17. Dark Soul

1.7K 186 3
                                    

Suasana suram, dipenuhi puluhan atau ratusan penduduk sedang berjalan. Gerakan mereka seperti boneka yang dikawal oleh seseorang dari jauh. Semuanya berjalan sehala. Di antara mereka, Viez dan adik perempuannya sedang turut serta dalam perjalanan itu. Kelibat Rena pula tidak kelihatan.

   "Abang, mereka berjalan ke istana? Maksud Lera, istana dalam dunia ini."

   "Ya, mungkin ada seseorang yang mengawal mereka di sana. Tapi abang musykil, kenapa dia buat semua ini?"

Vylera mengangkat bahu. Tidak tahu apa yang dia harus katakan. Dia sendiri pun tertanya-tanya mengapa. Kebetulan, dia mendongak dan ternampak sesuatu sedang berlegar-legar di atas. Vylera mengecilkan mata. Dia mengamati betul-betul benda itu.

Perempuan itu!

   "Abang ...." bisiknya sambil mencuit lengan Viez di sisi. Lelaki itu menoleh.

   "Ada apa?"

   "Pandang atas." Vylera berkata perlahan. Setelah melihat benda yang ditunjuk oleh Vylera, cepat-cepat dia beri arahan supaya berlakon seakan dipukau.

   "Jangan pandang ke atas Vylera." Viez memberi amaran. Perempuan itu berlegar-legar di atas seperti mencari sesuatu ataupun mengawasi sesuatu.

Berpakaian putih hingga mencecah kaki, rambutnya hitam dan panjang. Sekejap terang rendah dan sekejap terbang tinggi. Terpusing-pusing di beberapa tempat. Lama berkelakuan begitu.

Dan kelakuan itu diperhatikan juga oleh Rena. Tidak sangka perempuan itu akan muncul. Ini memudahkan kerjanya. Sebaik sahaja kelibat di atas mula beredar, dia bergegas keluar dari tempat persembunyian.

Rena menyusup dicelah-celah orang ramai dan belakang rumah yang ada. Sesekali dia berlindung untuk mengelakan kehadirannya dikesan oleh perempuan itu. Orang-orang yang dipukau sedang menuju ke istana.

   "Mereka ke istana?" bicaranya sendirian. Perempuan itu terbang masuk ke dalam perkarangan istana Diverlland dunia cermin. Mata Rena meliar. Pintu pagar istana mula dimasuki orang ramai. Apa yang perlu dia lakukan hanya menunggu Viez dan Vylera masuk.

Rena bersembunyi di belakang sebuah rumah. Jauhnya kira-kira beberapa meter dari perkarangan istana. Nampak sahaja kelibat dua beradik itu masuk, terus dia membenamkan diri dalam tanah.

   "Kita cuba berlagak biasa." pesan Viez sebaik sahaja semua berkumpul di perkarangan istana.

   "Okay, abang."

Di balkoni, kelihatan perempuan berpakaian putih keluar membawa cermin bulat di tangan. Dari padangan dekat wajahnya putih pucat, mulutnya sentiasa senyum sampai ke telinga. Rupanya tidak ubah seperti hantu!





Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
White Guardians 2 Where stories live. Discover now