23. TIME ARC!

1.5K 185 8
                                        

Kaki Carla terangkat tidak mencecah tanah. Matanya sudah merah menyala bagai biji saga! Rambut putih mengerbang-gerbang seperti ditiup angin.  Ratusan peluru yang mendekati terhenti dengan sendiri setelah tangan kiri menghadang. 

Namun begitu Seeker tidak henti-henti memberi serangan! Tiada peluang langsung untuk Carla bergerak! Serangan itu dari pelbagai arah bahagian depan. Itu menunjukan mereka ramai!

Carla mengigit bibir. Keringat yang memenuhi dahi dibiarkan meleleh. Kaki kanan diangkat, manakala sebelah lagi menjungkit. Carla melompat perlahan sebelum membuat satu pusingan sambil menghayun kaki dan menendang angin!

Serentak itu, serangan mereka berpatah balik!  Bunyi peluru berlaga sungguh bingit, dan bom meledak dengan begitu kuat! Kesempatan yang ada Carla menghalakan tangan pada pokok.

Carla menumbangkan pokok untuk dijadikan penghadang jalan. Dia timbunkan pokok satu tempat. Sekat Seeker untuk lalu. Setelah itu dia terus berlari mencari mereka yang lain.

"Carla!" suara Irene memanggil apabila dia sampai ke sebuah sungai. Di bawah pancaran bulan yang terang, kelibat Irene kelihatan bersama Aiyra dan juga Samuel.

Dia menoleh ke belakang. Hatinya masih lagi tidak tenteram. Tak rasa dia sudah selamat. Carla berjalan menghampiri Irene.

"Kusutnya kepala! Kita tak ada tempat lain nak dituju!" ujarnya seraya meraup wajah yang sudah keletihan.

Irene menayangkan muka bingung. "Aku tak faham apa yang berlaku. Kalau mereka mahukan Samuel, senang bagi sahaja Samuel ni. Kenapa kita pula yang terlibat."

"Aku tak tahulah nak jelaskan macam mana. Mungkin boleh tanya ibu untuk penjelasan."

Irene memusingkan badan. Ibunya sedang duduk mencangkung di tepi sungai, mencuci muka. Ibunya? Apa kena mengena ibunya dalam hal ini pula. Jika dipikirkan ibunya tidak ada buat salah apa pun. Irene dibelengu kekeliruan. Dia mesti korek apa yang dirahsiakan oleh mereka!

Ketika dia mendekati ibunya, Irene memejam mata saat ada cahaya merah halus melintasi wajahnya. Satu bintik merah hinggap pada dada di mana terletaknya jantung! Irene mengerut dahi. Semakin banyak bintik merah itu memenuhi badannya!

Irene menelan air liur, toleh ke kiri ibunya juga menerima nasib yang sama. "Apa bendanya ni." Aiyra mendiamkan diri.

"Mereka datang!" Samuel membentak!

Carla menjadi tidak keruan, memikirkan ke mana harus dia pergi selepas membuka portal. Di sini bahaya dan di sana juga bahaya! Dia tersepit di tengah-tengah!

"Jangan bergerak jika tak mahu laser ini meragut nyawa! Aku sudah kepung kawasan ini, tak akan ada satu pun yang boleh lepas!" seorang lelaki berambut merah cair tampil ke depan.

"Seekers ... Kau mahukan aku? Baiklah aku boleh serah diri tapi lepaskan mereka!"

"Samuel Dhior ... terlampau banyak kesalahan yang kau sudah lakukan. Lepaskan mereka?" lelaki itu tergelak kecil. Seolah-olah itu adalah satu gurauan pula. "Tidak! Mereka juga akan ditahan atas sebab-sebab yang tertentu!" sambungnya serius.

Tumpuannya beralih pada gadis berambut putih sedang berbisik dengan Samuel. Berani betul mereka berinteraksi ketika dia sedang bercakap di depan! "Ah, apa yang kamu bualkan? Sedang merancang sesuatu?"

Irene mengertap gigi. Dia rasakan lelaki di depan ini sangat menjengkelkan! Kata-katanya penuh dengan bongkak! Carla dan Samuel mungkin ada rancangan yang tersendiri, dia tahu Carla tidak akan berdiam diri.

