Dia melirikan pandangan ke depan. Tatapannya itu tidak terlepas dari memandang dua orang di hadapannya. Di barisan hadapan sekali seperti biasa Rena dan Ryan serta Erina. Di belakang pula dia, Alice dan Carla ditugaskan untuk mengawasi. Mereka sedang menuju ke kawasan Revolusi, membawa Irene dan Ibunya dengan selamat.
Jadi di tengah-tengah sekarang ini siapa lagi kalau bukan Irene, Ibunya dan lelaki berambut merah. Apa? Samuel namanya kalau tak silap Viez.
Yang menjadi masalah Viez sekarang ini, Samuel! Ya, lelaki itu! Samuel seperti ada menaruh perasaan terhadap Irene. Lihatlah cara lelaki itu layan Irene macam mana. Terlalu ambil berat, dan selalu ada di sisi Irene. Lebih parah lagi bila Irene kelihatan mesra dengan Samuel! Bila dengan dia? Dingin semacam. Sakit betul hati dia.
"Bukan main mesra lagi depan mata aku ya?" gumam Viez perlahan. Menyampah pula dia tengok Samuel. Eei, rasa nak belasah pun ada. Tunggu masa je ni dia nak menyerang.
"Aha ... cemburu ke?" usik Alice sambil menyiku dari tepi. Dengar sahaja apa yang dibicarakan oleh Viez.
"Ish, diamlah." Viez menjeling Alice. Dia kembali memandang Irene. Dia membeliakan mata. Irene sedang tertawa riang sambil menumbuk bahu Samuel! Ah, berbulu mata dia! Viez mengalihkan pandangan ke tempat lain. Ibarat Samuel ini tembok yang berdiri di antara dia dan Irene!
"Carla, aku nak tanya apa hubungan Irene dan Samuel?" Alice menanya soalan kerana ingin tahu. Carla mengangkat kening.
" Entah ... aku pun tak tahu. Kalau tengok Samuel, dia macam sukakan Irene sebab dia yang selalu kejar. Tapi sebenarnya Irene layan dia tidak lebih dari seorang kawan." penerangan Carla, membuatkan Viez menarik nafas lega.
Alice mengangguk faham. Ini maknanya pertarungan antara Viez dan Samuel untuk merebut Irene? Alice tersengih sumbing. Ini pasti seronok jika ditonton, fikirnya. Tetapi dia kesian juga melihat Viez. Penat tunggu lama-lama, akhirnya jadi macam ini pula?
"Kenapa kau tanya?" Carla mengangkat muka dan toleh ke kanan. Kening bertaut hairan. Gadis berambut jingga sedang tersengih tanpa sebab.
"Tak adalah ... aku saja tanya sebab tengok mereka macam rapat ...." Alice tiba-tiba berhenti sebentar apabila merasakan sesuatu. Perasaan aneh ini hadir dalam diri seseorang bila rasa diperhatikan dan diekori!
Alice kembali membuka langkah. Carla menarik hoodie menutupi bahagian kepala dengan penuh rasa bimbang. Dia pun dapat merasai ada seseorang sedang mengekori mereka dari belakang. Jika itu orang Vladmir, dia benar-benar rasa terancam!
"Apa hanya kita di belakang sahaja yang rasa?" bisik Viez seraya mengerling Carla dan Alice.
"Mungkin .... tapi aku rasa mungkin tak apa-apa, sebab auranya jauh dari kita." anak rambut jingga ditolak ke belakang.
"Ya, apa pun kita bahagian belakang kena berhati-hati." balas Viez kepada Alice. Manakala Carla melilau-lilau keadaan sekeliling. Benar kata Alice auranya jauh hanya mereka di belakang sahaja yang dapat rasakan. Walaupun begitu, dia tetap kena berjaga-jaga.
Perjalanan mereka ke tempat Revolusi berjalan dengan selamat. Tidak ada sebarang serangan musuh pun. Pelik! Apa yang mereka rancang sebenarnya?
"Aiyra! Irene!" Surez memanggil sebaik sahaja mereka memasuki bilik peribadi Surez. Kalau dilihat, ia seperti ruang istirehat. Wanita itu terus tersenyum lebar, lantas dia berlari mendekati dan memeluk lengan Surez. Irene melangkah perlahan.
"Saya ingat kita tak akan berkumpul lagi." mata Aiyra berkaca-kaca. Wajah satu-satunya lelaki yang dicintai dipandang dalam. Kepala diusap perlahan oleh Surez.
"Ah, saya gembira dapat bertemu dengan awak dan anak kita." dia tersenyum gembira, air mata Aiyra diseka perlahan sebelum berpaling kepada Irene.
"Ayah ...." lirih Irene bersuara. Muka mencebik. Tangan didepakan lalu dia memeluk pingang Surez dengan erat. Ya, dia masih ingat lagi ayahnya, saat dia menyelamatkan ayahnya dari diseksa. Dia sudah dapat ingat yang itu.
"Lama kita berpisah dan sekarang kita bersatu." Surez mencium kepala Irene sebelum menghadiahkan senyuman kepada isterinya. Sungguh dia mendambak kan hal ini. Gembira tidak terhingga!
"Tinggallah di sini bersama ayah. Lagi pun tempat ini selamat." pelawa Surez. Irene merengangkan dirinya, air mata dikesat laju. Wajahnya bersinar-sinar, teruja.
"Tapi ayah macam mana dengan Carla dan Samuel?"
"Hmm ... Carla? Samuel? Siapa mereka?"
"Merekalah yang bantu kami sampai ke sini. Awak nak tahu tak macam-macam telah terjadi, nanti saya akan ceritakan." terang Aiyra seraya mengulum senyuman.
"Baiklah, saya kena jumpa mereka. Ada benda yang perlu dibincangkan. Irene kamu boleh ikuti sekali jika mahu." Surez membetulkan baju sebelum berjalan merapati rak kecil di sudut bilik. Buku nota bersaiz kecil dicapai.
"Okay, Irene nak ikut."
Irene berjalan membuntuti ayahnya menuju ke sebuah bilik pejabat yang dikatakan oleh ayahnya sebentar tadi. Sesekali dia bertembung dan memberi senyuman dengan orang-orang bawahan ayahnya di situ.
"Mari masuk, mereka sudah tunggu." ajaknya setibanya di hadapan sebuah pintu bilik kayu. Kedengaran sayup suara mereka sedang bising.
Irene mengangguk dan atur langkah membolosi pintu, mereka terus senyap. Suasana terasa tegang apabila melihat Viez dan Samuel menarik muka. Dahi mengerut pelik. Apa mereka berdua sedang bergaduh? Rena, Alice dan Carla serentak memandang Irene. Ryan cepat-cepat mengejut Erina yang sesuka hati tidur di atas sofa yang ada di bilik itu.
Ryan menghentak siku setelah bengang melihat Erina yang tidak bangun malah lagi berdengkur. Tuan Surez dah datang boleh lagi tak mahu bangun! Memang nak kena!
"Aduh!" Erina duduk menegak lalu mengosok kepala yang diluku. Berair mata dek siku tajam, Ryan.
Surez berjalan melepasi mereka, tidak kisah apa yang berlaku kerusi ditarik sebelum duduk bersandar. Tempat duduk khas untuk tetamu sudah penuh diisi kecuali Ryan dan Viez sahaja yang berdiri. Jadi dia tiada pilihan lain terpaksa berdiri di sebelah Viez.
"Irene, kalau kau nak duduk kau boleh ambil tempat aku ni." bisik Samuel sekaligus menggangu tumpuan Irene.
Pandangan Viez beralih ke kiri, renungan tajam diberikan khas untuk Irene. Ia seakan memberi amaran jika kau duduk siaplah aku kerjakan! Mata mereka berdua bertembung.
"Em ... tak apalah Samuel. Terima kasih." balasnya dengan nada suara mendatar.
Viez tersenyum suka. Irene tak terima pelawaan Samuel! Tapi kenapa? Ah, biarlah! Bibir dimuncungkan seperti mahu memberi sebuah ciuman.
Irene menayangkan muka jijik! Di matanya Viez sekarang ini macam orang miang! Meremang dibuatnya! Irene menjarakan diri. Anak rambut merah yang menutupi muka ditolak ke belakang. Dia kembali fokus mendengar apa yang ayahnya cakapkan di depan.
"Kamu nak turut serta ke?"
"Ayah, Irene nak ikut mereka." balasnya.
"Tapi bahaya sayang ...."
"Irene tetap nak ikut. Ayah jangan risau, mereka semua kan ada?" berkeras Irene mahu ikut! Surez mengeluh panjang. Belakang tengkuk digosok perlahan. Degil juga anaknya ini.
"Baiklah ayah letakan kamu dengan Rena, Erina, dan Viez serta Paulina untuk pergi ke pantai di Pulau Graviti. Sementara itu Carla, Alice, Ryan dan lagi seorang ahli revolusi akan pergi ke Dracland untuk menyiasat di sana. Ada pertanyaan?" terang Surez seraya menongkat dagu.
Rena bersuara."Macam mana dengan Samuel? Tuan tak nak dia ikut kita?"
Jari mengetuk permukaan meja, memainkan rentak irama. Satu persatu wajah dipandang sebelum bersuara. "Tidak ... Saya ada hal nak berbicara dengan dia."

ANDA SEDANG MEMBACA
White Guardians 2
FantasiaManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...