggu mereka bangun,  tak akan aku nak angkut semua balik?" ujar Rena sambil membaringkan Erina di sebelah, Irene.

Paulina tersenyum dan Pendolia mengekek ketawa. 

"Terima kasih kerana tolong kami. Kalau ada apa-apa nanti datanglah jumpa kami,  mana tahu kami pula boleh bantu." Paulina melebarkan senyuman sambil menghulur tangan. 

Rena menyambut jabat tangan Paulina. "Itu tugas kami untuk membantu. Okay, Paulina kalau ada apa-apa nanti aku akan datang."

Paulina meleraikan tangannya.  Dia dan kembarnya kembali ke dasar laut. Rena memandang laut hingga kelibat ikan duyung itu menghilang.  Meninggalkan Rena, Erina,  Irene dan Viez di situ.

DIA menjadi tidak senang duduk, melihat apa yang telah berlaku di dalam bola kristal. Sekejap dia duduk dan sekejap dia berdiri. Ekor kecilnya melibas-libas ke kiri dan ke kanan. Sesekali dia menghentak ekornya ke tanah.

"Tolong,  Drycon jangan buat benda comel dekat sini."

Drycon bangun dari duduk, badannya melentik lalu memusing ke belakang. Naga kecil berwarna cahaya keemasan datang dengan lengang-lengok.

"Aku macam ni sebab risaulah, Light."

"Hmm ... aku tak boleh nak kata apa. Kita terperangkap dekat sini dan tak bole keluar."

Drycon duduk persis kucing.  Ekor kecilnya menghentak-hentak permukaan tanah.  Dahinya berkerut risau.

"Tak guna, Vladmir. Dia dah kunci kita dekat sini." Drycon mendengus.  Wap putih keluar berkepul dari hidungnya. 

"Macam mana dengan Irene?" soal Light duduk di sebelah Drycon.

"Dia macam tulah ... tetap bodoh." balasnya selamba.

Ketawa Light bergema kuat. Drycon sakit hati tetapi dia biarkan Light menghabiskan sisa ketawanya.  Drycon menjeling Light yang tergolek-golek ketawa.

"Dah habis?"

"Hmm ... habis kita nak buat apa ni?  Tak akan kita nak tunggu je? " badan kecil Light bergolek ke kiri dan ke kanan di atas tanah. 

"Kita terkunci dekat sini. Kita tak boleh keluar berhubung dengan mereka, itu pun aku minta tolong nenek kebayan tua tu untuk jumpa dengan Irene."

Light berhenti dari bergolek. Dia duduk di sebelah Drycon.  "Nenek kebayan tua mana pulak yang kau maksudkan ni?"

"Silvanna ...."

"Penjaga tempat ni?" soal Light pelik. 

"Ada orang lain ke yang jaga tempat ni selain dia?" Drycon mencampak soalan balik pada Light. Naga cahaya itu tersengih menampakan gigi taring. 

"Jadi dia ada cara untuk temukan mereka dengan kita?"

"Ada tapi kita semua kena jumpa dia. Hmm... aku risaukan Irene." Drycon mengepak sayapnya.  Badannya terapung ke udara.  Dia terbang, tidak tentu hala kerana resah.

"Yang lain mana? Kita kena cari jalan untuk berhubung dengan Irene." Drycon mendarat di hadapan Light.

"Aku dah suruh yang lain datang. Kejap lagi datanglah tu."Balas Light sambil melibas-libas ekornya.

Drycon mendengus, kepulan wap putih keluar dari hidungnya.  Kuku tajamnya mencengkam-cengkam tanah.  Tidak lama kemudian, tanah bergetar kuat betul-betul di bawah tapak kaki Drycon dan Light. 

Drycon dan Light menunduk bawah, perlahan mengundur ke belakang sebelum tanduk seekor anak naga tanah tersembul keluar.

"Georth! Boleh tak kalau nak muncul tu cara yang normal? Ini tidak ... dalam tanah juga kau pilih," Drycon merengus geram. 

"Normal?  Ini dikira normal untuk seekor naga tanah." balas Goerth selamba.

Drycon mendongak atas tatkala langit tiba-tiba bertukar menjadi mendung.  Cahaya biru kebiruan bersinar dari langit lalu jatuh menghempas tanah di tengah-tengah!  Wap putih mengaburi pandangan sebelum hilang dan muncul anak naga air.

"Fyrm ... berapa kali aku nak cakap ...." belum sempat lagi Drycon menghabiskan ayat, anak burung berapi pula mahu mendarat.

Suhu berubah secara mendadak. Sayapnya berapi-api seakan panas membakar! Apabila kakinya mencecah tanah,  sayap berapinya terus terpadam.  Light,  Drycon, Fyrm dan Goerth terkebil-kebil memandang Fenix.

"Apa? Ada yang tak kena ke? " Soal Fenix pelik. Membulat matanya melihat yang lain.

"Tak ada apa. Jadi memandangkan semua dah ada,  aku nak tanya bila nak jumpa Silvanna?" Drycon memulakan bicara setelah yakin semua white beast telah berkumpul. 

Goerth menyengetkan kepala.  Satu persatu white beast dipandang pelik seperti ada sesuatu yang kurang. 

"Nanti dulu Drycon, mana Si singa bersayap? Kau lupa dia ke Drycon?"

Suasana bertukar sepi buat seketika setelah soalan itu dilontarkan oleh Goerth. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Tidak faham apa yang dikatakan oleh Goerth.

"Singa bersayap? Maksud kau? Gofin? White beast Erina?" Light bersuara memecahkan kesunyian.

"Gofin? Nama dia Gofin?" Drycon menyoal balik dengan wajah terpinga-pinga.  Jujur dia kata dia langsung tak tahu nama Gofin sebab white beast itu langsung tak pernah bersua muka dengannya walaupun sebelum berperang!











White Guardians 2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang