Viez baring di atas rumput berbantalkan lengan. Baru dia berehat setelah menyelesaikan kerja menangani penyamun jalanan dan menghantar Vylera je pangkalan Revolusi. Di sana Vylera akan lebih selamat. Dada langit dipandang lama. Hari ini tidaklah terlalu panas, ia redup.
Dia menyeluk sebelah tangan ke dalam poket seluar. Sebentuk cincin diangkat ke arah langit. Begitu lama dia merenung tanpa berkelip mata.
"Kalau kau mati sudah tentu mayat kau ada. Aku yakin kau masih hidup. Kau cuma hilang tidak dapat dikesan. Aku akan tunggu dan akan sarung kembali cincin ini ke jari halus kau." Viez menggenggam cincin lalu di bawa ke dada. Mata dipejam rapat bersama harapan bahawa dia akan bertemu dengan Irene kembali suatu hari nanti.
Daun kering dipijak, ia kedengaran sayup-sayup seakan jauh dari situ. Viez tidak bergerak kerana baginya mungkin itu adalah haiwan liar sahaja yang merayap mencari makanan di kawasan hutan. Jika manusia sekali pun, dia juga tidak akan bergerak melainkan diserang. Viez kekal dengan mata tertutup.
Bunyi seseorang berjalan semakin jelas kedengaran. "Viez ...." panggil satu suara yang amat dikenali!
Kelopak mata terbuka luas! Seorang gadis menjadi tatapan mata. Berbaju putih labuh sehingga paras lutut, betul-betul berdiri dekat dengannya. Gadis itu memandang Viez di bawah sambil tersenyum mesra. Lidah Viez menjadi kelu! Dia kehilangan kata-kata! Cincin digenggam erat.
"Irene?" balasnya inginkan kepastian. Apabila gadis itu tersenyum, tidak semena-mena air mata bergenang di tubir mata.
Dia bukan bermimpi.
"Ah, jadi kau tidak ingat apa yang berlaku sebelum ini?" Viez menyoal di sisi ketika mereka berdua hampir sampai ke rumah.
"Ah, ya ... Aku lupa segala-galanya kecuali orang yang pernah rapat dengan aku."
"Betul ke kau ni Irene?" Viez berhenti dan Irene berkaki ayam juga turut berhenti melangkah.
"Kenapa? Kau tak percaya ini aku?"
"Bukan macam itu. Maksud aku harap ini bukan mimpi lagi. Selalu sahaja aku bermimpi tentang kau." balas Viez lembut. Ya, dia benar-benar rindu sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi. Viez memang tak akan pernah melupakan Irene dalam hidupnya.
Viez menghulur tangan dan Irene menyambut. Mereka menyulam jari."Terima kasih, Viez." ucap Irene tersenyum mesra.
IRENE duduk dengan perasaan begitu jangal. Gadis berbadan genit menempel di sebelahnya. Lengan dipeluk tidak beri lepas langsung. Naik rimas pun ada!
"Boleh tak jangan buat Irene macam tu?" marah Alice seraya melabuhkan pungung di sisi. Irene tersepit di tengah-tengah. Mereka berdua duduk terlalu rapat! Padahal banyak lagi tempat yang boleh duduk.
"Biarlah, aku cuma rindu! Kenapa? Kau cemburu ke?" Erina mencapak bom kepada Alice.
Alice menyilang tangan ke dada lalu bersandar pada sofa. "Cemburu? Buat apa pula aku nak cemburu dekat kau?" dia menayangkan muka menyampah.
"Tak nak mengaku pula!"
"Apa masalah kau sebenarnya ni? Nak gaduh cakap!" Alice menayang sebiji penumbuk.
Irene membenamkan badan ke sofa, dia menoleh ke kiri dan kemudian beralih ke kanan. Dia tersepit di tengah-tengah pertelingkahan antara Alice dan Erina! Rambut Alice direntap oleh Erina. Sebagai serangan balas, Alice menarik baju t-shirt Erina bagai nak koyak!
"Erina ... Alice ... eerr ... janganlah bergaduh."
Mereka berdua dengan serentak memandang Irene sesaat. Kemudian menyambung bergaduh! Kata-kata Irene bagaikan mencurah air ke daun keladi, sia-sia sahaja! Irene menepuk dahi seraya mengeleng.

YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasiaManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...