Irene berjalan melayang-layang ditiup angin sejuk yang sesekali datang kuat. Kaki terbenam dalam salji putih. Dia hilang petunjuk. Jalannya juga tidak tentu arah. Viez, Erina, Rena, Ryan, Carla dan Samuel kehilangan jejak. Tunggu Alice pun entah bila dia sampai. Dia keseorangan membuatkan diri rasa pedih.
"Viez!" jeritnya berpuluh kali. Irene jalan dengan menyeret kaki yang semakin memberat.
Mata Irene mengeluarkan air. Peluh sejuk memenuhi ruang kulit. Tekaknya juga kering kehausan kerana menjerit sejak tadi. Irene berhenti sejenak. Salji yang membenam kaki bergerak membuka jalan setelah dia melalukan tangan ke udara. Irene duduk bersila melepaskan kepenatan.
"Janganlah tinggalkan aku sorang-sorang!" rintih Irene. Tubir mata dikesat. Dia toleh kiri dan kanan bersama wajah kehampaan.
"Rena!" panggilnya lagi sebelum berdiri lalu membuka langkah. Selangkah dia ke depan, salji yang menghadang jalan beralih dengan sendiri.
"Ryan! Erina! Mana semua orang ni!" Irene terpekik seperti anak tekak mahu terkeluar. Hampir dia berputus asa ketika ini. Mereka dipisahkan dan dibawa ke tempat jauh. Biarkan Irene seorang diri, tidak tentu arah dan tak tahu apa-apa. Kenapa Vladmir tak datang dan tangkap sahaja Irene!
Sekali lagi air mata diseka. Dalam kepala terbayang perkara bukan-bukan. Kalau dia kehilangan mereka, dia sudah tiada siapa-siapa lagi dekat dunia ni. Sudahlah kehilangan ibu bapa, mereka dibunuh dengan kejam pula itu. Perit ini dia sahaja yang rasa. Orang lain tak akan faham meskipun mereka mengatakan faham. Itu hanya ucapan bibir dan mereka tidak berada di situasi Irene!
Kalau boleh dia tak mahu Viez, Ryan, Rena, Erina, Alice, Carla dan Samuel terbunuh. Mereka penyebab dia untuk teruskan hidup. Jika mereka tiada maka dia tiada siapa-siapa lagi.
Irene menghela oksigen. Wap putih naik ke udara. Dia duduk bertinggung lantas tapak tangan dilekap ke permukaan ais dengan harapan dapat membuahkan hasil pencarian. Irene mencari sebarang pergerakan. Lama. Akhirnya dia mengesan kedudukan istana.
Wajah Irene tersinar cahaya. "Istana Eiceland tak jauh dari sini kalau aku terus jalan ke depan."
Kedengaran sayup-sayup suara seseorang memanggil namanya. Irene berhenti. Kepala tertoleh-toleh mencari punca.
"Irene."
Suara berbisik di tepi teliga. Badan Irene terus menegak lantas dia pusing belakang. Kosong. Hanya angin melintasi laju menerbangkan anak rambut. Bisikan itu berlarutan melahirkan rasa ketakuatan dalam diri Irene.
"Kau keseorangan?" Bayangan hitam muncul di belakang. Irene pusing dan serentak bayangan itu hilang.
" Mana kau! Keluar!" terketar-ketar Irene menjerit. Dia terpusing-pusing mencari arah suara.
Vlad tertawa. "Bila kau keseorangan ... kau akan jadi takut."
Mata Irene terbeliak, serba tidak kena dia pandang sekeliling. Hanya bayangan hitam sesekali melintasi laju.
Irene menekup telinga lalu mata dipejam. "Tak ... aku tak takut." bisiknya perlahan.
"Tanpa mereka kau bukan siapa-siapa pun."
Irene terdiam.
"Betulkan? Hahahahaha!"
Irene menekup kuat telinganya. Tergeleng-geleng kepala menafikan tiap kata-kata Vlad! Tawa Vlad berderai habis.
"Cukuplah, Vlad! Jangan main-main dengan aku! Cepat keluar kita selesaikan semuanya sekarang!" Irene mengangkat muka. Serentak itu Vlad muncul lalu mencekak leher Irene.
"Okay ... kalau itu yang kau mahukan. Ikut aku." kata Vlad sebelum lesap membawa Irene pergi.
Irene dibawa ke tempat di mana Carla, Ryan, Samuel, Viez dan Erina dilonggokan seperti sampah. Vlad menolak Irene. Dia tergolek sebelum badannya terlanggar Viez. Kepala lelaki itu bermandikan darah dan tidak sedarkan diri. Manakala disebelahnya terbaring Ryan, Samuel, Erina dan Carla yang juga tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasyManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...