5. EVIL BANISH

2.3K 237 11
                                    

Cangkul besi memacak tanah kemudian dia tarik cangkul tersebut sehingga tanah tergambur. Hanya dia seorang di situ tanpa ditemani oleh sesiapa. Jauh dari mereka yang lain tanpa disedari. Membuat kerja ini tanpa pengetahuan rakan-rakannya yang lain.

Dia berhenti sebentar, bagi melepaskan lelah. Peluh berjurai-jurai dia lap guna kain yang tersangkut pada leher. Tersenyum puas dia melihat apa yang dilakukan ini. Kemudian dia campak cangkul ke sisi.

Selama ini dia menyimpan rahsia dari kawan-kawannya yang lain. Dia tidak mahu mereka tahu. Sebab itu dia buat kerja ini jauh sedikit dari rumah. Kalau mereka nampak entah apalah yang akan mereka kata nanti.

   "Ryan? Kau buat apa ni?"

Bagai dipanah oleh petir, Ryan terus terkaku sekejap di situ! Dia benar-benar terkejut dengan teguran itu. Pantas dia bangun dari duduk mencangkung. Alice terpacak sambil tersengih.

   Tergagap-gagap Ryan membuka mulut. "Apa ... apa kau buat dekat sini?"

   "Ryan, aku tak sangka kau buat kerja ini. Sejak bila ni?" Alice terkekeh ketawa. Lelaki itu menghela nafas pendek. Sudah agak ini reaksi mereka bila dapat tahu apa yang dia sedang lakukan sekarang ini.

   "Tak perlu sibuklah. Kau pergilah main jauh-jauh dekat sana." halau Ryan. Bengang pula dia rasa bila Alice sedap mentertawakan!

   "Kau tanam apa ni?" dia bukannya ambil peduli Ryan halau. Tidak disangka pula si Ryan ni minat berkebun. Kebetulan dia lalu di sini selepas berlatih dan ingin pulang ke rumah. Jalan punya jalan ternampak pula Ryan tengak mencangkul tanah. Itulah yang Alice datang singgah untuk melihat.

   "Sayur. Aku ada tanam pokok anggur sekali, yang itu." Ryan menunjuk tempat terletaknya pokok anggur di hujung tapak kebun.

   "Wah, pandainya kau tanam. Bolehlah kita makan nanti." ujar Alice teruja. Bersinar-sinar matanya melihat. Ryan tersenyum bangga, kembang hidung pun ada bila ada yang memuji bakat terpendamnya yang satu ini.

   "Boleh, pokok itu dah berbuah. Bila masak kita kutip dan makan bersama mereka yang lain."

Alice berjalan mengelilingi kebun milik, Ryan. Tidaklah besar mana pun. Saiznya hanya sedarhana sahaja manakala Ryan kembali menanam biji benih. Sempat lagi dia berpesan supaya Alice tidak merosakan tanamannya. Kalau rosak siaplah dia belasah Alice!

   "Ada sesuatu dekat sini?" Ryan berhenti dari menabur biji benih. Dia mendongak dan melihat keadaan sekeliling. Penglihatannya kini tertumpu pada, Alice.

Gadis itu sedang membelek-belek pokok anggur seperti tidak rasa apa yang dia rasa sekarang ini. Lagaknya biasa sahaja dan kelihatan santai. Ryan mengambil cangkul. "Alice! Tunduk!"

   "Ha?" Alice pantas menoleh. Biji mata membuntang saat cangkul besi dilempar ke arahnya! Cepat-cepat dia tunduk!

Buk!

   Besi cangkul menghentam perut seorang lelaki di belakang, disangka Ryan menyeranglah tadi. Cuak juga dibuatnya. Alice tergamam! Macam mana dia boleh tidak perasan ada orang mahu serang dia? Dia mengudur saat lelaki itu kembali bangun. Mata hitam pekat itu menatap Alice bersama pandangan membunuh!

   "Alice Waynestin?"

   "Mata ... mata dia hitam!" tergagap-gagap dia bersuara.

Lelaki itu cabut dan melibas Alice mengunakan cangkul. Peliknya darah langsung tidak mengalir keluar dari badan lelaki tersebut. Alice jatuh terbaring. Badannya mulai sakit, dihentam benda keras di bahagian tulang rusuk kiri.

   "Ish, sebelum hancur lebih baik aku bertindak!" ujarnya risau api sudah menyaluti lengan Ryan. Ia membesar dan Ryan terus membuka langkah. Sesampai sahaja dia menarik bahu ahang lelaki itu dan melepaskan penumbuk pada rahang!

White Guardians 2 Where stories live. Discover now