Hujan renyai membasahi tanah. Angin sejuk sepoi-sepoi bahasa menyentuhi kulit. Rasa sejuk mengigit hingga ke tulang, walaupun sudah memakai baju panas. Mereka tetap berjalan dibawah hujan, meredahi hutan untuk kesesuatu tempat.
Tiba-tiba dia menoleh ke sisi, apabila terasa diri diperhatikan. Mengikut kebolehannya mengesan kedudukan mengunakan tanah dipijak, pemerhati itu bukan satu malah tiga! Ia berada di empat penjuru. Tapi siapa? Mungkin pengintip upahan dihantar untuk mengikuti mereka. Itulah yang dia pikirkan.
"Empat penjuru." Rena berbisik tanpa menoleh.
Seakan faham apa yang dikatakan, Ryan dan Alice berpandang sesama sendiri sebelum mengangguk perlahan. Manakala Erina menayangkan muka 'blur' tidak faham dengan apa yang Rena cakapkan. Tidak dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh Rena.
Mata bundar milik Erina terkebil-kebil melihat Alice. " Empat apa?" bisiknya polos.
"Ugh, empat penjurulah bebal! Rena suruh kita berpecah." Alice menjawab malas. Apa pasal Erina ni bengap sangat!
Sejurus itu, Ryan terus bergerak ke hadapan diikuti Rena. Mereka berdua berpecah kepada dua arah dan terus lesap. Lantas Erina memusingkan tubuh ke sisi. Alice sudah bergerak sepantas kelajuan cahaya tanpa menunggu dia.
Erina mengeluh. Kaki ditujah naik ke atas lalu badan berpusing sebelum mendarat di atas dahan pokok. Dia duduk meningung. Angin menderu halus membelai rambut coklatnya. Mata meliar ke seluruh genap memerhati sebarang pergerakan aneh di sekitar kawasan. Dia tersenyum.
"Bagus... angin macam nilah senang untuk aku." kehadiran seseorang yang mencurigakan dapat dikesan tatkala mata dipejam. Laluan angin telah disekat, hal ini dia dapat mengesan dengan mudah.
Dia bangun dari duduk meninggung. Hujan masih tidak berhenti. "Ribut!" bisiknya seraya melunjurkan tangan ke hadapan.
Angin kuat mula membadai! Pokok-pokok kecil di bawah mula menari-nari dek angin yang kuat mengoncang. Ranting dan dahan terbang ke udara. Hal ini menyebabkan, semak-samun terbuka luas dan menampakan susuk tubuh seseorang sedang menghadang muka mengunakan lengan.
"Cak!" sergah Erina sebaik sahaja terbang di sisi susuk tubuh tersebut. Dia duduk mencangkung dengan lagak selamba.
Angin mula reda. Lelaki itu terkejut lalu jatuh terduduk. Kelam-kabut dia mengesot ke belakang. Erina menarik kasar hoodie menutupi kepala. Terserlah lelaki berambut hitam berkaca mata.
"Sudah lama kau buat kerja ni? Huh?" Erina menyoal.
"Tch! Lepaskan aku! Jika tidak aku akan panggil bantuan!" suaranya kedengaran mengeletar ketakutan. Melihat wajah lelaki itu Erina mendekatkan muka. Lelaki itu tarik kepala ke belakang sambil air liur diteguk payau. Gadis itu memandang tanpa berkelip. Nampak seram pula di matanya!
"Wah... muka baik tapi ..." cermin mata milik lelaki itu ditarik oleh Erina. Apabila mata bertentangan cepat-cepat. "Kau pengintip upahan? Kau sudah tahu kedudukan kami huh?" cermin mata dicampak ke hadapan. Erina memandang dingin.
"Ah, tak guna!" bentaknya geram. Tangan kanan menyeluk poket seluar dan mengeluarkan wisel kecil. Baru sahaja dia mahu meniup angin memintas lalu. Wisel tersebut pecah berderai!
"Puting beliung!"
Sekali lagi angin bertiup kencang, membentuk satu pusaran di tengah-tengah. Erina memcekak baju lelaki tersebut sebaik sahaja dia berdiri.
"Hei! Pemberontak! Kami akan cincang kau! Kepala juga akan dipenggal!" hambur lelaki itu.
Erina memendam rasa amarah mendengar perkataan tersebut. Muka bertukar menjadi merah padam. Terketar-ketar dia mencekak baju, sakit pula hati dia ni. Dia mengetap gigi.
"Pem ... pemberontak? Apa kau kata? Pemberontak?" Erina menjerit sekuat hati. Api kemarahan makin meluap-luap naik ke kepala! Erina melempar kea rah puting beliung! Tekanan angin kuat menarik lelaki itu masuk ke dalam puting-beliung. Suara lelaki tersebut bergema sebelum lenyap ditelan pusaran angin!
Angin mula reda.
Hujan kini sudah berhenti. Kakinya melangkah meredahi kelopak-kelopak air hujan. "Bonda .... mereka anggap kami pemberontak bonda ..." belakang telapak tangan diletakan pada mata. Perlahan dia mengosok.
"Bonda ... dunia ini sudah berubah." adunya lagi menahan sendu. Dia menunduk seraya rambut ditolak ke belakang. "Dapatkah dunia ni kembali seperti biasa?"
'Dalam semua masalah ... pasti ada jalan penyelesaian, sayang.'
Tiba-tiba ayat itu terlintas di dalam kepala. Dia menarik nafas dalam. Segala kata-kata bondanya dia pegang hingga ke hari ini supaya dapat meneruskan hidup. Permaisuri Ellie terbunuh dalam serangan mengejut Valdmir. Memang mereka tidak boleh buat apa-apa melainkan lari.
"Erina ... kau okay?"
Tersentak ditegur, Erina tidak terus menoleh kerana mahu menyembunyikan wajah. "Alice, ah ... Okay. Mata aku Cuma sakit."
"Tipu kau tak menjadi. Aku tahu kau menangis."
Erina mengangkat wajah. Sisa-sisa air mata dikesat laju. Pandangan dihalakan pada Alice dihadapannya. Gadis berambut jingga bercekak pingang. "Habis itu, tak perlu menyibuk." balas Erina.
"Bukanlah. Aku tidak ingin nak menyibuk tapi mereka sudah tunggu"
Jelingan diberikan kepada Alice sebelum langkah diajukan. Dia meninggalkan Alice keseorangan di situ. Gadis berambut jingga mengeleng kepala melihat Erina dari belakang.
" Mungkin dia rindu Permaisuri Ellie. Hmm ...."
RAHANG bagai patah jatuh ke bawah. Ke semua mata hampir sahaja tersembul keluar melihat ke depan kecuali, Rena. Dia dengan tenang berjalan ke hadapan tanpa menghiraukan mimik muka hodoh mereka yang lain.
"Kau biar betul?" Ryan menyoal dengan nada tidak percaya! Terus dia berlari anak mengejar, Rena.
"Ya, tuhan! Kau berguraukan Rena? Ini memang lawak. Hahahaha!" Gelak Alice meletus di situ. Dia tertawa besar sambil menekan perut. Tidak tahu sebenarnya mahu beri reakasi apa. Jadi dia pilih untuk ketawa seakan sedang melihat lawak jenaka yang tidak masuk akal! Dia ketawa kerana tidak dapat menerima kenyatan!
Erina memegang kepala dan mengeleng laju. "Indah khabar dari rupa! Berbeza dengan apa yang aku bayangkan! Rena kau gila ke apa! Ini rumah ke pondok?"
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasyManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...