'Apa Irene nak buat?' kata Carla hanya dalam hati. Dari belakang Irene kelihatan menghentak kaki!

"Bukankah aku kata jangan bergerak? Kau nak mati ke!" ujar lelaki itu sinis lantas mengangkat tangan untuk memberi arahan serang. Tetapi niatnya itu terbantut sebaik sahaja terdengar bunyi retakan dan juga gegeran!

Crack!

Sebuah dinding ais menjulang naik! Lelaki berambut merah cair terkejut beruk kerana ia betul-betul di hadapan mata, pantas dia mengundur sedikit. Dinding itu telah memisahkan dua ruang diantara mereka!

Tangan ibunya dicapai dan berlari ke arah Carla. "Maaf!" ucap Irene seakan tahu yang  temannya ini akan marah.

Carla menghela nafas panjang." Tak apalah." usai berkata dia mencampak beg ke tanah. "Aku akan buka portal. Bersiap sedia semua!"

"Tengok sana!  Dinding ais dah retak!" Samuel bersuara.

Aiyra, dan Irene serentak memandang manakala Carla sibuk membuka portal. Bunyi senjata api menghentam ais kedengaran semakin kuat! Carla menoleh sekilas.

Dinding ais merekah sebelum pecah! Tembakan senjata api meluncur laju ke arah mereka. Jantung Carla berdegup dengan begitu kencang! Carla memandang Samuel. Mata mereka bertembung sesaat.

"Time arc!"

Serta-merta masa terhenti. Samuel jatuh melutut sambil batuk memuntahkan sejumlah darah yang banyak! Nafas tersekat-sekat menahan perit di dada. Inilah kesan yang dia perlu hadapi setelah melakukan perkara yang tidak masuk akal! Ia memakan diri. Samuel tidak boleh gunakan kuasanya lagi dalam jumlah yang banyak. Sekarang ini agak terbatas berbanding dulu. Silap langkah lagi nyawanya pasti diragut!

Samuel berjalan perlahan menghampiri Carla yang sedang kaku. Tangan dihalakan pada dahi Carla sebelum gadis itu bergerak normal.

"Aku tak tahu berapa lama aku dapat bertahan. Lebih baik kau cepat-cepat buka portal." kata Samuel pada Carla.

"Ah, terima kasih! Kejap aku hampir siap." ujar Carla sambil melekapkan kedua tangannya. Tanpa berlengah Samuel pergi ke arah Irene dan Aiyra.

"Mari kita pergi." gesa Samuel sebaik sahaja Irene dan ibunya boleh bergerak. Anak beranak itu terus berlari tanpa banyak soal. 

Samuel mengerut dahi. Dia berhenti mengorak langkah. Sakit pada dada semakin menyegat! Seperti ada racun yang merebak ke seluruh badan! Sekali lagi Samuel  memuntahkan darah.

Irene yang hampir mencecah kaki ke dalam portal berpatah balik mendapatkan Samuel. "Kau tak apa-apa ke?" soalnya risau.

"Lebih baik kau pergi Irene sebelum mereka kembali bergerak. Jangan risau tentang aku. Aku tak akan ikut. Uhuk!" darah membuak-buak keluar dari mulut. Samuel hampir rebah tetapi ditahan oleh Irene.

"Tak boleh! Aku tak akan biarkan kau dekat sini. Cepat Samuel kita pergi." lengan Samuel diletakan pada bahu. Samuel menatap Irene dan perlahan mengangguk.

Dada Samuel semakin mencengkam sakit setelah hampir tiba di lingkaran portal! "Aku tak dapat bertahan lagi." rintihnya. Apabila Dia dan Irene jejak sebelah kaki, masa yang terhenti sebentar tadi kembali normal!

Serangan Seekers kembali membelahi udara. Mensasarkan mereka berempat! Sepantas kilat Carla tarik Irene dan Samuel sebelum lenyap ditelan cahaya portal.

Bunyi tembakan yang boleh memekakan telinga beransur reda. Asap putih menutupi  hutan kian menghilang. Lelaki berambut merah cair menggenggam penumbuk.

"Aku tak akan lepaskan mereka! Aku akan cari sampai ke lubang cacing! Aku tak peduli dunia mana mereka pergi! Tunggu aku sampai!"





Next chapter? Saya akan update secepat mungkin!









White Guardians 2 Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang