Irene duduk bersila berhampiran dengan unggun api yang baru dibuat oleh Ryan. Baru je dia borak-borak dengan lelaki itu tadi. Entah mana dia pergi tak tahulah.
Tangan kiri terasa kebas semacam. Berat, kebas dan megeletar setelah dia balik dari laut. Irene mengigit bibir. Di mengigil-gigil mencapai batu. Batu itu berubah menjadi ketulan ais.
"Macam mana nak guna kalau pegang je terus jadi ais?" Irene mengeluh seraya mencampak ais itu ke dalam unggun api.
Dia mengangkat muka, beberapa orang yang ditugaskan sebagai pengawal sedang berjalan ke hulu hilir. Angin malam menyapa badan. Irene mengigil lantas dia memeluk tubuh.
"Aku ingat kau dah masuk tidur." tegur Ryan dari belakang. Dia menangalkan baju jaketnya lalu disarungkan pada Irene.
"Terima kasih ... aku tak mengantuk lagi, Ryan." Irene tersenyum manis. Ryan kembali mengambil tempat di sisi.
"Aku dah tanya Rena tadi dia cakap ada simpan sarung tangan kau nanti dia bagi sebab sekarang dia tengah sibuk rawat Carla." jelas Ryan satu nafas.
Irene menoleh ke sisi. Ryan dipandang dengan wajah risau. "Carla makin teruk ke? Aku tak ada peluang nak jumpa dia harini."
"Demam dia makin menjadi-jadi. Rena kata dia tak nak makan."
"Makin teruk? Dekat mana dia sekarang ni? Aku nak pergi tengok dia!" Irene mahu berdiri tetapi tangan kanannya ditarik Ryan. Dia terduduk balik.
"Tak boleh, Rena tengah rawat dia."
"Aku risau ...." Irene menunduk. Rambut merah diselit pada cuping telinga.
Ryan mengangguk faham. Bahu Irene ditepuk perlahan. "Apa yang nak dirisaukan? Rena akan pulihkan dia nanti. Dah jangan buat muka buruk macam ni!"
Pipi Irene dicubit, gadis itu terkejut dengan tersengih seperti kerang busuk Ryan menarik-narik pipi Irene. Wajah Irene serta merta berubah.
"Ryan! Sakitlah!"
" Hahahahaha! Lama tak tengok kau marah aku!"
"Bodoh punya Ryan! Kau nak aku bekukan kau?" Irene menepis tangan Ryan dengan kasar. Dia mencengkam baju lalu menunjuk tapak tangan kiri pada muka Ryan. Lelaki itu mengekek ketawa.
"Aishh ... tak guna! Elok pula kau dengan Ryan? Kalau dengan aku?" ujarnya geram. Tangannya menumbuk-numbuk pokok.
"Kau buat apa ni?" tegur Samuel dari belakang.
Viez menoleh. Dia mencebik menyampah apabila yang menegur tadi Samuel. Jujur dia cakap dia tak suka lelaki ni!
"Jangan sibuk hal aku."
"Oh ...." Samuel tersenyum sinis. Dia menjengh ke arah Irene dan Ryan yang sedang bertepuk tampar di sana.
"Rapat betul kan? Cemburu aku dibuatnya." sambung Samuel lagi.
Viez mendengus geram. Tiba-tiba hatinya jadi panas mendidih! Dia duduk bersila dan menyilangkan tangan ke dada. Samuel mengangkat kening.
"Aku nak tanya kau satu soalan." Viez berdehem.
"Apa?"
"Kau ada simpan apa-apa perasaan dekat dia?"
"Kalau aku kata aku suka dia ... Kau nak buat apa?" Rambut merah disisir ke belakang. Pancaran cahaya bulan lagi menyerlahkan lagi warna rambut. Dia sempat menjeling Viez.
"Aku tak rasa dia suka kau." Viez berdiri tegak lalu mengatur langkah meniggalkan Samuel terkulat-kulat di situ.
DIA tersedar dari lena oleh kerana badannya yang kian membahang. Peluh tidak henti-henti merembes keluar sampai dia jadi tidak selesa. Terasa macam dipangang hingga kulit putihnya bertukar merah padam!
YOU ARE READING
White Guardians 2
FantasíaManis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Dunia? Negara? Keluarga? Sahabat? Cinta? Semuanya itu diragut oleh seorang lelaki yang sangat pentingk...