6. FIESTA KEBOM!

2.1K 207 17
                                        

Tubuh lelaki berambut perang dicampak ke atas sofa. Rambutnya berserabai. Baju yang dipakai mengelebeh sampai terdedah bahu. Dia tersadai lemah pada sofa. Bau tajam dari perapan buah anggur menerjah masuk rongga hidung.

   "Viez! Tolonglah jangan minum lagi!" marah Ryan. Jari telunjuk menunding tepat pada kepala. Lelaki itu mabuk! Kebetulan dia baru balik dari membeli barang. Selepas itu terjumpa pula Viez pengsan di tepi jalan. Jadi dia bawalah balik.

   "Huh? Mabuk? Sejak bila dia pandai minum?" Rena muncul disebalik dapur bersama mug air panas. Dia bersandar pada dinding. Mata memejam tatkala aroma kopi dihidu.

   "Hehe ... sejak bila? sejak dia pergi ...."

Mendengar ayat itu Ryan mengosok kepala dengan kasar. Dia berjalan ke dinding lalu menumbuk sehingga mendatangkan gegaran kecil! Aish, serabut kepalanya! Ryan mencengkam baju Viez. Lelaki berambut perang tersenyum dalam separa sedar.

   "Aku tahu kau rindu dia! Aku tahu kau mahukan dia kembali. Tapi terimalah kenyataan, Viez! Lupakan dia!" Ryan melepaskan penumbuk. Darah mengalir dicelahan bibir Viez, tertunduk ke bawah dengan rambut panjang hingga menutupi muka.

   "Aku ... Rena ... Alice ... Erina ... semua rindukan dia." Ryan menghirup nafas panjang. Sebak. Terkenang segala memori dia bersama, Irene. Dia cuba menahan. Tidak mahu mencemarkan wajahnya dengan air mata. Lagipun dia lelaki, mesti kena kental!

Ryan dan Viez senyap mendiamkan diri. Kemudian Ryan menolak kasar Viez ke depan dan tanpa memandang dia berlalu pergi.

   Viez jatuh terduduk. "A ... aku tahu kau masih hidup." katanya perlahan. Rena diam tidak berkutik. Dia hanya bersandar sambil menghirup minumannya.

IRENE meliarkan pandangannya sambil itu kepala ditundukan sedikit, bibir menyentuh penyedut minuman. Minuman bergas disedut perlahan. Dunia ini penuh dengan manusia yang mengawal elektrik. Semua orang di sini berambut merah! Dunia ini penuh warna merah ke? Eh, tak masih ada rambut mereka berwarna lain tapi tak ramai.

Irene membuka telapak tangan. Cahaya biru kebiruan mengalir di celah-celah jari. Ia membentuk kaki binatang dan melengkapkan tubuh berupa seekor anak naga. Irene mengerutkan dahi. Pelik tapi tidak terkejut seolah-olah sudah biasa nampak sebelum ini.

   "D ... dr ...."

   "Ish! Tak guna punya lelaki! Ada ke patut salah masuk tandas?" Carla merungut. Dia menghentak punggung pada kerusi berhadapan dengan Irene. Irene terkebil-kebil apabila bentuk seekor naga kecil lesap dari pandangan mata.

   "D ... dry ... anak naga tadi?"

   "Huh? Naga?"

   "Kau pernah nampak tak anak naga?"

   Carla mengaru kepala. "Anak naga apa?" soalnya balik.

   "Aku tak tahu. Tapi memang anak naga."

   "Selama ini aku belum pernah nampak dekat sini mana wujud." ujar Carla selamba seraya mengangkat bahu.

   "Hmm ...." Irene mengumam bibir. Dia menunduk pandang meja kaca. Hampir-hampir sahaja dia mahu menyebut satu perkataan, dia terganggu dengan kedatangan Carla.

   "Cepat minum habis air kau itu. Kita pergi berseronok!" ajak Carla dengan semangat. Bahu Irene ditepuk kuat.

   Laju Irene mengangkat muka. "Nak pergi mana?"

Kini Irene tercegat dihadapan papan besar yang tertulis perkataan 'Fiesta Kebom'. Setelah diheret Carla ke sini. Irene sudah memberi reaksi pelik dengan tajuk tersebut. Fiesta Kebom? Apa benda yang Kebom? Baginya nama itu pelik. Terkial-kial Irene mengaru kepala.

White Guardians 2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang