Bunyi cengkerik bersahut-sahutan di segenap hutan memecahi kesunyian malam. Masing-masing tercegat tanpa sepatah kata. Mata tidak berkelip memandang hadapan kecuali Rena. Mereka kaku bagaikan patung cendana, Alice, Ryan dan Erina tidak berganjak dari tempatnya. Hanya Rena mengatur langkah mendekati sebuah rumah kayu usang dua tingkat.
Jika dilihat dengan mata kasar, ia tidak ubah seperti sebuah pondok. Sudahlah dinding papan berlubang, cermin tingkap pecah sana sini dan paling sadis pintu mahu tercabut! Nampak macam mahu roboh pun ada, tambah lagi keliling rumah ditumbuhi rumput yang panjang hingga mencecah lutut, senang cerita mereka memandaang rumah itu seperti rumah berhantu!
Tanpa mempedulikan reaksi yang lain, Rena dengan selamba mengorak langkah. Baginya itu tidak menjadi masalah, semua itu boleh dibersihkan besok hari. Rakan seperjuanganya langsung tidak berganjak dari tempat mereka. Berkeriut pintu kayu itu tatkala Rena tolak perlahan.
"Marilah masuk." Rena berkata tenang tanpa menoleh ke belakang.
Alice menolak-nolak bahu Ryan supaya segera bergerak. "Jalanlah, Ryan." Arahnya seraya meneguk air liur.
"Ah ... em kaulah. Perempuan dulu." Alice mencebik mendengar balasan, Ryan. Erina sudah pun membuka langkah terlebih dahulu tanpa banyak bunyi.
Ruang tamu berhabuk menjadi tetapan mata apabila melepasi pintu utama. Terdapat dua sofa bertentangan arah dan di tengah-tengah pula terdapat sebuah meja kayu. Ia kelihatan sudah ditinggalkan sejak sekian lama.
Walaupun begitu, barang-barang yang ada di situ nampak masih elok dan boleh diguna pakai. Cuma berhabuk. Luaran sahaja nampak seperti pondok mahu roboh tetapi dalaman masih lagi elok. Tempat ini masih boleh dijadikan tempat berteduh.
"Rumah ni, macam ada tuan saja?" Ryan menyoal sangsi. Dia fikir betul ke tidak Rena ni. Macam rumah ni berpeghuni saja, dia perhati semua barang elok lagi.
"Aku dah siasat, rumah ini sudah lama ditinggalkan. Ah, kira okaylah daripada tak ada."
"Bagi aku bolehlah ... asalkan selamat, aku boleh tidur, makan, mandi ..." Sokong Erina.
"Selamat? Pintu pun nak roboh, selamat apanya?" laju Alice membidas, padahal Erina belum menamatkan lagi ayatnya. Jika dengan Erina ada saja dia mahu membahas.
Erina melempar pandangan tajam lalu mendengus geram. "Kalau tak mahu kau carilah tempat lain!"
"Ah, kita boleh baiki bukan? Dah, sekarang ini kita kemas apa yang patut dulu. Selepas itu kalau nak gaduh boleh gaduh." mengeleng Rena melihat gelagat Alice dan Erina. Malas mahu tegur supaya tidak bergaduh, jika tegur pasal benda lain bolehlah lagi. Tidak yang ini, kadang-kadang tak ada angin dan ribut pun boleh bergaduh!
Mahu tidak mahu mereka terpaksa mengemas semua benda yang ada di situ walaupun mereka sudah kepenatan. Tak akanlah pula nak duduk dalam keadaan berhabuk dan tidak berkemas? Boleh sesak nafas dibuatnya!
Alice termangu-mangu di hadapan sebuah bilik. Pipi digaru perlahan sambil mata tertarah kepada pintu bilik. Bilik sebelah pula ada Ryan di dalam.
Bam!
Baru sahaja dia menyentuh tombol, dedaun pintu itu terlebih dahulu sudah menyenget ke bawah sebelum jatuh menghempas lantai! Dia terkejut lantas mengundur ke belakang. Alice terkebil-kebil dengan mulut tergangga luas.
Kepala Rena menjengah dari ruangan dapur di bahagian bawah manakala Erina terkocoh-kocoh memendaki anak tangga. Pada masa yang sama gelak tawa Ryan menerjah masuk ke dalam lorong telinga, membuatkan Alice berubah bengang. Berasap-asap telinga dibuatnya!
"Kau mengamuk ke apa?" Erina mengekek ketawa. Pandangan tajam persis membunuh singgah pada Erina namun gadis itu buat tidak nampak.
"Kalau marah dekat aku pun, tak perlulah sampai tercabut pintu itu!" ujar Ryan bersama sisa-sisa tawanya. Baru saja tadi mereka gaduh pasal bilik. Rumah itu hanya ada dua bilik, mereka berebut mahukan bilik sama dan akhirnya Ryan yang dapat.
"Ugh! Kau rampas bilik itu!" Alice menarik muka masam. Dia masih lagi tidak puas hati dengan Ryan.
"Siapa cepat dia dapat!"
"Apa benda kau ni? Aku sampai dulu lepas itu kau yang tolak aku ke tepi! Main kotor!" Alice semakin berang. Baju lengan panjang dilipat ke dua-dua belah sebelum bercekak pingang. Erina hanya menjadi penonton di tepi. Bebola mata bergerak ke kiri dan ke kanan. Ryan dan Alice dipandang silih berganti. Tak pasal-pasal dia pula jadi mangsa keadaan, menadah telinga semata untuk dengar mereka bertekak!
PAK!
Hentakan singgah pada kepala masing-masing. Peperangan mulut terhenti dengan serta-merta. Ryan jatuh terduduk sambil memegang kepala manakala Alice tersandar pada dinding sambil menekup dahi dengan kedua belah tangan.
Periuk dan senduk mendarat kemas di atas lantai. Erina meneguk air liur. Rena tiba-tiba sahaja terpacak di sisi. Nasib baik dia tidak terkena! Periuk dengan senduk wo. Sakit tu!
"Kesimpulannya, Aku, Alice dan Erina tidur dalam bilik itu. Kau bilik yang pintu tercabut sana." Ujar Rena tanpa rasa serba salah, dengan selamba badak dia kutip senduk dan periuk.
Bengkak kepala dirasakan ketika ini, Ryan hanya mampu mengosok bagi meredakan rasa sakit"Kenapa pula?" soalnya tidak puas hati.
"Kami bertiga mana muat bilik kecil." selamba saja Rena membalas pertanyaan Ryan. Kemudian, dia berlalu pergi ke dapur bersama senduk dan periuk yang dibawa tadi.
"ER ... Encik ... Saya mahu tutup kedai ni."
Dia tersedar dari tidur setelah bahunya digoncang kuat. Perlahan dia mencelikan mata, namun kepalanya sudah pening lalat dan sakit! Mencucuk-cucuk hingga ke urat saraf! Seorang pelayan lelaki memerhati gelagatnya tanpa sepatah kata.
"Oh, maaf ... Aku dah bayar ke?"
"Belum."
Dua keping syiling emas dia keluarkan dari poket lalu diletakan ke atas meja. Rasanya itu sudah cukup malah terlebih cukup! Dalam keadaan separa mabuk, dia melangkah keluar dari kedai tersebut. Dia berjalan melayang tanpa ada arah dan tujuan.
Setibanya di sebuah lorong kedai yang sunyi, dia perasan ada seseorang sedang berdiri dihadapannya. Kedudukan tidak berapa jauh, hanya beberapa meter sahaja. Mata dikecilkan. Hanya berbekalkan cahaya bulan biru dia dapat lihat kelibat tersebut dan orangnya semacam kenal!
"Irene?" ujarnya perlahan. Dia mengorak langkah, semakin lama semakin laju. Kelibat Irene mengukir senyuman manis sebelum berlari mengikuti lorong sehala dihadapannya. Sesekali mata Viez terpejam menahan rasa sakit kepala. Inilah akibatnya bila terlalu mabuk!
"Irene! Tunggu aku!" teriakannya bergema. Dia mengejar kelibat gadis itu dalam keadaan melayang-layang yang kian menjauh. Rasa sakit kepala tidak diendahkan langsung. Dia yakin seratus peratus itu adalah Irene!
Dia tidar sedar, kakinya tersandung batu. Tubuhnya terdorong ke hadapan lalu jatuh bergolek ke atas tanah. Viez tertiarap dan wajahnya tersembam pada permukaan tanah. Kepala diangkat seraya melihat kelibat gadis itu. Dia masih tercegat di sana.
"Tolonglah jangan lari lagi" ujarnya sayu. Air mata berharga sudah bertakung di tubir mata. Bila-bila masa sahaja ia boleh tumpah dengan melimpah.
Irene seakan mendengar rayuan Viez, gadis itu berjalan menghampiri bersama senyuman dibibir. Saat gadis itu duduk melutut dihadapannya, langsung air mata lelaki yang berharga menitis jatuh. "Kenapa kau buat aku macam ni?" Viez tersenyum kelat.
Dia menampung badan dengan sebelah tangan. Dia mahu mencapai tangan Irene akan tetapi, ia tembus seperti angin. Berkali-kali dia cuba namun dia langsung tidak dapat sentuh apatah lagi pegang!
Viez terkedu sesaat tatkala Irene lesap pada padangan matanya. Sukar dia untuk mempercayai apa yang dia nampak. Hatinya dirundung rasa sedih, ia memberat tidak tertanggung! Dadanya dipukul oleh perasaan hiba! Tidak lama kemudian hujan lebat turun menyembah ke tanah, seiring dengan air matanya yang semakin deras menurun.
Adakah itu satu khayalan akibat minuman keras yang diteguk? Sesungguhnya pemergian Irene membuatkan dia rasa melayang separuh nyawa! Dia boleh jadi gila disebabkan otaknya penuh dengan tanda tanya, mengapa Irene tinggalkan dia! Tanpa akhbar berita dan tiada satu pun jejak yang gadis itu tinggalkan!
Hampir setiap hari dia menanti dengan berbekalkan semagat serta harapan yang tidak pernah luntur. Namun penantiannya hanyalah sia-sia sehingga ke hari ini ....
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasyManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...